Khamis, 4 Disember 2014

30 GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar

[INI ADALAH STICKY POST. ENTRY BARU ADA DI BAWAH]

Sempena meraikan pencapaian 5 juta pageviews blog Buasir Otak ini serta penghargaan kepada semua pembaca Buasir Otak, kami akan menganjurkan Giveaway Contest untuk kali ke-6. Dan untuk kali ini, demi menghargai pembaca pembaca2 setia Buasir Otak, syarat penyertaan adalah mudah dan yang paling penting, kali ini ia terbuka kepada semua orang sama ada anda seorang blogger, Facebooker, Twitterer, Youtuber, penulis amatur, pelukis komik, otaku peminat anime, peminat K-Pop dan 1D, hot stuff, penyanyi indie, kakitangan kerajaan, pekerja oil and gas, peminat Amran Fans, mahasiswa mahasiswi, pelajar sekolah, budak baru nak up, ustaz ustazah Internet, macai politik, para anon, keyboard warrior dan sebagainya.



Sebelum itu, tepuk tangan sikit untuk blog Buasir Otak kerana telah mencapai 5 juta pageviews (syok sendiri).



Ok, berikut adalah syarat2 nak masuk contest ni yang sangat senang dan mudah.

Syarat-syarat:

1. Nak Follow blog atau Like Fanpage Buasir Otak pun boleh, taknak Follow dan Like pun takpe, tiada masalah.

2. Tak perlu buat entry apa2 kat blog, sebab contest ini terbuka kepada semua orang, termasuk orang yang tiada blog.

3. Buat apa2 karya seperti:
  • Artikel
  • Cerita
  • Cerpen
  • Novel
  • Kisah benar
  • Komik
  • Sajak/Puisi
  • Review/ulasan
  • Pandangan
  • Kritikan
  • Tips/Panduan

... atau apa2 sahaja karya yang berkisarkan mengenai apa2 sahaja topik seperti:
  • Isu semasa
  • Politik
  • Lawak jenaka
  • Sindiran/Sarkastik
  • Kartun
  • Cinta
  • Rumahtangga
  • Agama
  • Motivasi
  • Teknologi
  • Hiburan
  • Realiti Kehidupan
  • Mentaliti Masyarakat
  • Nasihat
  • Fantasi
  • Kisah hidup
  • Pengalaman
  • Lagu/Muzik
  • Filem/Drama/Anime/Manga
  • Ilmu Pengetahuan
  • Sejarah
  • Idea baru

... atau apa2 sahaja topik yang anda nak buat, yang penting, anda dapat tulis dan luahkan apa yang anda mahu luahkan agar suara anda didengari orang ramai.

Namun karya anda haruslah dibuat dan dihasilkan oleh anda sendiri, bukan copy paste daripada tempat lain. Jangan ingat kami tak boleh kesan, kalau artikel copy paste, kami boleh Google je bersepah2 keluar.

Dan pastikan anda menulis menggunakan ejaan perkataan yang penuh dan ayat yang betul agar mudah difahami oleh semua lapisan dan golongan masyarakat.

4. Emelkan karya anda kepada alamat emel berikut:

princeofnoob[at]gmail[dot]com

Seorang boleh hantar seberapa banyak karya/artikel/komik yang anda mahu, malah jika setiap kali karya anda diterbitkan di blog ini, kami akan bayar anda.

Untuk setiap karya yang berjaya diterbitkan di blog ini, kami akan bayar anda wang tunai sebanyak RM10 untuk setiap satu entry yang akan kami transfer terus kepada akaun bank anda melalui Maybank2u.

RM10 untuk setiap satu entry x 20

Dan jika karya2 anda mempunyai ciri2 yang sesuai dengan tema blog kami, anda mungkin akan dijemput untuk terus menjadi penulis jemputan di blog Buasir Otak ini.

Itu sahaja. Senangkan? Mudahkan? Dah fahamkan?

GiveAway Contest ini tiada tarikh tutup dan ia akan terus berjalan sehingga 20 entry diterbitkan.

