Khamis, 15 Februari 2018

10 Kerenah orang di pawagam yang menjengkelkan

Perkara paling penting bila kita pergi menonton filem di panggung wayang adalah dapat menonton wayang dengan tenang dan aman, setimpal dengan harga tiket mahal yang kita bayar. Namun, memandangkan panggung wayang itu sangat besar dan boleh memuatkan ramai orang, pasti tak boleh lari daripada pelbagai kerenah dan ragam orang yang sangat jelik dan menjengkelkan dalam panggung wayang gambar atau pawagam.


1. Kaki terkinja-kinja
Tak tahu kenapa ada orang suka goyang-goyangkan kaki masa tengok wayang sampai kita yang kat sebelah rasa macam duduk kat kerusi urut. Kalau yang duduk kat belakang tu siap tendang-tendang lagi kerusi depan. Kau ni dah kena sawan ke apa?


2. Kaki spoiler

Aku faham ada orang suka tengok cerita sama kat wayang banyak kali, dah tau seluruh jalan cerita filem tu, tapi mulut tu diam sikit boleh tak? Kau nak impress siapa sebenarnya kalut sangat dok sembang spoiler kuat-kuat. Aku beli tiket nak tengok filem bukan nak dengar cerita kau. 

 

3. Kaki baca skrip

Kenapa bila watak dalam filem tu bercakap, kau nak kena ulang-ulang balik skrip diorang? Kau ingat ni kelas lakonan ke? 



4. Kaki blur

Dah kenapa bila kat babak kelakar, semua orang pun gelak tapi kau tak gelak? Orang lain yang mudah sangat terhibur ke, atau kau yang takde sense of humor?



5. Kaki gelak tak kena masa

Lepas tu bila waktu yang tak kelakar, babak serius atau sedih, kau pulak gelak tak tentu pasal. Serius, apa masalah kau sebenarnya?



6. Kaki kunyah berbunyi

Orang lain pun beli makanan jugak, ada popcorn jugak, tapi kunyah makanan tu tak senyap sikit tutup mulut? Aku nak tengok wayang ni bukan nak dengar gigi geraham kau menghancurkan makanan.



7. Kaki smartphone

Tak set silent mode tu satu, yang kau boleh pergi jawab telefon bimbit kau berbual kuat-kuat dah kenapa? Apa point kau bayar tiket mahal-mahal kalau nak berborak atau main telefon? Dah la skrin tu silau menyakitkan mata orang lain. Orang lain bayar tiket bukan nak dengar kau bercakap atau tengok kau main telefon.



8. Kaki tidur

Bayar tiket semata-mata nak tidur baik kau balik tidur kat rumah. Dah la tidur, berdengkur kuat pulak tu. Mohon berambus!


Komik-komik ini oleh Aimonaz's Arts.
Jangan lupa Like page beliau tanda sokongan.

Tu baru sikit, kalau nak senaraikan lagi memang banyak gila, termasuklah orang duduk tengah tapi datang lambat, orang asyik keluar masuk nak pergi mana pun tak tau, bawak anak kecik level bayi masuk wayang lepas tu menjerit dan menangis, tengok wayang tak mandi bau badan hapak gila, orang tengok wayang dia buat wayang sendiri kat belakang dan sebagainya.

Benda-benda macam ni biasanya common sense. Takkan la nak kena keluarkan garis panduan dan etika menonton panggung wayang baru orang nak faham kot?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: etika kerenah karenah jengkel jelik orang ketika memonton panggung wayang pawagam cinema filem movie 

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tahniahhh๐Ÿ†๐Ÿ†..tgh tgk wayang tiba²...pr0ootT๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ข๐Ÿ’ซ

      Padam
  2. hahaahha
    tergelak2 aku baca dengan ada komik lagi
    hehehee

    BalasPadam
  3. Tahniahhh����..tgh tgk wayang tiba²...pr0ootT������������������

    -plain38-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proot��⬅xjadi emo ni..yg ni baru jadi๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒนfor u ๐ŸŒท

      Padam
  4. Harii yg membosankan noob๐ŸŽฃ๐ŸŽฃ...pancing jom noob..kolam berbayar xdpt ikn dia bagii ayam...haha..๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‚

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.