Iklan Leaderboard

Khamis, 22 Februari 2018

3 Keputusan Peraduan Komik Strip Media Sosial 2018

Akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba. Keputusan bagi Peraduan Komik Strip Media Sosial 2018 telah pun diketahui. Bagi yang tidak tahu tentang peraduan ini, boleh rujuk artikel ini - Tips Berkomik di Media Sosial dan Peraduan Komik Strip. Antara tujuan utama peraduan ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru, melatih lebih ramai orang membuat komik strip, membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berkarya dan memberi peluang kepada penggiat seni lukis menyerlahkan bakat mereka dalam bidang komik.

Peraduan ini telah bermula pada 27 Januari 2018, tutup penyertaan pada 15 Februari 2018 serta tamat tempoh promosi komik pada 21 Februari 2018. Keputusan adalah berdasarkan komik yang mendapat Reach Facebook tertinggi (diukur berdasarkan jumlah Engangement iaitu Post Clicks, Reactions, Comments & Share) pada 22 Februari 2018.

Berikut adalah senarai pemenang daripada 240 penyertaan:



1. Tempat Pertama: Leznar's Comic - 245.8K Reach


Hadiah: RM100 + T-Shirt BO:TK Limited Edition + Komik BO:TK Awakening versi Digital di Google Play Books

2. Tempat Kedua: Komik Asam Keping - 100.7K Reach


Hadiah: RM75 + Komik BO:TK Awakening versi Digital di Google Play Books

3. Tempat Ketiga: Naw Labqi and Mr IQ arts - 60.1K Reach



Hadiah: RM50 + Komik BO:TK Awakening versi Digital di Google Play Books

Tempat Ke-4 hingga 10:

Hadiah Saguhati: Komik BO:TK Awakening versi Digital di Google Play Books

4. Khairul Hasnawi - 51.9K Reach



5. HanzA ArtZ - 49.2K Reach




6. Scumbaggins - 43.7K Reach



7. InderaWasih - 38.2K Reach




8. Khairul Asyraf - 36.4K Reach


9. Abe Lukis - 33.9K Reach



10. Silver comics - 21K Reach




Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Bagi yang tidak menang, jangan putus asa dan cuba lagi pada masa akan datang. Usaha anda menghasilkan komik dan menyertai peraduan ini juga merupakan suatu kejayaan. Teruskan berkarya dan menghasilkan komik.

Terima kasih kepada penaja bersama:
Daygoon: https://www.instagram.com/daygoon/
Lanun Ranggi: https://www.facebook.com/LanunRanggi/


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam 10taku buat semua,

    Saya ada 1 masalah, saya harap kawan2 boleh membantu saya. Saya seorang yang sangat minat sangat pada anime, manga dan semua Japanese stuff. Masalahnya saya ada kenal seorang awek, tapi awek tu seorang peminat K-Poop. Dia selalu berlawan2 dengan saya untuk buktikan antara Jepun dan Korea mana satu lagi best, Walaupun selalu gaduh, tap: sebenarnya saya menyimpan sedlki perasaan kat dIa, tambah

    pulak awek tu memang cun.

    Satu hari awek tu cakap dia suka kat saya, tapi dia cakap kalau nak kapel dengan dia dla suruh saya tinggalkan semua Japanese stuff dan Ikut dIa jadi peminat K-Poop. Saya menjadl serba salah. Adakah patut saya tinggalkan anime dan manga yang saya cintal dan berallh kepada K-Poop demi cinta dan kasuh sejati? Saya sangat bingung. Saya harap rakan2 Otaku dapat membantu saya memlllh antara awek dan Jepun.

    Yang bingung. lnsan kebingungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa barang k-poop..mesti budak2 wechat nii..org dh tk mnt k pop dh..budak sekarang minat k-pork plk..🐖🐷🐽

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...