Isnin, 21 November 2016

3 Buasir Otak: The Komik - Awakening

Berita baik untuk semua! Sukacita dimaklumkan buku indie kami yang ke-4 telah pun diterbitkan iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING).

Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya.


Antara cerita yang dimuatkan adalah beberapa naskah yang pernah viral dan dikongsikan ramai netizen di FB yang telah diolah semula untuk dibukukan iaitu Kehidupan Suatu Perlumbaan, Ujian Tuhan, Ku Jaga Dia Untukmu, Kasihnya Ibu, Maafkan Saya Abah, Terima Kasih Aku dan lain-lain lagi, ditambah lagi dengan pelbagai naskah lain yang menarik. Turut sama, penampilan istimewa komik spin-off Origami Biru oleh Lanun Ranggi.

Selain daripada pengkarya dari buku Buasir Otak: The Komik yang asal, ia turut membariskan ramai pengkarya yang bukan calang-calang iaitu Al-Hafiz (Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015), pengkarya dari Aretis United Sucomi iaitu Anhaz, Amna Shark, Irfan Hilal, Kein Thunderboyz, N.A.N, Syafy dan Siti Manan, doodler berbakat Dayang Deno dan Rizal Paperbag Head, serta pengkarya yang tidak asing lagi dalam dunia komik FB iaitu Ben Osman, Sketchbook AmirulFaiz Kott, Tangan Kanan, Imanimex dan lain-lain lagi.

Berikut adalah barisan penuh pengkarya serta tajuk karya masing-masing:



Maklumat Buku:

Harga buku: 
Hanya RM25 seunit tidak termasuk kos penghantaran

Caj penghantaran PosLaju:
RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)

COD (Cash On Delivery):
 Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.

Jumlah mukasurat:  
296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal)


Cara-cara Pembelian

Hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com

Atau PM di Facebook Prince of Noob di:

Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di:

Atau Whatsapp/SMS agen kami seperti berikut:
Sang Kancil: 013-9313541


Jangan tunggu lama-lama, hadiahkan senaskah buku untuk diri anda sendiri atau sebagai hadiah kepada orang lain.




3 ulasan:

  1. Wahhh.. ade novel baru lagi.. best2

    BalasPadam
  2. Yaaay!!
    kepada yang baca komen ini ketahuilah bahawa BOTK 4 kali ini sangat lain daripada komik-komik yang ada dipasaran sekarang.
    Kalau lepas baca pembacanya tak dapat apa-apa nilai tambah dalam hidup, hati dia sememangnya keras macam asbestos!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.