Isnin, 26 Februari 2018

2 Mengukur dan menilai tahap perkauman anda

Anda seorang berbangsa X. Anda ternampak seseorang yang berbangsa X sedang berbalah dan bertekak dengan seseorang berbangsa Y di tepi jalan. Apakah tindakan anda?

Pilih salah satu dari jawapan berikut:

1. Masuk campur dan terus mempertahankan orang X.
2. Masuk campur dan terus menyalahkan orang X.
3. Masuk campur dan mendengar apa dari kedua pihak apa sebenarnya yang berlaku.
4. Tidak masuk campur tetapi mengutuk orang Y di belakang.
5. Tidak masuk campur tetapi menyalahkan orang X di belakang.
6. Tidak masuk campur dan terus berlalu pergi tanpa menyalahkan siapa-siapa.
7. Terus berlalu tanpa sekelumit peduli dan peristiwa tersebut terus hilang dari ingatan.

Jawapan anda akan menentukan tahap perkauman dalam diri anda.

 Gambar hiasan

1. Masuk campur dan terus mempertahankan orang X.

"Hoi, kau ada apa yang tak puas hati?", jerit anda pada orang Y.

Jika anda menjawab ini, maka anda adalah seorang yang racist freak yang terlalu ekstrim dan taksub pada kaum sendiri. Apa-apa yang berlaku pun, tanpa anda tahu hujung pangkal, anda akan terus mempertahankan orang yang sebangsa anda dan terus menghentam orang yang berbangsa lain. Bagi anda, bangsa anda adalah bangsa superior, bangsa yang sentiasa betul, bangsa yang tak mungkin buat silap.

Antara faktor yang menjadikan anda seperti ini adalah anda jarang bergaul dengan bangsa lain, tidak mempunyai ramai kawan dari bangsa lain, dari kecil hidup hanya dalam lingkungan dan lingkaran bangsa sendiri, atau pernah mempunyai sejarah hitam dengan orang dari bangsa lain.

2. Masuk campur dan terus menyalahkan orang X.

"Kau ni buat malu bangsa je.", kata anda pada orang X.

Anda seorang internalized racism, orang yang membenci kaum anda sendiri, yang merasakan kaum anda inferior. Anda generalisasikan bangsa anda sebagai sentiasa salah, lemah, sering buat silap, mempunyai perangai buruk dan lain-lain lagi perkara yang negatif. Anda sering memandang rendah pada bangsa sendiri dan merasa hina kerana dilahirkan sebagai bangsa X.

Punca anda menjadi seperti ini adalah anda pernah ada sejarah hitam dengan orang dari bangsa sendiri, anda ada ramai kawan dari bangsa lain tapi kurang kawan dari bangsa sendiri, anda selalu bercampur dan bergaul dengan orang dari bangsa lain dan jarang bergaul dengan masyarakat sama kaum, atau anda sering atau pernah ke luar negara sehingga terlalu mengkagumi bangsa lain.

3. Masuk campur dan mendengar apa dari kedua pihak apa sebenarnya yang berlaku.

"Dah bertenang, jangan gaduh-gaduh. Cuba terangkan apa sebenarnya dah berlaku.", kata anda kepada mereka berdua.

Jika anda pilih ini, anda seorang yang toleran dan rasional. Anda tidak menghakimi seseorang berdasarkan kaum atau warna kulit, tetapi berdasarkan perbuatan yang dilakukannya. Anda tidak terlalu ekstrim dengan bangsa anda sendiri, dalam masa yang sama anda tidak memandang rendah pada kaum lai.  Mungkin anda ada ramai kawan berbilang bangsa, sering bergaul dan bercampur dengan masyarakat berbilang kaum,

Syabas buat anda.

4. Tidak masuk campur tetapi mengutuk orang Y di belakang.

"Orang X dengan Y gaduh, ni mesti Y yang salah. Biasalah bangsa Y ni memang kurang ajar", kata anda dalam hati.

Mentaliti anda sama dengan orang yang menjawab no. 1, bezanya anda penakut, hipokrit dan hanya mampu kutuk belakang-belakang je. Mungkin lepas tu anda akan bercerita pada kawan-kawan dan media sosial anda tentang betapa buruknya orang Y tanpa tahu asal usul kejadian. Paling tidak, anda rakam video, post kat Facebook, tulis andaian bukan-bukan lepas tu terus salahkan orang Y.

5. Tidak masuk campur tetapi menyalahkan orang X di belakang.

"Oh ada orang gaduh. Confirm la ni mesti mamat X yang buat hal.", bisik fikiran anda.

Mentaliti anda sama dengan orang yang menjawab no. 2, cuma bezanya pun sama macam di atas, iaitu anda penakut, hipokrit dan hanya mampu kutuk belakang-belakang je. Anda akan buat andaian sendiri kenapa Y yang salah, lepas tu anda akan bercerita pada kawan-kawan dan media sosial anda tentang betapa buruknya orang Y tanpa tahu asal usul kejadian. Nak tambah penyedap cerita, anda tulis status bertapa teruknya menjadi orang berbangsa X dan betapa buruknya sikap kaum X.

