Antara ahli politik yang hadir yang terdiri daripada bekas PM Tun Mahathir, pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan DS Najib, pemimpin parti pembangkang iaitu PAS, PKR, PAN, DAP serta aktivis dan NGO yang tidak pro-kerajaan seperti imej berikut:
Sumber gambar |
Tujuan utama majlis ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menuntut PM DS Najib turun. Mereka bersetuju dan bersepakat untuk bersama dalam hal ini atas dasar "The enemy of my enemy is my friend" atau "Musuh kepada musuh aku adalah kawan aku".
Baca teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib di sini.
Baca perjalanan majlis permeteraian Deklarasi Rakyat di sini.
Berikut adalah pandangan aku:
Pertama, memang kita lihat banyak rakyat yang tidak suka kepada Najib dan BN, namun tidak kurang juga rakyat yang menyokong mereka. Ahli politik sering menggunakan perkataan "rakyat" demi survival mereka, namun rakyat yang mana? Rakyat yang menyokong atau menolak mereka?
Perkataan rakyat sering di'misleading' dan disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin politik demi kepentingan dan keuntungan mereka. Suka sangat guna perkataan Rakyat untuk diri politik sendiri, ini demi Rakyat, itu demi Rakyat, jasa kepada Rakyat, Rakyat diutamakan, aspirasi Rakyat, revolusi Rakyat, pakatan Rakyat, deklarasi Rakyat dan sebagainya. Jika kita biasa dengan istilah pelacur agama, kini ada istilah pelacur rakyat. Mereka menggunakan RAKYAT sebagai alasan untuk memperoleh keuntungan semata-mata.
Parti pemerintah klaim semua yang mereka buat adalah aspirasi dan kehendak rakyat.
Parti pembangkang juga klaim semua yang mereka bangkang adalah revolusi dan kehendak rakyat.
Semua klaim apa yang mereka buat adalah kehendak rakyat, namun betulkah itu kehendak seluruh rakyat jelata? Pernah tanya pada rakyat ke apa sebenarnya yang mereka mahu? Pernah ambil tahu dan peduli sangatkah tentang segala rayuan dan rungutan rakyat?
Kedua, langkah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang anti-Najib seperti TS Muhyiddin Yassin dan DS Mukhriz Mahathir bersama-sama dengan parti pembangkang dan aktivis/NGO anti-kerajaan sebenarnya hanyalah menguatkan lagi parti pemerintah.
Kerana apa?
Jika dulu Tun M dan beberapa pemimpin UMNO mengkritik dan menyerang DS Najib Razak telah berjaya membuatkan kepimpinan UMNO lemah. Ahli-ahli UMNO dan orang Melayu telah berpecah kepada dua bahagian utama iaitu yang pro-Najib dan juga anti-Najib.
Pemimpin UMNO yang anti-Najib cuma dikenakan tindakan dan diambil jawatan serta penyokongnya cuma mampu meluahkan kemarahan dan kritikan, manakala yang pro-Najib cuma bantai Tun M dan pemimpin UMNO yang anti-Najib, itu sahaja.
Namun apabila Tun M dan pemimpin UMNO yang anti-Najib bekerjasama dengan pembangkang terutama DAP, kita akan lihat ahli-ahli UMNO dan juga orang-orang Melayu yang berpecah dua tadi akan kembali menjadi satu. Mereka yang pada mulanya anti-Najib akan sanggup kembali menyokong Najib.
Kerana apa?
Kerana kebanyakan mereka walaupun tidak suka Najib, tapi kebencian mereka kepada DAP, geng-geng BERSIH dan Ambiga jauh lebih mendalam daripada kebencian mereka terhadap Najib. Dengan termeterainya kerjasama antara Tun M dengan mereka, ia telah membuatkan sokongan segelintir orang UMNO yang masih ada sedikit hormat kepada mantan Perdana Menteri itu hilang terus, sehingga ada yang terus membakul sampahkan buku-bukunya dan mendapat banyak Like.
