Iklan Leaderboard

Rabu, 23 Mac 2016

7 Pensyarah bangsat minta habuan seks dari pelajar

Pelajar mudah jadi mangsa seks pensyarah, akui pegawai kanan UKM

Pelajar-pelajar universiti mudah menjadi mangsa gangguan seks apabila banyak urusan akademik terletak di tangan  pensyarah, kata seorang pentadbir kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, timbalan naib canselor UKM, mengakui kebergantungan yang tinggi terhadap pensyarah membuka ruang si pelaku mengambil kesempatan ke atas pelajar.

“Punca gangguan seks yang sering berlaku di universiti adalah disebabkan pensyarah mengambil kesempatan terhadap pelajar yang memerlukan bantuan seperti ubah suai jadual atau susun atur subjek.

“Pensyarah biasanya meminta ganjaran seks daripada mereka dan perlakuan itu melanggar etika universiti.


“Jika aduan dibuat oleh mangsa, tindakan tatatertib akan diambil dan jika pensyarah itu didapati bersalah, pihak universiti boleh melucutkan jawatan serta membuangnya dari universiti,” katanya kepada Berita Harian.
Namun, tambah Noor Aziah, ramai mangsa gangguan seks di kampus tidak tahu saluran untuk mengadu masalah tersebut dan malah ada yang tidak berani meluahkannya kerana malu dan takut.

“[Pelajar] malu kerana berasakan maruahnya tercemar dan takut kerana pelakunya adalah pensyarah yang mempunyai kuasa untuk melulus serta menggagalkan subjek diambilnya,” beliau dilaporkan berkata.

Beliau menggesa mangsa gangguan seks tampil melaporkan kes tersebut kerana universiti menyediakan saluran yang bersesuaian.

Katanya, siasatan ke atas pelaku akan dilakukan secara telus tanpa mengganggu proses pembelajaran mangsa di universiti.

Sumber The Malay Online @ 21 Mac 2016

* * * * * * * * * *

Pensyarah minta tubuh

Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.

“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan.

“Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.

“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.

“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber Harian Metro @ 29 Oktober 2011.

* * * * * * * * * *

Pensyarah minta habuan seks, wang ditahan SPRM

Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan pelajarnya.

Pensyarah lelaki berusia awal 50-an itu ditahan, kira-kira jam 5 petang semalam, selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan universiti berkenaan.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi Berita Harian malam tadi, mengesahkan penahanan pensyarah terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

"Perkara berkenaan masih dalam siasatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat selepas kes itu selesai disiasat," katanya.

Sumber memberitahu Berita Harian, selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya.

Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.

Sumber Berita Harian @ 24 Jun 2009

* * * * * * * * * *

Kes Pensyarah Minta Habuan Tidak Berleluasa

Isu pensyarah meminta habuan wang ringgit dan seks dari pelajarnya yang mahu lulus dalam peperiksaan tidak berlaku secara berleluasa di kalangan tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya kes seperti itu adalah terpencil dan kadang-kala tidak kedengaran langsung.

"Kalau di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kita ada lebih 28,000 pensyarah, jadi kes-kes begini jarang dan tidak kedengaran dan kalau ada berlaku pun tidak secara berleluasa.

"Soal-soal seperti kita tidak tahu, kerana sama ada seseorang pensyarah itu akan melakukannya (meminta habuan) ia bukan bergantung kepada tahap kesarjanaannya, kerana kalau dia mahu lakukan, dia lakukan juga," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang menyertai program Duta Universiti di bawah Strategi Laut Biru Negara, Kementerian Pengajian Tinggi, di Bandar Baru Enstek, di sini, Isnin.

Mohamed Khaled bagaimana pun menasihatkan pelajar supaya membuat aduan kepada universiti dan pihak berkuasa sekiranya diminta memberi sebarang bentuk habuan oleh pensyarah mereka, sebelum diluluskan dalam peperiksaan.

Katanya, perkara sebegitu bukan sahaja salah dan mencemar integriti seseorang pensyarah tetapi juga memberi kesan terhadap sistem peperiksaan yang bertujuan menguji kefahaman pelajar.

"Jika peperiksaan tidak dilakukan secara jujur dan ikhlas maka pelajar yang mungkin tidak sampai tahap, akan diberi kelulusan jadi rugi bagi kita jika perkara ini berlaku," katanya.

