Iklan Leaderboard

Rabu, 23 Mac 2016

7 Privasi anak murid di sekolah adalah amanah

Sekarang ini viral video di sekolah tentang seorang budak perempuan Melayu yang marah dengan gaya dan lagak seorang peguam terhadap seorang murid lelaki India kerana dikatakan telah membaling kalkulatornya. Video ini telah dikongsikan lebih 22,000++ kali di Facebook dari FB pengupload asal dan juga beribu-ribu lagi dari page lain.


Kelakar memang kelakar bila tengok gaya budak perempuan tu, tapi bila melihatkan betapa budak India tu duduk melutut sambil merayu dan menangis, aku jadi sangat kurang selesa. Ya, kes macam ini sebenarnya biasa berlaku di sekolah, budak bergaduh, kena marah, kena hukuman disiplin dan sebagainya, namun aku agak kecewa dengan tindakan guru yang merakam insiden tersebut sehingga tak pasal-pasal video itu kini jadi viral sehingga bukan sahaja boleh mendatangkan keaiban pada murid-murid tersebut malah boleh mengundang macam-macam spekulasi dan andaian lebih-lebih lagi hal yang melibatkan perkauman.

Aku pernah tulis dulu di artikel ini "Pekerja yang mengaibkan pelanggan sila mereput" tentang seorang doktor yang merakam gambarnya dengan pesakit yang sedang melahirkan anak, tapi konsepnya sama sahaja. Tak kira kau kerja apa sekalipun, mesti ada integriti dan amanah yang perlu dijaga.

Seorang polis tidak boleh suka2 merakam gambar pesalah dalam lokap, cikgu tidak boleh mengambil video anak murid suka2 tanpa kebenaran ibu bapa, jururawat tidak boleh suka2 ambil gambar pesakit dalam bilik pembedahan, pensyarah tak boleh ambil gambar result pelajar dan masukkan dalam FB.

Begitu juga dengan guru. Hal perihal anak murid, guru tidak boleh sewenang-wenangnya merakam atau mengambil gambar terutama hal-hal negatif yang berkaitan dengan privasi anak murid yang boleh membawa kepada persepsi buruk masyarakat. Privasi anak murid adalah amanah dan amanah itu harus dijaga oleh seorang guru.

Rasa-rasa apakah perasaan ibu bapa murid-murid itu apabila video insiden anaknya di sekolah itu tersebar luas sehingga ramai orang yang takde kaitan turut sama mengetawa dan kutuk murid itu? Hal dalam sekolah biar setel dalam sekolah sahaja oleh guru dan ibu bapa murid yang berkenaan, tak perlu orang luar tahu pun. Kalau zaman aku sekolah dulu smartphone dah wujud, mesti budak kena sebat kat perhimpunan, kena marah tak turun musolla, kena denda lari keliling padang, seluar jeans kena rampas dan bakar dan lain-lain lagi dah kena rakam dan viralkan kat Internet.

Tahu tak sekolah di UK tu guru-guru langsung tak dibenarkan merakam gambar atau video anak murid tanpa kebenaran seperti yang termaktub dalam Akta Perlindungan Maklumat? Tapi kita kat Malaysia ni suka suki je cikgu ambil gambar anak murid kat sekolah, gambar keputusan peperiksaan, kertas jawapan murid lepas tu upload kat Facebook. Termasuk juga dengan orang yang tak dikenali main suka suki ambil gambar anak kecil orang lain tanpa kebenaran mak bapaknya pun. Betapa rendahnya nilai hormat terhadap privasi orang lain di Malaysia ini.

Fikir-fikirkanlah.

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: budak perempuan melayu sekolah rendah menengah india melutut menangis merayu baling campak kalkulator macam lawyer peguam

7 ulasan:

  1. cikgu cikgi salesman kereta...ejen insurans...

    BalasPadam
  2. Cikgu seharusnya menjadi contoh yang baik.

    Kalau betullah cikgu yang merakam pastu shared memang bukan cikgu "contoh" patut diambil tindakan tatatertib. Cikgu zaman batu nih!

    Sama macam kes doktor/nurse selfie semasa bertugas yang pernah menjadi viral sedikit waktu dahulu.

    BalasPadam
  3. ini semua salah tukang akar yang kurang diajar..bodoh betul la tukang ajar ni.. kuang ajaq.. hakktuihh!!

    -

    BalasPadam
  4. salam 100juta kena sonlap

    ini lah realiti yg berlaku skrg. bila orang tak skor exam di ambil berkerja. maka lahir lah guru yg rendah akhlak. kerja mengaibkan orang mengaibkan anak didik. ini pasti tidak berlaku jika guru diambil dari orang yg cemerlang SPM & degree.

    guru yg tak skor exam , dapat kerja guna kroni guna kabel ini yg merosakkan anak didik mereka. tidak hairan makin ramai anak2 melayu yang malas belajar, berpeleseran di shoping complex, seterusnya failed dalam exam.

    begitu juga di peringkat pemimpin umno yang tak amanah. di songlap nya duit 100juta untuk mengenyang membuncitkan perut anak beranak. rakyat boleh mereput bersama gst.

    ubah lah ubah lah undi kepada Pakatan. anda mampu mengubahnya.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat cemerlang SPM kantoi pedo tak nak komen ke?

      Padam
  5. Sebenarnya ramai tak faham konsep Internet ni. Yang guna social media ni pun aku berani jamin, bukannya tahu pun konsep public dan private. Mungkin video ni nak kongsi sesama kawan. Dok rasa share tu dah private tapi setting 'kawan kepada kawan' boleh tengok post tu. Terlepas lah video tu jadi viral.
    Lagi satu yang guna snapchat tu, jangan rasa selamat pic dan vid terpadam dengan sendiri. Masuk je internet protocol, awal-awal lagi Uncle Google dah cache.
    Noob, kau kena tulis banyak tentang keselamatan Internet ni. kesedaran privasi semua tu. Banyak web IT bahasa Melayu, hanya tulis pasal specs smartphone je. Buang masa je semua tu, dok flame war applefans vs samsungfans.

    BalasPadam
  6. Ada 2 benda pelik...yg pertama budak2 zaman skrg, yg kedua asyik sibuk ambik vidoe suka hati smpi dah jd viral. Ada benda nampk kecil tp bila sensasi, sekali viral 1 dunia tau..x tau mana letak muka.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...