Pengarah Projek, Tan Kar Yap berkata, seramai 250 penuntut terbabit di dalam projek ini dengan menformasikan sebesar 75 meter panjang dan 60 meter lebar bentuk 'LOVE'.
Katanya, projek ini menggunakan sebanyak 4,000 payung dan ia berjaya dilaksanakan atas semangat kerjasama antara penuntut dari pelbagai bangsa dan jurusan.
"Persiapan bagi menyiapkan bentuk 'LOVE' serta susunan yang rapi daripada payung itu di Stadium Olahraga USM dilakukan lebih awal, dan juga mengambil masa sehingga satu hari.
"Projek ini sebagai satu platform untuk berkongsi idea antara satu sama lain dan dapat meningkatkan semangat bekerjasama," katanya ketika ditemui di Stadium Olahraga USM, di sini, pagi tadi.
Sumber Harian Metro.
Ini berita minggu lepas banyak menjadi bahan netizen terutama dari page-page besar. Tapi universiti buat aktiviti-aktiviti macam ni untuk masuk dalam buku pecah rekod bukan perkara baru, dulu pernah juga universiti temaptan pecah rekod buat logo universiti pakai donut, pakai dodol dan lain-lain rekod yang pelik-pelik.
Tanpa menafikan aktiviti-aktiviti seperti ini sebenarnya untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta, untuk mengumpul dana untuk tujuan kebajikan dan sebagainya, namun pada pendapat aku, sebagai sebuah institusi ilmu akademik pengajian tinggi, ada satu perkara yang kurang dalam penciptaan-penciptaan rekod ini yang tidak selari dengan taraf institusi itu sendiri iaitu ilmiah.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, bagi aku aktiviti-aktivitinya yang dianjurkan olehnya lebih-lebih lagi hal yang melibatkan penciptaan rekod ini perlulah mempunyai unsur-unsur ilmiah, bukan sekadar susun donut, susun dodol, susun payung, susun kerusi, susun lego untuk membentuk logo atau simbol. Aktiviti seperti itu untuk tahap-tahap sekolah rendah atau menengah bolehlah. Ia perlu suatu yang lebih ilmiah, suatu yang lebih dari itu.
Seperti contoh membentuk logo menggunakan lampu LED terbanyak yang telah diprogramkan oleh 100 orang pelajar, atau robot mekanikal yang berlari keliling padang sebanyak 50 kali hanya menggunakan kuasa solar, atau tulisan kaligrafi terbesar yang dihasilkan dalam masa 1 jam oleh pelajar seni lukis, atau logo yang diterbangkan ke angkasa dengan 100 belon yang diisi dengan gas helium dan sebagainya. Sekurang-kurangnya nilai ilmiah itu ada dalam aktiviti yang dilakukan.
Malah usaha kena lebih, kesungguhan kena lebih, setaraf dengan tahap institusi dan juga pelajar yang terlibat sebagai mahasiswa universiti. Bukan sekadar menyusun-nyusun barang sahaja.
Bila kau dengar je nama Universiti Sains Malaysia, mesti kau terbayang macam universiti ni mesti aktiviti-aktiviti dia hebat dan begitu saintifik... sekali pecah rekod susun payung. Dengar je nama Universiti Teknologi Mara, mesti terbayang peeh mesti pecah rekod hal-hal teknologi ni, sekali pecah rekod susun dodol. Dengar je nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mesti terfikir hal-hal yang begitu Islamik seperti pecah rekod bacaan Al-Quran paling ramai ke apa, sekali pecah rekod susun donut. Tak ke rasa kelakar?
Tapi walaupun ada universiti luar negara yang buat aktiviti pecah rekod ilmiah seperti menggunakan dron untuk mengangkat barang paling berat, ada juga universiti luar negara yang sama dengan juga yang buat rekod pelik-pelik seperti rekod baling kasut ke udara paling ramai, rekod buat sit-up paling ramai dalam 1 minit, rekod buat yoga wave paling ramai dan sebagainya.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541
tags: usm pecah rekod lagi universiti sains malaysia payung love
Terbaik terbaik terbaik. Bukan senang kan nak buat bentuk 'LOVE' guna payung. Dah la guna 4,000 batang payung pulak tu.
BalasPadamYa.. ini adalah kerja satu dunia. Beberapa bulan lepas, universiti terkenal di UK juga buat rekod mcm ni.. mmg patut orang USM berbangga dengan buat lambang LOVE ni.. mmg susah.. sbb nak mencari bahan membuat payung tu susah..kene guna serabut fiber.. kendian kene casting dikilang beberapa lapis dgn epoxy lagi.. sesuai sangat la dgn taraf pemikiran bertahap kambing biri2 rakyat malaysia ni..