Dan penyokong pembangkang juga tak ramai yang menyambut baik langkah Tun M ini bekerjasama dengan pemimpin mereka kerana masih lagi menyimpan dendam dan mengenangkan apa yang telah Tun M buat selama ini seperti kes DS Anwar, kes Memali, kes sumbat ramai orang masuk ISA dan sebagainya, malah page Pencuri Movie sendiri buat troll tentang hal ini dan di'Like' lebih dari 4,000 orang.
Maka aku melihat kerjasama Deklarasi Rakyat ini sebagai satu yang merugikan pembangkang kerana mereka bukan sahaja semakin lemah dan mengurangkan sokongan terhadap mereka, malah sokongan terhadap parti kerajaan pula semakin kuat. At the end, nothing happen, Tun M makin dibenci, kedudukan PM Najib terus kukuh.
Ketiga, pada mereka penyatuan mereka ini untuk menjatuhkan PM Najib adalah untuk "Selamatkan Malaysia". Pada aku perkataan yang lebih sesuai adalah "Naiktaraf Malaysia", atau "Mengubah Malaysia" dan yang lain-lain yang kedengaran tak begitu exaggerate.
Ini kerana walaupun keadaan di Malaysia taklah begitu bagus, tapi tak semua rakyat yang merasakan ia begitu teruk sampai perlu di"selamat"kan, apatah lagi nak di"selamat"kan oleh ahlul politik yang sama lebih kurang je perangainya. Sebenarnya bukanlah "Selamatkan Malaysia" mana tapi lebih kepada "Selamatkan survival politik sendiri" atau "Selamatkan Malaysia mengikut acuan dan ideologi sendiri".
Itu sahaja pandangan aku tentang isu ini, namun pandangan aku ini bukanlah bermaksud aku dah jadi penyokong Najib, aku cuma nak cakap yang percaturan Tun M dalam iklim politik hari ini sudah pun silap.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541
tags: tun mahathir bergabung kumpul pelancaran majlis deklarasi rakyat lim kit siang dap pkr azmin pas pan amanah ambiga bersih selamatkan malaysia
disgusted... mentality kalau melayu memang kalau dia dendam dia dendam seumur hidup ke?
BalasPadampandangan aku plak. org mlayu akan berpecah kpd grup tun M muhyidin mukhriz & lain2. matlamat hanya satu .. utk jatuhkan najibutorrrazzakk..
BalasPadamaku rasa diorang akan ketepikan masalah yg lalu macam isu anwar dll sehingga jibby jatuh. wait & see ..
roda2 kehidupan. no one can remain no 1 forever. dulu tun M dkt atas. dkrg di bawah .. masa najib juga akan sampai satu hari nanti
Salam mamak kutty VS najib &jahid komodo ,
BalasPadamRamai keparat yang masih enggan mengundi selain umno kerana mereka takut dengan propaganda melayu akan jadi hamba. Walhal Melayu jadi hamba bukan kerana umno tidak memerintah tetapi kerana sikap mereka yang malas berusaha, tunggu hendak disuap dan nak short cut.
Otak mereka tak pandai dan mereka sendiri PENGECUT untuk bersaing justeru amat mengharapkan kuota dan cable.
Mereka lebih suka mengeluh, menyalahkan orang dan berdengki kenapa mereka miskin di bumi sendiri sedangkan mat indon baru datang boleh jadi kontraktor kaya. Teruskan lah mencipta alasan wahai bangsat dan biar umno menjual harta kekayaan mu.
Tolak UMNOBN undi PR kembalikan keadilan sosial agar semua berfungsi mengikut tahap kepandaian masing-masing.heee
#KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
bro, kau ni fikiran sempit, kalau ikut KEDEPAN ko ni habis la negara ni dikuasai kaum bukan bumiputera dan aku pasti masalah yang tok moyang kita cuba elakkan dari dulu akan berlaku, ke kau memang nak macam tu?