20 artikel yang telah berjaya terpilih memenangi contest ini:

1. Keadilan untuk semuakah sistem kehakiman kita?
2. Anak Luar Nikah: Satu Renungan Untuk Semua
3. Antara restoran Pork Free dan Halal
4. Kerja Berpasukan Kunci Kejayaan
5. Kisah cinta ibu anak yang berakhir dengan tragis
6. Medium Utama dalam Pembentukan Identiti Nasional
7. PTPTN: Beban sebuah hutang
8. Tips berhadapan dengan binatang liar di hutan
9. Ilmu Itu Untuk Semua
10. MASA itu HAK yang perlu dihormati semua orang
11. Bagaimana generasi analog mengambil gambar
12. Cinta Si Merak dan Si Gagak
13. Penampakan Makhluk Berkepala Manusia Berbadan Lembu
14. Ciri2 budak sekolah totok dan ragam di laman sosial
15. Orang Tembakul: Spesies manusia dua alam
16. Bayi luar nikah, di manakah imej kita?
17. Definisi Berjaya Anak-Anak Oleh Ibu Bapa
18. Mak, kau dengar tak apa aku cakap?!
19. Perasaan ayah yang mempunyai anak perempuan
20. Jangan membakul sampahkan maruahmu wahai perempuan


Dengan ini, GiveAway Contest Gila #6 ini telah pun tamat.




tags: segmen segment giveaway contest gila #6 buasir otak anda tulis kami bayar peraduan pertandingan 5 juta million page views hits paparan halaman followers pengikut blogger blogspot like facebook page fanpage hadiah wang tunai cash

30 ulasan:

  1. Balasan
    1. nak hantar apa2 entry pun boleh, cuma nanti kami akan tapis dan pilih 20 yang terbaik untuk diterbit dan disiarkan kat sini yang kami rasa sesuai.

      Padam
  2. kalau dah sedia ada kat blog dah dirasakn sesuai? qualify tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je, yang penting artikel itu ditulis sendiri dan dirasakan sesuai digunakan untuk menyertai contest ni.

      Padam
  3. btw, tepukkkkkkkkkkkkk clap clap clap..

    tahniah bero BO sekalian atas pencapaian 5 juta hits ni..atas perkongisan artikel menarik selama ni, pun terima kasih banyak.hehe..

    BalasPadam
  4. oh taniah bro, semankin lumayan hadiah yang bro beri ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu kat pesbuk aku dah like komen ngko ni hahaha.

      Padam
  5. Aku suker pilihan2 karya yg lepas.. mmg baquih dok ada.. harap contest kali ni pun ada yg balun idea lagi best..

    Idea2 aku semuanya hampeh noob.. bikin sakit hati kau baca je.. memang sedih hidup jadi anjing kurap ni..

    BalasPadam
  6. aku pulak rasa tak sabar nak baca entri2 orang yg terpilih tu, confirm bombastik kalau lepas masuk dlm blog ni ^_^

    BalasPadam
  7. Hmmm...ada can aku nak mencapap..tp aku xnak bgtau diriku sbg Ayam Afrika...kalau karyaku terpilih, aku sorg je yg tau penulis 2 Ayam Afrika. Hehe

    BalasPadam
  8. huh! ni aku baru tulis kat blog...ada beran masuk blog korang?

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2014/10/and-justice-for-all-yeah-right.html

    BalasPadam
  9. Ape yang ngko mengarut ni wahai pak arab. Ko tak pegi tengok lumba unta ke??

    BalasPadam
  10. Cerpen lucah boleh tak Noob? Gua dah gatal tangan nak menulis sambil melancap ni.

    BalasPadam
  11. noob klu post cerpen versi cikgu suraya tp tukar nama cikgu lain boleh? heh heh >.<

    BalasPadam
  12. ok macam best. kena cari masa sesuai mengarang. Apapun tahniah sebab dapat 5 juta pv

    BalasPadam
  13. Nk copy yg mcm mne tu yer? Ke msukkn dlm entry nie? Musykil jap
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  14. macam menarik aje tawaran sedara ni..ada masa boleh lah join..

    BalasPadam
  15. salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam
  16. TAHNIAH B.O !! Wahh bnyk tu 5 juta ;)
    Kami admin berdua dari ohpilihanku mengucapkan tahniah dan teruskan berkarya!always support B.O..
    kami sudah hantar karya hot tu hehe..

    BalasPadam
  17. alamak, lambat sangat, hari tu aku dah taip cerita Misteri Kehilangan MH 370. Kalau nak taip balik, kena ada "mood" sesuai. Tapi hari tu dapat maklum balas terbaikkk!
    Sebab kisah MH 370 mengimbau semula kehilangan Leftenan Udara Wahi yang dalam perjalanan dari pengkalan TUDM Kuantan Ke Labuan.

    BalasPadam
  18. dah follow dah.. trm kasih sudi follow blog lady yer.. :D

    BalasPadam
  19. Salam kenal Noob.. menarik jugak nie..=D

    BalasPadam
  20. My friends told me that on http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! Best players use this!! (fpzHXBwHgD)

    BalasPadam
  21. Tahniah yg kepq yg join..jng lupa blog sy juga ada contest best hadiah mmg lumayan..jng lupa join ye..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.