Jumaat, 11 Mac 2016

9 Kisah taubat banduan akhir sebelum ke tali gantung

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir. Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”. Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya “Sel akhir”.


Katakanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja. Waktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi”. Ianya mesti prosedurnya begitu. Kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

Lutut tak boleh berdiri dah..

Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah. Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang. Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya. Sentiasa membaca Al-Quran. Bila ustaz Agama yang pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

“Saya banyak dosa ustaz”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.

Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah… sembahyang. Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pada Allah SWT. Kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah. Manusia yang tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan-tuan.  Itu diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpada saya dan kita semua.

Banduan akhir sempat bertaubat…

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpada kita semua. Sebab dia tau untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT. Takk tau bila nak mati.

Maka baduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.
“YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!”.

Maka datang drpada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia. Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 . Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.Tuan² banduan akhir nak order apa?

Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah. Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.Itu Rahsia Allah.Ya..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

Maafkan ayah.. maafkan abang…

Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dengan ahli keluarganya. Tuan-tuan bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam? Tak ada apa yang boleh dipesan diketika itu. yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja;

“Maafkan ayah…Maafkan ayah”. bila peluk isteri ,, “Maafkan abg, Maafkan abg”. Itu sahaja. Nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini. Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dengan Allah SWT.
Wallahua’lam.

Tazkirah oleh Ustaz Wadi Anuar dari FB page Perang Cyber.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: taubat banduan akhir kisah benar cerita dari penjara tazkirah

9 ulasan:

  1. Satu kisah menarik yang dapat memberi keinsafan dan menerbitkan rasa syukur atas nikmat yang Allah telah berikan.

    BalasPadam
  2. ADA juga beberapa kes Banduan akhir yang "terlepas" hukuman mati, setelah diampunkan kesalahannya oleh Baginda Sultan dari negeri tersebut.

    BalasPadam
  3. First time aku baca ni dlm Fb, terasa sampai ke dalam oo.
    Mati itu rahsia Allah, hinggalah ke saat ia tiba.

    BalasPadam
  4. Insaf. Terima kasih PON.

    BalasPadam
  5. tq atas tazkirah. pro0ott d muka kedepan

    BalasPadam
  6. Kalau kita tahu nak mati bila, kita akan wat jht sejht2nya, pastu nak mati tiba2 je taubat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.