Iklan Leaderboard

Sabtu, 19 November 2016

3 Walau beza ideologi, usah lupa persaudaraan kita

Tiada drama!

Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.

Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.


Para penyokong sanggup berbelanja, menginap di hotel-hotel di sekitar ibu negara untuk bersedia bagi perarakan awal pagi yang menyaksikan ibu negara dilanda 'gelombang kuning' dengan penyertaan lebih 15,000 peserta dari kem Bersih.
Secara majoriti, para penyokong kebanyakannya pernah menyertai perhimpunan sebelum ini. Segelintir besar pula baharu pertama kali menjadi peserta.

Baca laporan berita sepenuhnya di Astro Awani. Baca juga kronologi sepenuhnya di Astro Awani dan Malaysiakini.






Berakhir sudah perhimpunan Bersih 5 hari ini. Nampaknya acara himpunan Bersih ini sudah menjadi acara atau karnival tahunan. Geng baju merah pun macam hidup segan mati tak mahu. Dengan jumlah kehadiran yang sedikit tak memberi impak yang besar pun pada perhimpunan Bersih 5 ini.

Dengan tamatnya perhimpunan ini. maka esok semua kehidupan kembali seperti biasa. Mana yang bekerja hari Isnin tu akan mula bekerja seperti biasa mencari rezeki untuk menampung kehidupan diri sendiri dan keluarga. Ahli politik kembali membuat kerja mereka macam biasa. DS Najib Razak masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Aku tak menyokong mana-mana pihak, tapi kalau ada orang nak menyampaikan suara mereka di jalanan, aku tak kisah dan bagi aku mereka berhak mengadakan perhimpunan jalanan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

Sebab apa?

Sebab selain Internet dan ceramah politik, di jalanan adalah antara cara mereka untuk menyampaikan suara mereka. Kau nak tengok rakyat yang tidak menyokong kerajaan atau ahli politik selain kerajaan menyuarakan suara mereka di kaca TV, radio atau surat khabar arus perdana? Memang takkan dapat lah. Negara kita bukan seperti negara maju yang media massa arus perdananya bersifat terbuka dan tidak bias pada mana-mana pihak.

Apa-apa pun, perbezaan ideologi itu biasa. Berbeza perjuangan itu biasa. Namun ingatlah, walau kita berbeza perjuangan dan ideologi, janganlah kita sekali-kali lupa dan rosakkan tali persaudaraan yang telah lama terjalin di antara kita.

Kerana apa?


Kerana kita semua adalah keluarga.
Sebuah keluarga yang besar.
Kita semua rakyat Malaysia!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: apa murid pelajar sekolah menengah rendah belajar matapelajaran subjek buku teks ujian peperiksaan soalan upsr 2016 keputusan

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...