Khamis, 3 Mac 2016

3 Raikanlah kejayaan dan tangisilah kegagalan

Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM hari ini, bagi yang mendapat keputusan cemerlang, bergembira dan raikanlah kejayaan ini sepuas-puasmu, kerana kegembiraan ini mungkin tidak akan berulang lagi di masa hadapan.


Pelukis: Aika

Dan bagi yang mendapat keputusan kurang baik pula, menangislah sepuas-puasmu, dan setelah air matamu kering, bangkitlah semula dari kegagalan supaya kamu tidak perlu lagi menangis seperti ini di masa akan datang.

Pelukis: Yura Yu

Bagi yang target result SPM straight A tapi tercicir seketul dua B tu janganlah bersedih sangat, nanti dah masuk matrikulasi dan universiti, balas dendam untuk dapatkan CGPA 4 flat pulak, atau paling tidak dapat 3.85 pun dah cukup bagus.

Pelukis: Amna Shark


Dan seperti yang aku pernah tulis dulu dalam sebuah artikel, kita yang dewasa ini dalam memberi semangat kepada yang kurang berjaya tidak perlulah mencemuh pula mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, dan usahlah menyindir mereka pula dengan kata-kata seperti "Alah baru SPM, SPM tu takde apa-apa" dan sebagainya. Kita pun pernah melaluinya dulu, maka biarlah mereka menikmati saat dan momen mereka sendiri.


Baca lagi artikel berkaitan SPM dan pendidikan:



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik



tags: keputusan result spm sijil pelajaran malaysia 2016 seluruh malaysia

3 ulasan:

  1. Proottt dmuka KEDEPAN

    BalasPadam
  2. Org yg kerja exac n non exac byk bergantung kat SPM result...kira SPM simpang utama utk kerjaya hidup yg lebih baik.

    Tp jgn asyik dijulang org yg good result..tp yg result yg not bad tp dia put lot effort pun bagus gak..sbb x semua org dilahirkan pandai

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.