PadamSebenarnya saya keliru,Pakatan Harapan bersetuju jatuhkan Najib tapi bukan BN,oleh itu BN kekal memerintah asalkan bukan Najib. Misal kata Najib di jatuhkan siapa yang bakal naik jadi PM. Adakah dengan kejatuhan Najib ringgit dan ekonomi boleh pulih serta merta. Adakah dengan jatuhnya Najib,Anwar dapat di bebaskan. Ramai2 bergabung hanya nak jatuhkan seorang insan bernama Najib Tun Razak. Ini mengingatkan saya perang tiga segi,acheh,portugis dan johor. Akhirnya rakyat juga bernasib malang.
BalasPadamDulu mahathir ni la yg bg sokongan kat najib supaya jd PM siap letak jawatan masa pak lah jd PM...komen dia salah pilih peganti beliau...pas2 skrip yg sama berlaku utk najib gak, cuma kali ni lg berani sbb ajak sekali pemimpin pembangkang lain.
BalasPadamMmg najib x betul memimpin skrg ni...tp mahathir pun 2 kali x betul pilih pemimpin gak..ada kata ia berkaitan dgn projek dia najib x approve..sama mcm kes pak lah.
Papepun pru lambat lagi...2017/18. Kalau buat pru sekarang pun maybe PR ada potensi menang, cuma kdg2 sy nmpk perjuangan still sama...janji2 manis semua tinggal kenangan lepas pru. Last2 gst dikekalkan, tol xleh dihapuskan, minyak xleh bawah rm1, harga rumah xleh control...dgn alasan sbb kepimpinan lama dah buat byk kerosakan smpi janji xleh dilaksanakan.
Sy nmpk pemimpin skrg ni lebih kejar isu sendiri dr isu rakyat...tp gunakan isu rakyat utk menjatuhkan pihak lawan...tp perlaksanaan tetap KOSONG
Sy bangkang..
BalasPadampening dengan politik sekarang nih..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDouble post. Sorry
Padammahadir sebenar nya boleh je duk diam stay silent xcampur dlm politik. bulan2 terima pencen jd penasihat proton petronas sampai dia mampos. anak dia pun tak kena buang kerja. apa ada hal.
BalasPadamtapi mahadir tetap juga masuk campur politik utk selamatkan negara bangelasia dari jibby lazak. mungkin dia ada motif sendiri kenapa dia buat mcm tu.
1st time para anon serius bdiskusi..ni more proot3.. thorbaikkk
BalasPadamKalu kita join parti sebelah, ia ibarat kita baru saja dilahirkan semula, putih suci murni..
BalasPadamPada aku, Tun M buat deklarasi sesama TSMY dan Mukhriz dan beberapa ahli UMNO yang kena singkir jawatan dan beberapa pegawai kerajaan yang dipaksa bersara je pun dah okey dah. Rakyat akan support.
BalasPadamBila dia duk sekali dengan org2 yang dulu dia sumbat dalam ISA, lain pulak perasaannya...
aku rasa lah, Tun M saja je buat deklarasi ni sebab selama ni proton kena boikot dgn penyokong pembangkang, so bila dia buat macam ni secara tak lansung orang yang boikot dulu akan beli proton,
BalasPadameh ke aku banyak sangat tengok dvd?
saya bengkeng...
BalasPadamBarisan Nasional👍
BalasPadamaku tetap sokong PM Najib..dia mmg terbaik ! hidup UMNO dan BN !
BalasPadamTun M patut rehat dah..nak cari Pe lagi
BalasPadamduit dah banyak makan 7 KETURUNAN tak abis..nak lawan Najib dia org muda..kesannya tenguk tu asyik kena ' Checkmate' je..gua sokong Najib!
deklarasi tong sampah..abiskan boreh jo..masuk angin keluar asap..buang maso
BalasPadamdan tenago Jo..