Iklan Leaderboard

Isnin, 28 Mac 2016

3 Dunia bukan hanya berkisar tentang diri kita

Ada orang yang bila bersembang suka sangat cerita tentang diri sendiri, suka sangat kaitkan dengan diri sendiri, suka sangat "up"kan diri sendiri, seolah-olah dirinya terlalu penting dalam kehidupan semua orang, walaupun kadang-kadang apa yang dibualkan itu takde kaitan pun dengan dia.

Tak semua perbualan kau perlu masukkan hal tentang diri kau. Apa yang kau perlu buat cuma dengar, dan be a good listener, lebih-lebih lagi kalau orang tengah bercerita tentang masalah atau kesedihan mereka. Ketahuilah yang ia bukan tentang diri kau dan cerita kau, ia tentang mereka.

Bagi mereka peluang untuk meluahkan perasaan hati mereka dan cuba bagi pandangan serta solusi tentang cerita mereka, bukan bercakap lagi pasal diri kau. Tunjukkan yang kau tu mengambil berat terhadap orang lain dan perasaan mereka, bukan mementingkan diri sendiri. Tunjukkan yang kau masih ada nilai empati dalam diri kau. Kalau tidak memang takde orang lah yang akan suka berkawan dengan kau.

Seriously, you are not the sun, you are not the center of the universe and world does not revolve around you.

Dunia ini bukan hanya berkisar tentang diri kau semata-mata.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kawan bercakap borak sembang bual up cakap tetang diri sendiri pentingkan selfish not the sun world does not revolve around you

3 ulasan:

  1. Betoiii. Meluat gila dengan kawan hat jenis macam ni. Haihhh.

    BalasPadam
  2. spesis ni memang ada... bila ada kawan macam ni.... sorang2 start menganjing... ko kan paling terer kan apa kita bincang semua ko leh buat aa buat la buat la.. ramai2 nganjing dia nanti berenti la dia.... office tmpt ak buat mcm tu je haha2

    BalasPadam
  3. Suka value yg disampaikn dlm komik ni...tp kekemasan boleh ditambah baik.

    Dunia ni ada mcm2 ragam manusia...just ignore, smile and move forward!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...