Selasa, 15 Mac 2016

5 Favoritisme, kronisme dan nepotisme jadi budaya

Kabel. Orang dalam. Pilih kasih. Pilih bulu. Anak emas. Semua ini adalah sebuah bentuk favoritisme, kronisme atau nepotisme. Kita biasa dengar isu-isu ini di kalangan pemimpin-pemimpin besar, menteri, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya, namun hakikatnya amalan ini juga berlaku dan sudah pun menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita dalam skop yang lebih kecil.

Tak perlu lihat jauh-jauh, seperti contoh di sekolah sahaja. Anak kepada guru yang mengajar di sekolah itu kebiasaannya akan mendapat keistimewaan dan keutamaan berbanding murid-murid yang lain. Guru lain pun memberi keistimewaan kepada anak guru tersebut, dan dia juga merasakan dirinya berhak mempunyai keistimewaan berbanding murid lain hanya kerana ibu atau bapanya guru di sekolah itu.

Pelukis: Budoxe Lee.


Maka apa itu favoritisme, kronisme dan nepotisme? Secara ringkasnya seperti berikut:

Favoritsme (favoritism): Amalan pilih kasih terhadap seseorang untuk memperoleh suatu kepentingan dan keuntungan dan keistimewaan itu berbeza dan tidak diperolehi pada orang lain.

Kronisme (cronyism): Suatu bentuk favoritism yang lebih khusus pada rakan sekutu yang mempunyai kepentingan dan boleh membawa kepada keuntungan bersama.

Nepotisme (nepotisme): Suatu bentuk favoritism yang lebih khusus pada ahli keluarga dan sanak saudara yang mempunyai pertalian kekeluargaan.

Kadang-kadang hal ini nampak macam kecil tapi secara tak langsung kita sebenarnya dah terdidik dengan amalan favoritisme, kronisme dan nepotisme ini sejak kecil lagi malah sudah pun menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat kita.

Jangan kata yang besar, yang kecil pun dah terbiasa dengan amalan-amalan ini.

Anak menteri senang dapat projek kerajaan. Kawan kroni boleh dapat projek secara rundingan terus. Anak cikgu mendapat keistimewaan di sekolah. Anak ketua kampung lebih dipercayai daripada anak seorang penoreh getah. Anak pegawai kanan kerajaan mudah dapat jawatan dalam kerajaan. Anak ahli politik mudah dapat jawatan dan naik pangkat dengan cepat. Anak orang yang ada kawan pegawai tinggi di universiti boleh masuk universiti tanpa melalui proses biasa yang dilalui orang lain. Kawan kepada kakitangan kaunter perkhidmatan kerajaan boleh terus membuat urusan tanpa perlu beratur panjang dan ambil nombor giliran seperti orang lain. Semuanya hanya dengan menggunakan kabel dan orang dalam.

Ya, dunia ini tak pernah adil.

Kita sebenarnya tidak pernah pun bersaing dan berdiri di atas padang yang sama kerana pasti ada yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan, manakala lebih ramai yang langsung tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan terpaksa berusaha jauh lebih keras berbanding mereka yang mempunyai keistimewaan, itu pun belum tentu dapat mengecapi apa yang mereka telah pun kecapi dengan mudah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: amalan favoritisme kronisme nepotisme favoritism cronyism nepotism kebiasaan masyarakat melayu kelebihan keutamaan keistimewaan keuntungan kabel kabel orang dalam 

5 ulasan:

  1. Nak dapat kerja kalau ada kabel besar...senang dapat... =(

    BalasPadam
  2. Seburuk2 mana sistem yg disebutkan diatas...bila ke akhirat kelak semua tetap adil dan telus, x kira anda background apa sekalipun.

    Kdg2 yg kelakarnya kita sibuk kutuk sistem di atas dlm politik, tp dlm kehidupan seharian pun adakalanya kita 2x5 je cuma situasi dan skala berbeza.

    BalasPadam
  3. kdg2 blaku tnpa sedar pon bnde2 gini.

    BalasPadam
  4. salam najib naik tocang

    ini lah yg ditakuti. bila orang yg tak skor exam. failed subjek diserap masuk dlm jawatan penting. generasi bangsat akan lahir dari pendidik keparat macam ni. anak cina sibuk majukan ekonomi, anak melayu sibuk berkapel rempit & malas berusaha.

    begitu juga dalam negara. selagi najib keparat berkuasa selagi tu negara akan mundur. orang yang fail exam pun di terima dlm jawatan penting asalkan ada kroni , kabel. mat basah takde spm pun boleh jadi menteri.

    ayuh bangsaku. ubah undi. najib botak keparat mesti di jatuhkan dalam pru14.

    #KEDEPAN

    BalasPadam
  5. Perkara macam ni berlaku sebab kita hilang kepercayaan pada orang yang kita tak kenali. Jadilah orang yang amanah & cuba belajar percaya orang luar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.