Terdahulu, mengulas mengenai program Duta Universiti, Mohamed Khaled berkata ia bertujuan melatih pelajar IPTA sebagai "duta" atau ejen perantaraan dan perubahan kerajaan bagi mengukuh kesedaran masyarakat tentang pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan seperti kemudahan pinjaman.

Katanya, selain didedahkan dengan aspek kepimpinan dan keyakinan diri, pelajar juga akan menjadi sebagai pakar rujuk oleh komuniti setempat terutama dalam isu-isu semasa berkaitan sosial, pendidikan, ekonomi dan teknologi.

Seramai 66 pelajar dari enam buah IPTA dilantik sebagai "duta" di bawah program tersebut telah melalui beberapa siri bengkel latihan bersama komuniti setempat dan akan membuat cadangan pelan tindakan kepada agensi kerajaan berkaitan bagi meningkatkan tahap ekonomi masyarakat di situ.

Sumber Mstar @ 13 Februari 2012.

* * * * * * * * * *

Bila baca berita yang terkini di atas sekali tentang pelajar mudah jadi mangsa seks pensyarah, akui pegawai kanan UKM tu, aku cubalah buat carian kat Google sikit, rupanya ada juga beberapa kes yang serupa yang pernah dilaporkan di media arus perdana.

Itulah manusia, kadang-kadang bijak kat kepala otak tak semestinya punya akhlak dan moral. Harapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan pensyarah, pensyarah ambil kesempatan terhadap pelajar. Walaupun kes macam ni mungkin tak berapa banyak, tapi harap mana-mana pensyarah yang kantoi tu tolong buang terus dari jadi pensyarah, tak perlu nak turun pangkat atau tukar jabatan sahaja.

Kepada mahasiswi universiti, nak elakkan daripada pensyarah lelaki miang macam ni mudah je, buat je assignment dan ujian betul-betul, so takde la diorang ada alasan nak minta ganjaran atau habuan. Tak berbaloi buang maruah kau hanya kerana sekeping sijil dik. Zaman sekarang ada sijil sahaja tak semestinya menjamin masa depan anda.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pensyarah habuan mangsa rasuah seks pelajar mahasiswa mahasiswi student rogol romen lucah sex minta tubuh

7 ulasan:

  1. salam najib tabur dedak di sarawak

    inilah akibat nya bila golongan low class & tak skor exam di ambil berkerja dalam jawatan penting. pelajar minta ilmu di minta nya seks. idup utk puaskan nafsu. langsung tak terfikir utk didik anak2 muda jadi orang baik2.

    begitu juga apabila ipt di jadikan tempat berpolitik. di jemput politician bangsat utk berceramah ideologi najib. di buat program2 melalaikan.

    akibat nya wujud anak2 melayu yg pemalas, failed exam. bila grad guna kabel & kroni utk apply jawatan penting dlm kerajaan. & seterusnya masalah diatas berulang ulang.

    jom tukar undi selain Najib utk memberi kuasa kepada pakatan utk mengubah situasi di atas. firman Allah yg bermaksud : jangan lah kamu cenderung kepada golongan zalim kelak kamu akan di campak di dlm api neraka.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul firman Allah tu.
      jangan zalim sokong peliwat jadi PM
      nanti buntut mamat kedepan kena liwat

      Padam
  2. people nowadays are sick. semulia-mulia kerja itu sepatutnya ia jadi.

    BalasPadam
  3. bila buat laporan, pensyarah jwb ianya tuduhan palsu pasal pelajar tersebut malas dan selalu ponteng kelas....saja nak burukkan pensyarah tersebut kerana takut gagal...

    BalasPadam
  4. Laa, ingatkan dalam manga hentai je ada plot camni, rupanya dkat U tempatan pun ada jugak. Akal letak kat burung ke?

    BalasPadam
  5. Mesti ada baju merah tagline Takkan Melayu Hilang DiDunia

    BalasPadam
  6. Kalau ada demand..sure ada perkhidmatan. Persoalannya, sapa yg tawar atau mintak dulu? Lgpun anak dara kat Uni mmg sekali tgk geram je....tp kalau ada ppuan offer sbb nak score bagus, terpulang kepada keimanan pensyarah nak ke xnak..

    So, pengajarannya....penyarah yg mmg suka try mmg la bangsat..tp kalau ppuan yg start offer lg terserlah kebangsatan 7 petala langit.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...