Memaparkan catatan dengan label Seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seks. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2022

0 Dicabul bapa sendiri bukan aib tapi jenayah

1. Bila ada anak mengadu yang dia diganggu secara seksual oleh ibu/bapa/adik beradik/ibu bapa saudara/sepupu/atuk nenek sendiri, atau isteri mengadu dia didera suami, atau suami dipukul isteri, ramai orang cakap jangan sebarkan aib suami/isteri/ibu bapa/ahli keluarga.

2. Pertama sekali, kena bezakan aib dan jenayah. Aib ni suatu kelemahan atau tabiat seseorang yang agak memalukan, contohnya orang tu kuat kentut, kat badan ada parut besar, tidur kuat berdengkur, berak tak flush dan sebagainya. 


Rabu, 12 Mei 2021

1 Rogol, lawak lucah, gangguan seksual salah siapa?

1. Sejak dua menjak ni timbul macam-macam isu pasal rogol, lawak lucah, gangguan seksual dan sebagainya. Seperti biasa, ramai orang yang menyalahkan mangsa kerana mendatangkan syahwat pada pemangsa, malah tak kurang juga yang tanpa segan silu tulis komen lucah walaupun kat gambar profile terpampang gambar anak bini.  

2. Benda macam ni nak faham mudah je. Perbuatan rogol, mencabul, gangguan seksual dan yang sewaktu dengannya, itu adalah kesalahan jenayah antara manusia dengan manusia. Cakap la macam mana pun, perempuan tu mencetuskan rasa ke apa, kau tetap takde hak untuk merogol orang itu, malah di sisi undang-undang yang salah tetap perogol. Orang yang dirogol adalah mangsa. Noktah.


Sabtu, 15 Jun 2019

5 Merungkai kemungkinan kes semburit profil tinggi

Kalau tahun 1998 dulu, bila DS Anwar didakwa meliwat dan dipecat, ramai orang turun memberi sokongan padu dan melawan kerajaan.

Kali ini DS Azmin pula terkena dakwaan yang sama, tapi kurang orang nak pertahankan apatah lagi nak turun ke jalanan menyokong beliau.

Yelah, kali ni nak lawan siapa pun tak tahu, beliau masih dalam kerajaan, yang terlibat-terlibat pun dalam parti memerintah, pembangkang pun relaks makan pop corn je.

Aku sendiri walaupun aku ada pandangan dalam isu yang berprofail tinggi ini, namun biarlah aku simpan sendiri sebab perihal ini tiada kaitan dengan aku. Biarlah orang-orang yang berkaitan menyelesaikan masalah mereka sendiri.



Jumaat, 9 Disember 2016

2 Kewajaran pendidikan seks untuk murid tadika

Sex.

Dalam bahasa Melayu, sex ini boleh jadi dua maksud iaitu hubungan seks dan juga jantina. Sebab tu bila isi borang bahasa Inggeris, kat ruangan Sex (atau ada juga yang ditulis Gender) tu cuma ada pilihan Male dan Female sahaja iaitu Lelaki atau Perempuan, takde pilihan cara atau kaedah untuk melakukan hubungan seks pun.

Cuma dalam kepala hotak kita, asal perkataan sex je terus fikir hubungan seks, beromen, berjimak, bersetubuh dan sebagainya. Bila bercakap pasal sex education, ia bukan pendidikan tentang berjimak semata-semata, kau ajar kanak-kanak cara nak kencing, larang tayang kemaluan, nama alat sulit, cara membasuh kemaluan dengan bersih dan cara guna pad masa perempuan remaja datang bulan pun dah boleh dikira sebagai sex education.



Rabu, 26 Oktober 2016

7 Purata umur kehilangan dara/teruna seluruh dunia

Terdapat satu laporan dan statistik tentang purata umur rakyat sesebuah negara di seluruh dunia yang kehilangan teruna/dara atau dalam erti kata lain, mengadakan hubungan seks untuk pertama kali. Terdapat 44 buah negara yang dimasukkan dalam senarai yang dikeluarkan oleh Durex dan telah diterbitkan oleh The Daily Star UK.



Selasa, 16 Ogos 2016

10 Suami berkongsi isteri dalam laman sosial

Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.

Siasatan wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai ahli laman sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin ‘sakit otak’ apabila menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau isteri.

Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu ‘Exchange’.



