Iklan Leaderboard

Ahad, 27 Mac 2016

5 Tak guna motor besar jika akal kecil otak sempit

Suatu ketika dulu aku pernah tulis cerita tentang kesusahan seorang OKU yang terpaksa meletakkan kereta jauh dari tandas di R&R kerana tempat letak kereta khas untuk OKU telah dirampas oleh mat-mat motor yang sangat tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan di artikel ini - "Mendalami perasaan insan OKU yang haknya dirampas".

Baru-baru ini, cerita fiksyen yang aku tulis itu sekali lagi menjadi kenyataan dan telah viral di media sosial yang dikongsikan oleh Iela Fadila di Facebook di mana sekali lagi terdapat geng bikers yang merampas hak OKU dengan meletakkan motor besar mereka di parking khas OKU sehingga menyebabkan orang yang benar-benar memerlukan terpaksa bersusah payah. Kejadian dikatakan berlaku di R&R Sg. Buloh pada 26 Mac 2016.


Aku tak faham, apa yang susah sangat nak parking motor dekat tempat parking motor. Tunggang motor beratus-ratus kilometer boleh, takkan nak parking jauh sikit kat parking motor lepas tu jalan beberapa meter untuk ke tandas dan tempat makan pun tak boleh? Apa punya sakit mentaliti macam ni?



Tak tahulah nak cakap apa lagi pada golongan akal cetek motor sahaja besar tapi otak kecik ni. Tulis lah banyak mana pun, viralkan lah macam mana pun, golongan seperti ini tetap wujud. Sebab tu orang cakap kadang-kadang ilmu, harta dan akal itu tidak seiring. Ada ilmu, ada harta tapi tak semestinya ada akal yang baik.

Aku kongsikan tulisan dari FB Muhamad Fazrin, seorang illustrator dan penulis yang juga merupakan seorang OKU tentang isu ini:
Sahabat,

Hidup ini kita seringkali diajar tentang ilmu sivik. Kita juga kaya dengan tamadun yang cukup gemilang.

Kau sendiri nampak dengan jelas ruang parkir OKU dilabel dengan logo yang besar. Logo yang besar itu bukanlah dalam bentuk motosikal atau kereta. Tetapi kerusi roda. Simbol khas bagi OKU.

Lihat, hanya kerana kau, sahabat, mereka yang selayaknya memarkir di situ hilang haknya. Mereka perlu parkir agak jauh dan ada ketikanya terpaksa berhimpit di celah-celah kenderaan lain.

Tuhan beri kau akal. Akal bertindak untuk berfikir. Jangan gunakan akal sebagai satu alat untuk menulis sejuta alasan. Fikir dan bertindak dengan bijak.

Parkir motosikal dalam ruang parkirnya. Begitu juga dengan kereta. Jangan mencelah masuk sesuka hati dalam ruangan yang bukan selayaknya.

Manusia dengan fikiran waras tahu hak diri dan juga orang lain. Mereka tidak sesuka hati memangkas hak orang lain, sahabat.

Sahabat, ini gambar yang aku dapat daripada Puan Iela Fadila dalam satu grup di Facebook. Kejadian ini berlaku di R&R Sungai Buloh pada 26 Mac 2016 seperti yang ditulis oleh pemilik Facebook itu.

Duhai sahabat, sedar dan fikir semula tindakan kau itu. Tuhan letak kau sebagai insan biasa, sama seperti yang lain. Ya, kau dan OKU sama-sama manusia, selayaknya tinggal di atas bumi yang sama. Kita semua sama, hamba Tuhan yang satu.

Cuma fikir sejenak, andai satu masa kelak ahli keluarga atau diri kau sendiri memerlukan ruangan itu dan dicaras oleh orang lain. Aku tidak mendoakan tetapi apa sahaja boleh terjadi.

Ini pesan aku, sahabat. Tolong hormati hak orang lain kalau mahu manusia lain menghormati diri kau.

Salam sayang, sahabatmu. Muah!

#PesanBudakOKU

Baca lagi artikel lain berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: parking oku bikers tempat letak kenderaan motor motosikal besar r&r rampas hak

5 ulasan:

  1. apa la korang ni motor besar budak2 bikers OKU kot.. ingat OKU xleh motor besar ke? hare sungguh demo ni..

    BalasPadam
  2. moga kita buka mata hati untuk lakukan perubahan ini...

    BalasPadam
  3. Masuk kawasan kurg upaya satu hal..pas2 ada masuk slot parking kereta (parking tengah2) pun lagi bebal sbb dr jauh nmpk kosong, tp ada motor besar parking LIKE A KING.

    Pernah baca statement dlm FB, org yg paling miskin kat dunia ialah org yg xde adab n budi bahasa. THE END.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...