Iklan Leaderboard

Sabtu, 12 November 2016

7 Iklim politik di Internet tak sama dengan realiti

Seperti yang sedia maklum, Donald Trump yang mewakili parti Republican telah memenangi pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat mengalahkan lawannya Hillary Clinton dari parti Democratic seterusnya akan dilantik menjadi Presiden negara itu untuk menggantikan Presiden Barrack Obama dari parti Democratic yang akan habis tempoh penggalnya untuk memerintah. Donald Trump dijangka akan menjadi presiden US yang ke-45 bermula pada 20 Januari 2017.

Ramai yang terkejut dengan kemenangan Trump bukan sahaja di seluruh dunia malah di negara US sendiri. Ini kerana Trump dilihat sebagai seorang yang rasis, anti-muslim, seksis dan lain-lain sifat yang tidak seharusnya ada pada seorang ketua, atau seorang manusia yang baik dan berperikemanusiaan.


Malah selepas sahaja Trump menang, penyokongnya yang kebanyakannya terdiri daripada warga US kulit putih dilihat telah mula membenarkan perbuatan rasis dan anti-muslim itu terhadap orang Mexico, orang berkulit gelap dan muslim.

Namun aku bukannya nak sentuh sangat tentang Donald Trump atau isu yang berlaku di sana kerana tidak begitu arif tentang itu, tapi lebih kepada iklim atau persekitaran politiknya yang lebih kurang hampir sama di Malaysia. Nak baca pasal Donald Trump boleh baca kat post Irwan Dahnil tentang "Kenapa orang Amerika tergamak pilih Trump", mungkin lebih kurang sahaja dengan "Kenapa orang Malaysia tergamak pilih Najib".

Di Internet terutama di media sosial, forum dan berita media online, boleh dilihat ramai orang tidak suka dan benci Donald Trump. Jika baca di ruang komen, begitu banyak kecaman yang Trump terima berbanding yang menyokongnya. Jika ada komen yang menyokongnya, pasti dia akan turut dikecam juga.

Namun di sebalik kebencian dan segala kecaman di Internet itu, akhirnya dia menang juga dalam pilihanraya yang sebenar...

Rasa macam pernah lalui pengalaman itu?

Mesti pernah kan, sebab begitulah juga situasinya di Malaysia.

Kalau dilihat di media sosial, blog, forum dan berita media online, kita boleh lihat sentimen begitu ramai rakyat Malaysia yang membenci PM Najib Razak, kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO.

Kat Facebook tu, ada je apa-apa yang mengecam Najib, Rosmah dan menteri-menterinya, mesti akan dapat banyak Like. Kalau ada orang yang menyokong dan mempertahankan dia, habis turut sama kena kecam macai dan dedak. Apa-apa berita yang baik tentang kerajaan BN, mesti banyak ikon Angry.

Post mengutuk dan menyindir Najib mesti banyak Like. Post troll yang edit gambar dan video Najib mesti banyak Share. Post yang headline beritanya ntah betul atau tidak tentang Najib pun ramai orang percaya dan terus komen menghentamnya.

Malah kalau buat undian di Internet pun, keputusan undian memang biasanya tidak akan menyebelahi Najib dan kerajaan BN. Seperti contoh undian online "Top Leader in Malaysia" antara Dato' Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Jom Stream ini menunjukkan undian langsung tidak menyebelahi PM sekarang.


Malah aku juga pernah buat undian online sendiri satu masa dahulu di entry "Jika esok PRU, parti mana anda akan pilih?" ini dan keputusan juga langsung tidak memihak kepada BN.


Maka kita boleh lihat begitu banyak sentimen orang yang tidak menyokong Najib dan kerajaan BN di Internet dan media sosial, manakala bilangan orang yang menyokong dan mempertahankannya lebih sedikit, mungkin hanya di kalangan ahli UMNO dan juga lambakan fake account yang hanya pandai spam #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM #RespectMyPM #GodBlessPM di setiap post di FB Najib Razak.

Namun di sebalik iklim dan suasana politik di Internet ini, apabila ia diterjemah kepada dunia sebenar, ia sebenarnya langsung tak sama. Sejak awal tahun 2000-an lagi, jika dilihat pada sentimen rakyat di Internet, kita lihat seolah-olah BN akan kalah, namun walaupun sedikit sebanyak undian pilihanraya ada yang menurun, namun BN tak pernah kalah sampai sekarang. Aku tak nak sentuh isu pengundi hantu ke apa sebab ia lebih berbentuk dakwaan.

Maka kerana apa BN tak pernah kalah?

Kerana rakyat di Internet itu mungkin tidak sampai separuh pun yang benar-benar keluar pergi mengundi.
Mungkin jumlah pengundi senyap itu jumlahnya lebih ramai daripada orang yang selalu sembang pung pang di Internet.
Mungkin juga jumlah penyokong dan pengundi BN yang langsung tidak bermain Internet dan media sosial itu lebih ramai daripada jumlah pembenci dan pengecam BN di Internet.

Perlu diingat, tidak semua orang pun main Internet.
Tidak semua orang pun mampu melanggan Internet.
Tidak semua orang mempunyai akaun media sosial.
Tidak semua orang pun ada komputer atau telefon pintar.
Tidak semua orang pun memperoleh berita dari sumber alternatif di Internet.

Yang pasti, yang tidak semua orang itu pergi keluar mengundi, sementara yang semua orang itu sekadar hebat berbicara di Internet sahaja kerana sama ada malas daftar, malas keluar mengundi atau belum layak mengundi pun.

Dan parti selain BN, jangan rasa terlalu selesa dengan sentimen di Internet. Menang di Internet tidak semestinya menang di dunia sebenar.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: donald trump menang presiden us usa amerika syarikat iklim politik situasi suasana tak sama realiti internet media sosial

7 ulasan:

  1. Lain negara lainlh acuanya noob..banyak pencatur dlm politik us nii..dunia dh tua mungkin juga nii sebahgian dari tanda2 kiamat..siapa tau....💰

    BalasPadam
  2. Setuju dengan kenyataan "...Mungkin jumlah pengundi senyap itu jumlahnya lebih ramai daripada orang yang selalu sembang pung pang di Internet."

    BalasPadam
  3. Soros tgh menggelupur kat US skrg.

    BalasPadam
  4. Donald duck billionaire sebelum jd presiden

    Jibby perdana menteri utk jd billionaire

    Apa2 pun. Kita bershalalalalala ..sambil kepit teloq. Oh yeah

    BalasPadam
  5. Agak terkejut bila tau trump menang...tp.dah system undi mcm 2, kena respect result sbb negara demokrasi. Benda yg sama berlaku kat malaysia, x kira sy undi sape pun kalau system mengatakan yg BN atau mana2 parti menang sbb undi cukup...xpela sbb undi yg menentukan. Dlm dunia politik xde yg 100% salah n betul...bengantung kpd pemimpin yg pndi ambik hati rakyat dr manifesto atau janji2 mereka.

    Tp satu benda sy komen..politik ni byk sembang je, kerjenye x, janjinya x, yg tau politik malaysia still x mcm kanada sbg contoh...kerja n debat cara profesional fokus utk rakyat, bukan utk survival politik n popular je. Tunggu je la pru14 baru leh bincg..skrg buang air liur je bincg.

    BalasPadam
  6. kantoi bersih dan dap terima dana dari soros...
    takde sekor pun ulas buat artikel letak dalam blog.
    dulu bila arab saudi bagi kat najib,memacam artikel tulis konon jual negara bagai.
    bila kena kat pr,semua jadi bodo sunyi sepi....

    gi mampos

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...