Rabu, 7 Februari 2018

5 Peniaga perlu memudahkan urusan pelanggan

Baru-baru ini aku pergi kedai nak beli barang. Barang tu ada display kat kedai, so aku pun tanyalah kat pekerja tu pasal barang tu. Dia pun bagilah penerangan panjang lebar dengan penuh semangat sekali. Lama lepas tu aku pun bersetuju nak beli, tapi bila aku cakap aku nak beli, dia cakap barang tu stok dah habis. Kalau nak tunggu stok baru sampai, ambil masa 2 3 minggu. Aku pun menyumpah-nyumpah dalam hati.  Lain kali kalau barang takde stok tu, beritahu awal-awal, tak pun tulis je kat situ siap-siap. Jangan la bagi harapan palsu pada pelanggan. Takde lah aku nak buang masa kat situ dan boleh terus cari di kedai lain.


Kadang-kadang macam orang berniaga ni kena peka dengan hal-hal seperti ini. Kalau jual apa-apa barang kena ada maklumat yang jelas, terutama sekali harga. Ini jual barang tapi tak letak tanda harga, terutama sekali makanan. Jual barang online kat media sosial tak letak harga, nak tau harga kena PM. Barang stok habis pun tak beritahu sebab nak pegang customer lama-lama. Benda ni basic kot.

Janganlah menyusahkan pelanggan. Mudahkan urusan mereka, pasti mereka akan senang hati nak berurus niaga dengan kita.


* Sorry jarang tulis entry. Sekarang sibuk nak urus Peraduan Komik Strip Media Sosial kat FB. Kalau berminat nak join klik sini - https://goo.gl/teFAkk.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: beli jual barang survery takde stok pm harga tak display tunjuk papar

5 ulasan:

  1. Yaa betullah tuu noob..PM lagii sibuk..kata hari tuu dh tk benarkn PM² nii..ko jual barang bagitau jer harga kalau mampu k¡¡ta beli..xmampu tgk jerr sudah..nii disuruh pm bila dh pm xjadii beli kita pulak yg dimarahnya..noob ada awek pm tepii yaa..haha..😃😄😅🙌🙋🙆🙇prOoTt💨💨⌚⌚⌚⌚

    BalasPadam
  2. apa pun, kena bagi kredit sikit pada pekerja tu. sebab dia rajin melayan. kalau aku yang kerja makan gaji ni, siang2 dah bagitau takde stok. senang sikit. pelanggan tak beli, gaji tetap dapat (kecuali komisen je la missed sikit).

    BalasPadam
  3. Takpa la Noob. Kau masuk kedai tanpa pengetahuan, keluar dengan pengetahuan. Barang yang nak beli tu, takde kat situ, kat tempat lain pun ada.

    Kalau kita jenis dah study pasal barang yang kita nak beli, mungkin kita tak appreciate penjelesan panjang-lebar dia sebab datang nak terus beli, senang cerita.

    BalasPadam
  4. betul tu,saya setuju sangat2, jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.