Jumaat, 4 Mac 2016

5 Kebodohan nampak kecil tetapi besar kesan mudarat

Kadang-kadang banyak perkara bodoh atau pun kerosakan yang kita buat nampak kecik dan simple sehingga kita rasa macam tiada masalahpun  untuk melakukannya, namun hakikatnya ia boleh menyebabkan kesan buruk serta mendatangkan kesusahan dan kemudaratan yang besar kepada orang lain.

Pelukis: Elly Elias

Ya, contohnya macam meludah chewing gum di merata-rata tempat terutama di atas jalanraya. Nampak macam kecik je, setakat chewing gum je pun. Tapi kesannya pada orang yang terpijak, sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pijak taik kucing pun ok lagi daripada terpijak chewing gum. Sekurang-kurang taik kucing boleh basuh dengan sabun pastu move on. Chewing gum bila dah terlekat dekat tapak kasut, memang merana la kau nak tanggalkan balik.

Banyak lagi contoh-contoh perkara bodoh kecil lain yang kesannya besar terhadap orang lain, seperti buang botol plastik keluar dari kereta ke atas jalanraya yang mana sampah itu boleh membahayakan penunggang motosikal, tak bagi signal bila nak masuk simpang yang mana boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain, bercakap-cakap dengan kawan sebelah pasal cerita yang tengah ditonton dalam panggung wayang yang masa sangat menjengkelkan orang lain dan sebagainya.

Sebab tu kalau nak jadi bodoh, jadi bodoh sorang-sorang dan pastikan kebodohan anda itu tidak memberi kesan mudarat yang besar serta menyusahkan orang lain.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik



tags: kebodohan kerosakan kecil kecil simple mudah kemudaratan mudarat kesan buruk mudharat

5 ulasan:

  1. memang kena maki la sape buang chewing gum cam ni

    BalasPadam
  2. Menyusahkan mazlahab orang ramai tanpa disengaja


    BalasPadam
  3. Sebab tu la golongan mcm ni dipanggil bodoh. Diorg tak tau dan tak kisah kesan kebodohan mereka dekat org lain.Melainkan kebodohan mereka terkena pada batang hidung mereka sendiri

    BalasPadam
  4. Benda2 kecik gini kadang2 macam dah biasa dibuat dalam hidup, tapi benda nilah yang bagi impak besar

    BalasPadam
  5. Teori ini orang panggil Butterfly Effect.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.