Iklan Leaderboard

Selasa, 15 November 2016

11 Fenomena supermoon bukti bumi itu rata bukan sfera

Semalam 14 November 2016 berlakunya fenomena yang digelar Supermoon ataupun Bulan Penuh Perigee di mana bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi menyebabkan bulan kelihatan lebih besar daripada biasa. Supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948, bermakna dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, bulan kali ini yang paling hampir dengan planet Bumi kita.



Berikut adalah gambarajah penerangan ringkas tentang bagaimana fenomena supermoon ini berlaku:




Bagi yang memahami tentang fungsi sistem solar pasti akan dapat faham dengan mudah dan jelas tentang fenomena ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Supermoon boleh baca di artikel ini - "Supermoon 14 Nov 2016 yang lebih Super dari biasa". Bagi para peminat sains dan astronomi juga boleh layari laman web Falak Online untuk mendapatkan lebih banyak info dan maklumat tentang ilmu astronomi.

Namun entry ini bukanlah nak bercerita sangat tentang Supermoon atau ilmu astronomi, sebaliknya tentang Bumi itu bukan bulat. So kalau korang jenis suka baca tajuk je, sila baca artikel ini sekali supaya nanti takde la tulis komen macam orang bodoh.

Ya, bumi itu mendatar dan rata, bukanlah bulat seperti yang mana kita belajar dari kecil. Kita semua telah ditipu oleh NASA selama ini.

Begitulah dakwaan sesetengah orang yang begitu bersungguh-sungguh mempercayai teori yang mengatakan bahawa bumi itu rata atau Flat Earth.

Oh, aku tak sangka ada orang yang sanggup memilih untuk mengundur ke belakang dengan percaya pada teori yang dah berkurun lamanya. Teori bumi rata ini telah pun wujud sejak zaman purba lagi. Di zaman moden ini, gerakan yang mendokong teori bumi rata ini bermula dari idea seorang penulis English pada sekitar abad ke-19.

Mereka percaya pihak NASA yang dibelakangi Illuminati telah menipu dengan menyatakan bumi itu bulat. Semua imej bumi yang berbentuk sfera yang dirakam oleh NASA dikatakan menggunakan model atau teknologi CGI, malah segala jua pengembaraan dan penjelajahan ke angkasa dikatakan dibuat dalam studio.

Beginilah antara bentuk bumi daripada pandangan atas mengikut teori mereka, di mana Artik atau kutub utara berada di tengah-tengah.


Teori konspirasi ini dikuatkan lagi dengan mengatakan bentuk muka bumi rata ini sama seperti logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nation.


Ini pula pandangan dari tepi...


Pelik pula air laut takkan tak jatuh. Oh ia kerana bumi datar ini dikelilingi oleh dinding ais yang sangat tinggi yang mengelilingi bumi. Kira macam bumi ni duduk dalam besen yang diperbuat daripada ais lah. Dengan teori ini mereka mendakwa Antartika atau Kutub Selatan itu tak wujud. Dah macam cerita fantasi pulak aku rasa.


Habis tu apa yang ada selepas tembok ais tu? Dengan teknologi yang kita ada dari pelbagai negara di dunia ini, takkan takde seorang pun pernah pergi melepasi tembok ais tu? Atau gunakan satelit untuk merakam apa yang ada di sebalik tembok ais tu? Yang ada teknologi hebat bukan US je. Russia, Jepun, Jerman, Perancis, Iran, Korea Utara, Pakistan, India, China dan banyak lagi negara yang dah ada teknologi hebat dan pernah hantar satelit sendiri kat angkasa.

Mengikut kepercayaan mereka, bumi yang rata ini tidak berpusing mengelilingi matahari sebaliknya matahari yang berpusing mengelilingi bumi.


Selain itu banyak lagi teori lain tentang bumi rata ini, antaranya seperti berikut:

Ada pulak laluan air atas langit?

Orang dulu ingat bumi ni rata, di bawahnya ada gajah dan penyu gergasi yang bawa bumi. Tak tau la kalau ada orang zaman sekarang yang masih percaya mitos ni.

Rasa macam langsung tak masuk akal kan?

Namun bukan dari kalangan orang barat sahaja yang percaya bumi itu rata, malah ada dari kalangan orang Islam dan orang Melayu pun ada, siap buat page FB "Bumi Bukan Sfera" lagi untuk memperjuangkan kepercayaannya betapa bumi itu rata. Tu belum kat Youtube lagi berlambak-lambak video yang cuba menceritakan tentang teori konspirasi bumi rata ini.

Sebenarnya bukan orang Barat sahaja yang menemui bukti bahawa bumi itu berbentuk sfera, malah golongan cendekiawan Islam juga. Dengan konsep bumi bulat ini juga, ahli astronomi dan matematik Islam menentukan arah kiblat ke Mekah dari mana-mana kedudukan, membantu pelayaran dan sebagainya.

Kalau nak study tentang astronomi, kajian bintang, sistem solar dan sebagainya memang panjang ceritalah jadinya, namun atas dasar bumi itu bulatlah ia dapat menerangkan segala bentuk fenomena yang berlaku dalam dunia ini serta kemajuan sains dan teknologi dapat terus berkembang.

Malah sudah banyak ujikaji, kajian, eksperimen dan penyelidikan yang dilakukan yang membawa kepada pembuktian saintifik bahawa bumi itu bulat, sedangkan kepercayaan bahawa bumi itu rata masih lagi hanya berdasarkan teori konspirasi semata-mata.