Sabtu, 13 Ogos 2016

9 Mitos dan salah tanggapan wanita terhadap lelaki

Lelaki.
Perempuan.

Lelaki dan perempuan walaupun juga adalah manusia yang sama, namun mereka seperti 2 spesis yang berlainan. Selain dari sudut biologi dan sudut fizikal, banyak lagi perbezaan tentang dua jantina ini dari sudut psikologi, cara berfikir, emosi, perasaan, ego, mentaliti dan sebagainya. Kenapa berlaku perbezaan ini?

Kerana seorang lelaki tidak pernah dan tidak akan menjadi perempuan, dan perempuan pula tidak pernah dan tidak akan menjadi lelaki. Lelaki tidak pernah hidup sebagai perempuan, begitu juga sebaliknya. Maka disebabkan itu amat sukar lelaki dan wanita untuk memahami antara satu sama lain, kerana mereka tidak pernah merasa berada dalam kasut masing-masing.

Sebagai seorang lelaki, aku perhatikan ada banyak perkara tentang lelaki yang wanita sering salah anggap. Berikut adalah beberapa mitos dan salah tanggapan biasa perempuan terhadap lelaki.



Rabu, 23 Mac 2016

7 Pensyarah bangsat minta habuan seks dari pelajar

Pelajar mudah jadi mangsa seks pensyarah, akui pegawai kanan UKM

Pelajar-pelajar universiti mudah menjadi mangsa gangguan seks apabila banyak urusan akademik terletak di tangan  pensyarah, kata seorang pentadbir kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, timbalan naib canselor UKM, mengakui kebergantungan yang tinggi terhadap pensyarah membuka ruang si pelaku mengambil kesempatan ke atas pelajar.

“Punca gangguan seks yang sering berlaku di universiti adalah disebabkan pensyarah mengambil kesempatan terhadap pelajar yang memerlukan bantuan seperti ubah suai jadual atau susun atur subjek.

“Pensyarah biasanya meminta ganjaran seks daripada mereka dan perlakuan itu melanggar etika universiti.



Selasa, 1 Mac 2016

16 Kahwin awal dan buang bayi itu ramai orang Melayu?

Suatu ketika dahulu ada seorang pembaca pernah bertanyakan kepada aku, kenapa yang banyak buang anak ni orang Melayu? Kenapa kaum lain, orang negara barat, negara bukan Islam, tak banyak kes buang anak? Dan ditanyakan lagi, kenapa ramai orang Melayu yang kahwin muda dalam keadaan mereka masih belum matang lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai suami isteri apatah lagi ibu bapa? Adakah mereka berkahwin itu semata-mata kerana untuk menghalalkan hubungan seks sahaja?

Maka aku pun mengambil masa yang agak lama untuk memikir tentang hal itu, dan ini adalah pandangan aku berdasarkan pemerhatian aku. Korang mungkin tidak bersetuju dengan aku dan mempunyai pandangan yang berbeza.



Selasa, 13 Oktober 2015

13 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Finale

Sado

A Malaysian slang, commonly used by teenagers. It describes someone who is strong and muscular. It was actually originated by the word 'Besar Bodoh' (meaning the person or it is huge) turn to 'Besar Do' ('Do' as in Bodoh as in Stupid) and lastly to Sado.

http://www.urbandictionary.com/define.php?term=Sado


Isnin, 12 Oktober 2015

1 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Part 2

Cerita 2 - Tak Boleh Masa Mengandung.(?)

Kegembiraan Roy ketika Liza, isterinya mengandung nampak ketara. Pergi ofis asyik senyum meleret.
Ya, setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkan zuriat, Allah kurniakan rezeki.

Trimester Pertama- Senyum meleret-leret. Berterusan sampai minggu ke -25

Cerita Benar bermula selepas 30 minggu....



Ahad, 11 Oktober 2015

11 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Part 1

Mesti korang ingat entry ni cerita pasal seks dan proses nya, kan?

Ada sedikit kebenaran dan pengajaran dari cerita benar yang diceritakan kepada aku supaya pengajaran ini kita kongsi sama-sama dan kenapa pendidikan seks mesti diajar secara sistematik, Islamik dan berdasarkan situasi terkini kepada generasi muda sekarang supaya mereka lebih sedar dan prihatin. Bukan sekadar tengok porno dan praktik.

