Iklan Leaderboard

Isnin, 14 November 2016

7 Menyalahkan orang lain di atas andaian sendiri

Assume.
Assumption.

Andaian. tanggapan. kepercayaan yang direka dan diada-adakan.

Perangai membuat andaian sendiri ini dah biasa kita hadap hari-hari. Orang buat andaian buruk terhadap seseorang hanya kerana dia salah anggap, salah faham dan salah tafsir, kemudian mengecam pula hal buruk tersebut dan menyalahkan orang itu itu walhal dia sendiri yang membuat andaian salah.


Seperti contoh, seorang muslim mempertahankan seorang bukan muslim yang ditindas oleh seorang muslim yang lain, terus ada orang membuat andaian sendiri dengan mengatakan lelaki itu liberal dan tidak mempertahankan Islam lalu membuat kecaman terhadap perkara yang diada-adakan tersebut.

Seorang pemuda mengatakan dia tidak suka kepada suatu dasar kerajaan, terus ada orang membuat andaian yang dia benci Najib dan merupakan penyokong pembangkang lalu beramai-ramai mengecam dia hanya kerana andaian salah yang dibuat terhadapnya.

Seorang perempuan berkata dia tidak bersedia untuk berkahwin lagi, terus ada orang membuat andaian yang perempuan itu jual mahal, benci lelaki, gila harta dan sebagainya, lalu mengajak orang lain mengecam perempuan itu atas andaian yang dia buat.

Seorang pekerja berkata dia tak dapat melakukan suatu tugasan kerana tiada peralatan yang sesuai untuk kerja itu, tanpa mahu mendengar penjelasan terperinci dari pekerja tersebut terus ketuanya buat andaian sendiri yang pekerjanya itu malas nak buat kerja, lalu menceritakan kepada orang lain yang pekerjanya itu malas kerja.

Seorang lelaki memberi pandangan tentang isu wanita, terus ada orang membuat andaian yang lelaki itu memandang rendah kaum wanita, lalu diada-adakan tanggapan yang tak betul terhadap lelaki itu untuk dicerca dan dikecam beramai-ramai.

Seorang perempuan dirogol, terus ada yang membuat andaian perempuan itu yang salah kerana pakai seksi, tak pandai jaga maruah dan kehormatan diri, siapa suruh berjalan seorang diri dan sebagainya tanpa mahu selidik pun kejadian sebenar.

Aku pernah kena.
Orang salah anggap percakapan aku.
Orang salah faham penulisan aku.
Mereka menafsir apa yang aku cakap dan tulis berdasarkan apa yang mereka sendiri mahu andaikan, lalu terus mengutuk dan mengecam aku terhadap suatu yang dia andaikan sendiri.

Memang sakit, memang pedih. Malah ia bertambah perit apabila ia menjadi fitnah kepada diri aku apabila mereka mengutuk dan memburukkan aku berdasarkan andaian mereka sendiri. Walaupun sudah lama, tapi aku masih ingat sampai sekarang. Kau tidak akan pernah rasa dahsyatnya fitnah sehinggalah kau sendiri menjadi mangsanya.

Sebab itu bila ada orang lain yang kena kecam, hina, kutuk dan fitnah atas andaian orang lain terhadap dirinya hanya kerana kenyataannya disalah tafsir lalu diputar belit, maka aku turut rasa marah sebab aku pernah rasa.

Orang yang suka buat andaian ni otak mereka sangat cetek.
Bila orang cakap tak suka, mereka anggap benci.
Bila baca tajuk berita, mereka terus percaya.
Bila baca suatu yang meragukan, mereka tidak ingin untuk membuat semakan kesahihan.
Bila dapat suatu berita, mereka terus kongsikan tanpa mahu selidik.

Teori konspirasi, khayalan, sangka buruk, kecaman, prejudis adalah teman baik mereka.
Fakta, kajian, eksperimen, penyelidikan, keadilan, sangka baik adalah musuh ketat mereka.

Maka tolong... tolong jangan assume.

When you assume, you make an ASS out of U and ME.


Andaian boleh membawa kepada fitnah.
Kalau tak jelas, tanya.
Kalau tak faham, minta penjelasan.
Kalau samar-samar, bincang.
Kalau keliru, cari lagi maklumat.
Jangan pandai-pandai buat andaian sendiri tanpa ada kepastian yang pasti.

Ini kau sendiri assume, lepas tu kau kecam apa yang kau sendiri assume sedangkan hal sebenarnya tidak begitu pun.



Aku cakap A, kau assume aku cakap B, lepas tu kau kecam aku kerana kau percaya dan begitu yakin yang aku cakap B, malah bawa cerita kepada orang lain yang aku cakap B, sedangkan aku cakap A.

Tak ke bangsat namanya tu?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: assume assumption andaian tanggapan salah mengandai andai tanpa ada kepastian pasti sahih perkara sebenar betul salah faham menyalah blame

7 ulasan:

  1. Ok...🚗🚕🚙🚌🚓🚑🚒

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoOooottT

      -JamalJamban(JJ) mahaguru silat bebal 1 melesyiahh-

      Padam
  2. Aku pun benci dgn org yg suka buat andaian pada diri aku, xkira andaian baik atau buruk.

    BalasPadam
  3. Hahaha.
    Selalu dah kena dan jadi mangsa assume ni, sama ada online ataupun realiti.
    Dulu pernah kena tuduh hilangkan inventori office semata-mata hanya kerana aku paling baru dalam office tu dan yang menuduh adalah general manager aka orang besar yang anggap dia sentiasa betul adoooiiii

    BalasPadam
  4. owhh macam case fazura la ni.. orang cakap macam kimk bermaksud kim kardashian, yang si fazura ni boleh terus assume ingat orang cakap "kimak". huhu.. next time tak tau tanya~~ confident betul kata orang tu buat ayat double meaning.

    BalasPadam
  5. Jenis bila dapat satu berita terus kongsi tu memang ramai, bila kita tanya boleh pulak dia jawab ntah tak tahulah aku forward jer... haish! annoying

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...