Jika nak kata NASA dan Illuminati yang cakap bumi itu bulat, para cendekiawan dari pelbagai negara, bangsa dan agama pun sudah ramai yang membuktikan bahawa bumi itu bulat. Orang Malaysia sendiri sudah menghantar angkasawan ke stesyen angkasa, malah pernah membuat ekspedisi ke kutub utara dan kutub selatan, takkan mereka juga sebahagian daripada agenda illuminati? Takde pula dia balik Malaysia cakap bumi tu rata, atau kutub selatan tu ada dinding ais tinggi yang mengelilingi dunia.

Kerana bumi itu bulat dan berputar, dengan bulan mengililingi bumi dan bumi mengelilingi matahari, kita faham tentang graviti, fenomena gerhana, air pasang surut, kejadian siang dan malam, perubahan cuaca, kita tahu bagaimana fungsinya medan magnetik, kompas, sistem navigasi, penerbangan, radar, pemetaan, pencarian sumber asli, pemancaran signal dari satelit, hukum fizik, malah kita jelas tentang penentuan waktu dalam sehari, sebulan, setahun, kalendar, zon masa dan sebagainya. Dengan bumi bulat itu juga membantu umat Islam menggunakan kiraan falak dalam menentukan waktu solat, bulan hijrah, arah kiblat dan sebagainya.

Mempercayai teori konspirasi bumi itu rata bukan sahaja hanya membantutkan perkembangan kemajuan teknologi, sebaliknya ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan, malah ia juga satu penghinaan kepada para cendekiawan terutama dalam bidang sains astronomi.

Jika anda percaya bumi itu rata, cuba jelaskan:
  • Bagaimana kompas berfungsi? Macam mana nak jelaskan arah utara, timur, barat, selatan?
  • Bumi lengkap berputar dalam tempoh 24 jam, bulan lengkap mengelilingi bumi dalam tempoh satu bulan, bumi lengkap mengelilingi matahari dalam tempoh satu tahun. Maka bagaimana masa ditentukan kalau bumi itu rata?
  • Bagaimana perubahan cuaca berlaku? Kenapa ada negara ada 4 musim, ada negara takde?
  • Bagaimana orang boleh hantar satelit ke angkasa lalu mengelilingi bumi?
  • Sedalam mana lapisan bumi jika bumi itu rata? Sejauh mana pula antara bumi dengan bulan dan matahari?
  • Macam mana fenomena gerhana bulan, gerhana matahari dan Supermoon boleh berlaku?

Setakat ini takde pula para cendekiawan, ahli sains, jurutera dan ilmuwan yang percaya bumi ini rata berusaha untuk cipta roket untuk buktikan sendiri bumi ini rata, atau sekurang-kurangnya hantar satelit dan rakam gambar bumi yang rata. Tak susah pun, beli kamera murah yang boleh rakam video, terbangkan ke langit dengan belon helium atau hidrogen, lepas tu tengok la bumi rata atau bulat macam pelajar MIT ni buat.

Tapi mereka takkan buat. Sebab apa? Sebab mereka cuma pandai berteori sahaja tanpa mahu buktikan dengan kajian dan eksperimen, sebab kalau mereka buat pun, ia hanya akan menolak teori mereka. Dan yang kelakar lagi, orang yang percaya bumi ini rata biasanya turut sama tolak vaksin, tolak ilmu sains, fizik, kimia, tetapi lebih percaya pada pseudosains.


Sudahlah, pergi duduk dalam gua sana.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: supermoon earth round sphere flat bumi datar rata bukan bulat sfera fenomena teori konspirasi

11 ulasan:

  1. hu hah...hughah hughah...

    BalasPadam
  2. tapi bumi tu memang rata la bodoh!! bodoh noob ni back up zionist illuminati nasa! bodo bod bodo bodo bodobodobdobodbodboobodobbodobobobodobdobodo!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bumi tuu bentuknya segitiga lah bongokk..prOott💨💨💨💨💨dmuka ko🙊🐒🙉🙈

      Padam
  3. Yaa..aku percaya dan yakin dragon ball ada 7biji semuanya...🌏🌕🌑🌓🌔🌛🌙...prOoTt

    BalasPadam
  4. Dulu pernag gak tengok video flat earth.. cara diorang memang detail tapi setakat tengok jela.. hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga tgk tu...ttg fish eye.. sgt buasir otak

      Padam
  5. dulu waktu kecik aku kata bumi tu bulat, maklumlah masa tu kenal bulat ja sfera tak kenal lagi..hahaha

    BalasPadam
  6. yang algi lawaknya sebenarnya orang orang pada zaman greek dan columbus dulu ramai percaya bumi ni bulat cuma mereka tak tahu berapa besar bumi ni

    BalasPadam
  7. Kesian kat Google Earth. Mmg penat la hang layan bigot2 meleis ni. Hang tau guna x Google Earth noob sampai buat artikel tahap sampah gini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pernah guna Google Earth, so apa kaitannya dengan aku?

      Padam
  8. Papepun x kisah la bumi ni sfera ke, bulat rata ke..tp anda bersyukur ke x dgn kejadian Tuhan yg sempurna menciptakan dunia ni?

    X perlu buang masa benda remeh temeh..skrg ni pun ikat perut dgn ekonomi semasa skrg. Still org kita jenis senang percaya benda yg sensasi....pas2 malas buat homework. Pasal oksigen kapasiti udara kita bukan 100% oksigen..kalau x semua benda terbakar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...