PadamOrang tak dapat menilai mana yg boleh di manfaat dengan tak.institusi2 yg nak buat rekod tah pape ni sekadar nak nama direkod yang akhirnya memalukan negara bila dibandingkan dgn negara luar.
BalasPadamXpadan. Buat la rekod dlm bidg akademik atau sumbgn terhdp msyrkt. Br kena dgn universiti.
BalasPadamSetakat mcm ni esok pn org kg aku boleh smash rekod ni.
Just another program staff universiti nak dptkn nama supaya naik pangkat cepat..lg2 masuk suratkhabar. Thats all....xde yg dpt diterjemahkan kpd kehidupan seharian..maknanya kalau buat LOVE kena selau loving2 ke sesuka hati?
BalasPadamPapejela labu....
love to hate...
BalasPadammalaysia lebih suka mencontohi benda sia-sia kot? xde masa untuk ilmiah2 sakit kepala fikir pasal ilmiah
BalasPadamAmanah, PAS, PKR dan DAP tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap pendudukan tentera dan maritim Republik Rakyat China di lokasi-lokasi milik Malaysia di Laut China Selatan. Tiada nota bantahan dan demonstrasi yang dilakukan berkenaan isu tersebut. Apakah Amanah, PAS, PKR dan DAP sebenarnya proksi Republik Rakyat China di negara ini yang mana perairan Malaysia akan bertukar milik kepada Republik Rakyat China sebaik sahaja mereka menjadi kerajaan? Sama-samalah kita fikirkan.
BalasPadamsalam Khir Toyol keluar penjara
BalasPadamini lah yg berlaku bila mana budak2 yg tak skor exam di ambil belajar di ipta. subjek failed pun boleh belajar di ipt. dan ada spesies keparat yg guna kabel untuk mohon ke ipta. ipta sebagai tempat menimba ilmu diganti dengan tempat memperbodohkan diri.
akibat dari ni, lahirlah generasi bangsat. melayu makin bodoh , pemalas. grad dgn result rendah pun boleh mohon jawatan penting kerajaan. ini lah yang menjadi penyebab kepada keruntuhan organisasi kerajaan. kena songlap 100juta pun bebas. rasuah juta2 pun penjara bebas, rakyat miskin kebulur curi duit rm2 buat beli makan anak di penjara bertahun.
ayuh marilah kita bersama sama mengundi pakatan harapan, pas pada pru14 nanti untuk masa depan negara bangelasia yg lebih gemilang. jgn sampai anak cucu kita menjadi kuli bangela Nepal. cukup lah anak melayu menjadi kuli cina.
#KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya.hee
kah kah kah! yg suka membangsatkan org itu adalah engkau!
Padamxpe jangan risau usm tetap terbaik.Buktinya USM chemical engineering adalah top 50 dalam dunia.Tak pernah chemical engineering USM keluar dari top 100 dunia dan yang terbaik pernah dapat ranking 38 dunia.Not bad bila kita consider lebih 400+ institusi kat dunia ni yang offer chemical engineering course
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamYa.. hampir 80% pekerja NASA dan 90% pekerja R&D Intel adalah product USM. Jangan lupa engineer yg selenggara ISS juga space shuttle juga 30% graduan USM. Kahkahkah...
PadamKawan aku graduate Chemical USM, skrg balik kampung, buka reban dan berniaga ayam dah 2 tahun dah. Tak tahan gaji ciput dan kerja2 merapu setiap kali masuk kerja swasta. Itu pointer atas 3.0 tu.
Kalo graduate dlm negeri, tak payah la poyo2 bangga itu ini. Ngeri gua dengo.. level Ahmad Maslan yg ramainya.
Pagi tadi tgk RTM, ada doktor gomen jemputan bagi komen ttg cuaca panas skrg ni. Tgk komen doktor ni pun, gua rasa abg Fernando Daza yg bercakap bagi masyarakat Kogi hidup di pergunungan Sierra Nevada ni jauh lebih intelektual dari sebahagian graduan doktor2 yg ada di Malaysia. Ini link dia. [ https://goo.gl/BWBU29]. Nikmatilah.
Saya bangkang.
BalasPadamketakintelektualannya terserlah di sini
BalasPadampayung tu brg2 khazanah! kau apa tau kah kah kah
BalasPadamhttps://www.facebook.com/USMinfo/videos/545095595672362/
BalasPadam