6. Tidak masuk campur dan terus berlalu pergi tanpa menyalahkan siapa-siapa.

"Ada orang bergaduh. Nak masuk campur nanti jadi lebih teruk pula. Takpelah buat tak tahu jelah," terdetik dalam minda anda.

Mentaliti anda mungkin sama atau tidak sama dengan no. 3, seorang yang toleran dan rasional, cuma anda bukan jenis yang suka buat andaian sendiri, jenis tak suka ambil tahu hal orang yang tiada kaitan dengan anda. Kalau nak bercerita pada orang lain pun, anda akan cerita tentang kejadian itu sahaja tanpa membuat sebarang rumusan siapa yang salah siapa yang betul, kerana anda tidak tahu cerita apa pun tentang kejadian itu.

Jika anda pilih yang ini, syabas juga untuk anda, cuma mungkin sedikit penakut. Tapi tak boleh nak salahkan anda juga, sebab bukan perkara mudah tiba-tiba nak masuk campur hal orang asing. Silap haribulan, kita yang jadi mangsa keadaan.

7. Terus berlalu tanpa sekelumit peduli dan peristiwa tersebut terus hilang dari ingatan.

Anda bukan seorang rasis, cuma anda seorang yang tidak peduli, atau mungkin sangat tidak peduli tentang hal-hal lain selain yang berkaitan dengan diri anda. Apa yang berlaku di sekeliling anda, yang berlaku dalam masyarakat anda, apa orang lain nak buat, apa benda lain nak jadi, asalkan benda tu tak kacau hidup anda, anda tak peduli dan tak kisah. Hidup anda lebih penting dari segala-galanya.

Boleh jadi anda seorang ignorance, atau jenis pentingkan diri sahaja, atau hidup hanya dalam dunia sendiri, atau merasakan dunia ini hanya berkisar tentang diri anda, atau seorang narsisistik. Antara faktor yang menjadikan anda seperti ini adalah anda seorang kera sumbang, tidak ada ramai kawan, tidak pandai bergaul, socially awkward, terlalu obses dengan minat atau hobi anda yang tidak memerlukan interaksi sosial dengan orang lain dan lain-lain.

Orang yang ada mentaliti macam ni kalau sikit takpe lagi, tapi jangan sampai ia jadi ramai dan jadi majoriti. Kalau hampir semua orang macam ni, alamat musnahlah ketamadunan manusia.

* * * * * * * * * *

Soalan di atas bukan terhad pada kaum sahaja, malah boleh jadi pada orang berlainan agama, negeri, jantina dan sebagainya.

Jika berlaku pergaduhan yang melibatkan individu berlainan agama, anda cenderung untuk menyokong orang yang seagama anda walaupun belum tahu siapa betul siapa salah.

Jika berlaku pertengkaran yang melibatkan individu berlainan negeri, anda cenderung untuk menyokong orang yang senegeri anda walaupun belum tahu siapa betul siapa salah.

Jika berlaku perbalahan yang melibatkan individu berlainan jantina, anda cenderung untuk menyokong orang yang sejantina anda walaupun belum tahu siapa betul siapa salah. 

Jika anda cenderung untuk taksub pada suatu kumpulan masyarakat dan terlalu benci pada suatu kumpulan masyarakat, maka anda sebenarnya ada masalah, ada masalah untuk hidup bermasyarakat. Ada masalah untuk menerima persamaan. Ada masalah untuk meraikan perbezaan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: mengukur menilai tahap perkauman racist rasis masyarakat majmuk berbilang bangsa agama negeri negara jantina

2 ulasan:

  1. MUNGKIN masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum menceburi bidang perniagaan, Datin Seri Shahida merupakan penyanyi sebuah kumpulan nasyid pada suatu ketika dahulu.



    Kumpulan tersebut dikenali sebagai Solehah, yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda dan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu.

    Oleh itu, Shahida mungkin mempunyai kredibiliti untuk membandingkan keadaan industri hiburan dulu dan sekarang.



    “Suasananya berbeza. Dahulu, tiada kecaman hebat dan berbisa seperti sekarang. Lagipun, saya menganggotai kumpulan nasyid, pastinya keadaan yang saya lalui berbeza berbanding selebriti lain.

    “Sekarang zaman internet, semua orang ada akses menerusi telefon pintar dan kemudahan ada dihujung jari sahaja. Banyak perkara boleh ditimbulkan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu hangat,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.



    Sebab utama ibu kepada tiga cahaya mata itu mengeluarkan kenyataan seperti itu ialah disebabkan kecaman yaang diterima oleh suminya sendiri selepas membintangi filem sulungnya, Badang.



    Sebagai isteri yang sedang mengandung, pastinya dia berasa sedikit terkilan dan sedih ketika membaca segala kritikan yang dilemparkan ke atas suami kesayangannya itu.

    Sebelum ini, Aliff telah dikecam kerana didakwa menjadi perosak filem tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah ditegur oleh ramai artis lama dan menganggap dirinya masih belum layak menjadi pelakon jika sudah melatak selepas ditegur tentang cara lakonan.

    Baca: Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Ganggu ‘Periuk Nasi’ Orang
    Juga: Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff Syukri Minta Bakat Dihargai

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.