Iklan Leaderboard

Khamis, 24 Mac 2016

5 Beri otak peluang untuk berfikir sebelum menilai

Kadang-kadang kita ni, baru baca tajuk berita dah buat andaian sendiri macam dah baca habis 8 perenggan artikel berita. Baru baca tajuk filem dah kondem macam dah habis tonton seluruh cerita. Baru tengok kulit luar buku dah nilai macam dah khatam habis seluruh isi kandungan. Baru tengok gambar makanan dah boleh review habis rasa makanan tu tak sedap. Baru tengok pemakaian seseorang dah kutuk habis perangainya walaupun tak pernah kenal pun.

Inilah yang sering berlaku apabila manusia lebih pantas gunakan mulut (atau jari) sebelum beri peluang kepada otak untuk memproses terlebih dahulu. Suka sangat menilai sesuatu hal hanya berdasarkan luaran semata-mata sedangkan tak pernah merasai atau mengalaminya sendiri pun.

Pelukis: Prinz Aujinz.

Bak kata omputih, don't judge a book by its cover.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: don't judge book by its cover jangan menilai orang dari rupa luaran review filem

5 ulasan:

  1. well buku buasir otak memang lukisan x best pun... tapi isi dia berkali2 ganda lagi best dari content lukisan detail yg suka menjerit x sudah haha2

    BalasPadam
  2. 1st ! proOoTt d muka KEDEPAN.

    -siosli-

    BalasPadam
  3. saya juga menyokong teori memecahkan buah tembikai dapat mengurangkan cuaca panas di malaysia

    -Zyroslixx-

    BalasPadam
  4. ala, cerita shin chan kartun cincai je tapi isi tu yg menarik perhatian orang

    BalasPadam
  5. Biase la..org kita mmg x power serba serbi...tp mulut mcm serupa pemimpin kita, pandai ckp n gebang.

    Bg sy, sy pentingkn originality, jalan cerita, value of the story

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...