Iklan Leaderboard

Ahad, 13 Mac 2016

7 Yang tahi tetap tahi walau sebahagian dari mereka

Walaupun aku merupakan sebahagian daripada beberapa kumpulan masyarakat, namun hanya kerana aku sebahagian daripada mereka, tidak bermakna aku harus membuta tuli mempertahankan masalah dan kesalahan yang dilakukan oleh segelintir manusia dalam kumpulan masyarakat tersebut.



Sebagai contoh, aku sebahagian daripada bangsa Melayu, tapi aku takkan menyokong orang Melayu yang menipu.

Aku sebahagian daripada orang Islam, tapi aku takkan mempertahankan orang Islam yang jahat.

Aku sebahagian daripada kaum lelaki, tapi aku takkan backing lelaki lain yang menindas kaum wanita.

Aku sebahagian daripada orang Johor, tapi aku takkan mempertahankan masalah yang dilakukan oleh orang Johor lain.

Aku sebahagian daripada orang Malaysia, tapi aku takkan menyokong apa2 ketahian yang dilakukan oleh orang Malaysia yang lain.

Aku sebahagian daripada peminat manganime, tapi aku takkan mempertahankan peminat manganime lain yang promote hentai dan yaoi.

Aku sebahagian daripada peminat K-Pop, tapi aku takkan backing kebodohan yang dibuat oleh peminat K-Pop yang lain.

Hanya kerana aku sebahagian daripada mereka, tak semestinya aku perlu sokong dan mempertahankan segala ketahian yang dibuat oleh segelintir mereka malah mungkin akan turut sama mengecam.

Tahi tetap tahi walaupun aku sebahagian daripada mereka.

Walaupun begitu aku tidak generalize dengan menganggap keseluruhan kumpulan masyarakat yang aku merupakan sebahagian daripadanya itu teruk hanya kerana terdapat segelintir manusia di dalamnya yang bersikap tahi.

Aku tidak akan menganggap seluruh bangsa Melayu, orang Islam, kaum lelaki, orang Johor, orang Malaysia dan peminat manganime itu teruk. Bantah dan bencikan pelaku individu yang merosakkan bukan bencikan kumpulan masyarakatnya.

Kecuali K-Poop... dan aku tipu aku sebahagian daripada mereka kah3.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sebahagian kumpulan masyarakat orang bangsa kaum melayu islam muslim lelaki johor malaysia manga anime komik peminat kpop

7 ulasan:

  1. aku suka cara kau describe k poop *thumbs up*

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy onani? peliknya nama

      Padam
  2. proOo0tT creEet d muka k pork & k porkpers

    BalasPadam
  3. Tahi tetap berada dimana-mana

    BalasPadam
  4. Minat lagu/irama K-Pop ke minat kulit licin putih gebu K-Pop? peminat lelaki dan perempuan sama je,nak penuhi fantasi nafsu semata-mata huh

    BalasPadam
  5. Yaoi tu apa? Klu hentai pernah dgr..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...