[INI ADALAH STICKY POST. ENTRY BARU ADA DI BAWAH]
Sempena meraikan pencapaian 5 juta pageviews blog Buasir Otak ini serta penghargaan kepada semua pembaca Buasir Otak, kami akan menganjurkan Giveaway Contest untuk kali ke-6. Dan untuk kali ini, demi menghargai pembaca pembaca2 setia Buasir Otak, syarat penyertaan adalah mudah dan yang paling penting, kali ini ia terbuka kepada semua orang sama ada anda seorang blogger, Facebooker, Twitterer, Youtuber, penulis amatur, pelukis komik, otaku peminat anime, peminat K-Pop dan 1D, hot stuff, penyanyi indie, kakitangan kerajaan, pekerja oil and gas, peminat Amran Fans, mahasiswa mahasiswi, pelajar sekolah, budak baru nak up, ustaz ustazah Internet, macai politik, para anon, keyboard warrior dan sebagainya.