Iklan Leaderboard

Jumaat, 9 Disember 2016

2 Kewajaran pendidikan seks untuk murid tadika

Sex.

Dalam bahasa Melayu, sex ini boleh jadi dua maksud iaitu hubungan seks dan juga jantina. Sebab tu bila isi borang bahasa Inggeris, kat ruangan Sex (atau ada juga yang ditulis Gender) tu cuma ada pilihan Male dan Female sahaja iaitu Lelaki atau Perempuan, takde pilihan cara atau kaedah untuk melakukan hubungan seks pun.

Cuma dalam kepala hotak kita, asal perkataan sex je terus fikir hubungan seks, beromen, berjimak, bersetubuh dan sebagainya. Bila bercakap pasal sex education, ia bukan pendidikan tentang berjimak semata-semata, kau ajar kanak-kanak cara nak kencing, larang tayang kemaluan, nama alat sulit, cara membasuh kemaluan dengan bersih dan cara guna pad masa perempuan remaja datang bulan pun dah boleh dikira sebagai sex education.


Malah dari kecil lagi sudah perlu diajar peranan jantina masing-masing, orang lelaki macam mana, orang perempuan macam mana. Orang lelaki dan perempuan tak boleh mandi bercampur dalam bilik air, budak perempuan tak boleh berbogel depan orang lelaki dan sebagainya. Ia penting agar dah besar nanti takde la berlaku kecelaruan jantina, yang lelaki nak jadi pondan, yang perempuan nak jadi pengkid.
Bagi aku kalau tak nak otak orang kita ni konfius, jangan guna istilah pendidikan seks, sebalik pendidikan jantina. Dan tak perlu ikut cara pendidikan jantina barat, kita ajar ikut acuan kita sendiri yang sesuai dengan agama dan masyarakat negara kita. Ajar dan didik perkara asas dan yang perlu sahaja, bab bagaimana persenyawaan boleh berlaku tu masuk sekolah menengah boleh la ajar macam sekarang.

Minggu lepas Puteri UMNO mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya memperkenalkan pelajaran seksual kepada murid seawal di peringkat prasekolah dan tadika seperti laporan berita berikut:

Wakilnya, Norrulhuda Marsidin, berkata ia berikutan kes membabitkan pedofilia dan 'grooming sex' atau asuhan seks ketika ini semakin membimbangkan.

Beliau berkata, statistik menunjukkan hampir 80 peratus kes rogol yang dilaporkan di Malaysia membabitkan kenalan internet dengan majoriti mangsa adalah di bawah usia 18 tahun.

Katanya, masalah itu jelas bukan saja menyumbang kepada gejala sosial seperti rogol tetapi masalah lain seperti kes lari dari rumah, pembuangan bayi dan peningkatan kelahiran anak luar nikah.

"Kita juga sering berasakan mangsa seksual pedofilia dan asuhan seks ini akan berasa trauma atau menderita sedangkan ada mangsa yang tidak menyedari mereka adalah mangsa.

"Mangsa merasakan perbuatan yang dilakukan itu tidak salah selain menyeronokkan. Akibatnya akan ada kitaran pedofilia, ketagihan seks dan kesan jangka panjang yang terjadi dalam senyap.

"Sehubungan itu, Puteri menggesa Kementerian Pendidikan supaya segera mengkaji dan melaksanakan pendidikan seksual seawal prasekolah dan tadika bagi mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa," katanya.

Baca sepenuhnya di Berita Harian.

Bagi aku apa yang beliau cadangkan takde masalah pun, malah bagus sebab sekarang ramai sangat pedofil yang ambil kesempatan pada kanak-kanak yang naif dan tak tahu apa-apa. Budak seawal 4 - 6 tahun sepatutnya dah dididik dengan pendidikan jantina. Beritahu kanak-kanak lelaki dan perempuan kat mana alat sulit mereka dan jangan bagi orang lain sentuh alat sulit mereka.

Begitu juga kena beritahu mereka jangan sesekali pegang alat sulit dan payudara orang lain terutama kanak-kanak lain dan orang dewasa kerana ia suatu yang sensitif. Aku pernah jumpa ada budak kecik baru darjah 1, 2 tapi perangai lucah ya amat. Suka-suka nak sentuh kemaluan orang lain, lepas tu lukis gambar kemaluan dan cakap benda-benda lucah. Rosak betul.

Terangkan perbuatan apa yang tak boleh seperti meraba-raba alat sulit, gosok-gosok peha dan sebagainya. Kalau ada kanak-kanak lain atau orang dewasa yang buat sesuatu pada alat sulit mereka, suruh mereka laporkan kepada ibu bapa mereka. Benda-benda ni kena ajar sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga.

Yelah kalau ikutkan memanglah kena ajar orang dewasa jangan jadi pedofil, tapi orang dewasa ni kalau ada yang bangsat tu bangsat juga, so nak tak nak kena jugak didik anak-anak kita agar tidak menjadi mangsa kepada pedofil bangsat ini. Mungkin tak perlu buat subjek baru sebaliknya terapkan je dalam subjek sedia ada, seperti mana ia diterapkan dalam matapelajaran pendidikan kesihatan di sekolah rendah.

Dan pasal cadangan ini sebenarnya boleh diperhalusi lagi. Kalau ada yang tak setuju, boleh bagi cadangan lain, bagi hujah, debat, kritikan dan sebagainya.

Malangnya ada satu page Facebook yang membuat public shaming pada pemberi cadangan tersebut di Internet malah menggelarkannya gemuk dan sebagainya. Aku tahu orang yang kecam beliau hanya kerana yang cadangkan itu adalah seorang puteri UMNO, dan juga kerana otak mereka hanya boleh fikir asal seks sahaja adalah jimak. Ya, pemikiran mereka hanya setakat itu sahaja. Kalau tak taik politik, taik seks.

Nak mengkritik, bagi hujah yang membina tanpa perlu menyerang peribadi orang lain. Sekali kau menyerang peribadi orang lain, kutuk fizikal dia, malukan dia di khalayak hanya kerana kau nakkan sokongan dari netizen untuk menjustifikasikan yang kau tu betul, percayalah, awal-awal lagi kau dah kalah, dan kau tak layak pun untuk mengkritik.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membuat pre-order boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: cadangan pendidikan seks seksual sex education jantina gender untuk murid sekolah tadika prasekolah puteri umno perhimpunan agung pau

2 ulasan:

  1. jap adakah transgender tu dikategorikan gender ke-3? ak tengok tumblr popular ada mcm2 pulak versi naik pening aku.. tu mcm mana pulak tu noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gender fitrahnya ada 2 je, lelaki dan perempuan. tak perlu tokok tambah.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...