Porno adalah salah di sisi undang-undang. ( ANDA telah diberi amaran KERAS)



Khamis, 28 Mei 2015

25 Mitos amalan jimak suami isteri malam jumaat

Kita biasa mendengar amalan berjimak atau bersetubuh antara suami isteri pada malam Jumaat adalah perkara sunat, sunnah Nabi dan akan mendapat lebih banyak ganjaran pahala berbanding berjimak pada malam atau hari2 yang lain. Namun sejauh mana kebenarannya? Adakah ia hanya mitos orang Melayu semata2?



Isnin, 9 Februari 2015

25 Pengajaran dari kisah gadis genius Sufiah Yusof

`Saya tidak lagi pintar, hanya wanita yang membosankan’ – Sufiah Yusuf

NAMANYA menjadi sebutan dunia apabila lulus dalam peperiksaan matematik A-Level dan diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Selepas tiga tahun di Oxford, Sufiah Yusuf mengejutkan dunia apabila dia menjadi buruan polis selepas melarikan diri dari universiti berkenaan, dipercayai akibat tertekan ekoran masalah keluarganya.



Rabu, 14 Januari 2015

18 Kewajaran pendidikan seks di sekolah rendah

Viral lagi sebuah gambar yang dipercayai diambil daripada buku teks sekolah rendah yang mengandungi dialog perbualan seorang ibu dan ayah yang agak lucah yang bagi aku agak kurang sesuai diserapkan ke dalam otak murid2 yang masih bersekolah rendah. Mungkin inilah yang dikatakan pendidikan seks di sekolah yang menjadi perbincangan dan perbahasan sejak beberapa tahun dulu, yang mana kini ia telah pun diserapkan ke dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 5.



Rabu, 12 November 2014

32 Isteriku bahan fantasi seksual lelaki lain

Fuad sedang leka membalas2 mesej dalam group Whatsapp rakan2 lelaki sekolah menengahnya yang baru dia sertai seminggu yang lalu. Pelbagai topik hangat yang Kamal bincangkan bersama rakan2nya, maklumlah ada yang sudah dekat 10 tahun tidak berjumpa sejak meninggalkan sekolahnya. Ada yang sudah menjadi jurutera, pegawai kerajaan, polis, doktor, cikgu, operator kilang, bekerja sendiri dan bermacam lagi. Namun di kalangan rakan2nya terdapat juga jenis yang nakal yang suka berkongsi gambar2 lucah dan video2 terlarang, salah seorang daripadanya adalah Fakhrul.



Sabtu, 11 Oktober 2014

32 Anime itu animasi seks dan kartun lucah

Tinjauan KOSMO! kelmarin mendapati, animasi seks yang lebih popular dengan panggilan Anime dijual secara berleluasa dengan harga RM15 sekeping. Selain memaparkan animasi alat sulit lelaki dan wanita dengan jelas, Anime turut menggayakan teknik seks berbeza seperti meliwat, rogol, seks berkumpulan dan seks oral.


Walaupun Anime telah lama berada di pasaran, keupayaan teknologi komputer berjaya membawa unsur ghairah baru termasuk pergerakan alat sulit dan suara ghairah ketika aksi ranjang sebenar. Tambahnya, Anime lebih digemari golongan pelajar memandangkan ia dijual secara terbuka selain keseronokan yang mengghairahkan.


Selasa, 30 September 2014

27 Cara media mendidik masyarakat menjadi gila seks

Tahukah salah satu sebab kenapa lelaki melayu kat Malaysia semakin ramai yang jadi gila seks dan bernafsu kuda? Sebab media cetak arus perdana selalu letak gambar perempuan seksi yang menggiurkan dengan berita berkaitan seks di muka hadapan akhbar mereka. Tahukah anda akhbar Harian Metro dan Metro Ahad adalah salah satu akhbar paling laris di Malaysia, dan anda sendiri tahu kenapa?


Selasa, 9 September 2014

23 Promosi ubat dan alat seks di TV yang janggal

Tersebar kat Whatsapp dan FB satu video pasal sebuah rancangan TV di Malaysia yang memaparkan wawancara seorang perempuan yang mempromosikan ubat seksual Sensaoil seperti krim dan pam zakar untuk membesar, memanjang dan tahan lama. Gila awkward masa perempuan tu suruh pengacara yang juga perempuan masukkan jari dalam pam tu serta membincangkan saiz ideal kemaluan lelaki Asia.



Selasa, 2 September 2014

29 Alat seks harus untuk suami isteri, bukan lesbian

Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).