Rabu, 22 April 2015

6 Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga

Semua orang boleh bercakap dan berkomunikasi, namun tidak ramai yang tahu berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Sebuah komunikasi kebiasaannya adalah komunikasi 2 hala, dan tujuan komunikasi adalah untuk mendapatkan tindak balas atau respon. Kegagalan kita untuk berkomunikasi dengan baik hanya akan menghasilkan tindak balas yang tidak baik.


Seperti contoh, seorang guru menyuruh muridnya mengambil pen marker di dalam laci, lantas murid mengambil dan membawanya pen marker berwarna merah. Guru tersebut menjadi berang kerana murid tersebut membawa pen marker merah, sedangkan dia mahukan pen marker berwarna biru, lantas guru tersebut terus memarahi murid tersebut. Ini telah menyebabkan murid tersebut berperasaan marah, keliru, malu dan lain-lain perasaan negatif.

Senario ini memperlihatkan yang guru tersebut sebenarnya telah gagal dalam berkomunikasi dengan baik dengan anak muridnya, kerana arahan yang diberinya tidak jelas dengan tidak menyatakan pen marker warna apa yang perlu diambil oleh murid tersebut. Ini berlaku disebabkan guru tersebut membuat andaian atau ASSUME yang murid tersebut sudah tahu apa yang guru itu mahukan.

Di dalam komunikasi, tiada istilah ASSUME. Ini kerana tiada orang di dalam dunia ini yang tahu membaca fikiran orang lain dan secara automatik apa yang orang lain maksudkan tanpa sebarang komunikasi yang jelas.

When you assume, you make an ASS out of U and ME.


Untuk berkomunikasi dengan baik, kita perlu ada Kuasa Komunikasi, iaitu mendapatkan tindak balas serta merta selepas penghantaran mesej dilakukan melalui komunikasi menggunakan 4 langkah berikut:

1. Strategi (Strategy)

Untuk berkomunikasi, kita perlu ada strategi, iaitu sebuah siri idea, langkah demi langkah, yang kita berkomunikasi untuk mendapat sesebuah keputussan. Kita tak boleh main cakap sahaja apa-apa tanpa ada strategi. Kita perlu tahu apa yang kita mahu sampaikan dan apa respon yang kita kehendaki.

2. Bertenaga (High Energy)

Dalam sebuah komunikasi, kita perlu ada tenaga yang tinggi yang akan menentukan kesan terhadap komunikasi kita. Perkataan yang sama, dengan tenaga yang berbeza boleh menghasilkan gambaran dan kesan yang berlainan, seperti contoh ayat “Kita harus yakin yang kita boleh buat.”, apabila bercakap dengan nada yang semuanya rendah pasti tidak akan dapat membangkitkan minat dan semangat orang lain, namun jika dituturkan dengan nada yang semuanya tinggi pasti orang akan jelek pula, oleh itu kita harus tahu di mana yang harus dituturkan dengan nada biasa dan di mana perkataan yang perlu ditekankan dengan nada yang kuat agar dapat memberikan tenaga dalam ayat tersebut.

3. Keamatan Pandangan Mata (Intensity of Eye Contact)

Ketika berkomunikasi, adalah penting untuk membuat Eye Contact bersama orang yang kita bercakap. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Jika kita bercakap tanpa memandang mata orang itu, bagaimana kita hendak menarik hati orang tersebut untuk berkomunikasi dengan kita, malah ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa, tersinggung dan biadap terhadap orang tersebut jika kita bercakap tanpa memandang ke wajahnya terutama matanya. Dengan memandang tepat pada matanya, barulah anda dapat memberi tumpuan dan fokus terhadapnya seterusnya mempengaruhi pandangannya.

4. Pemindahan Perasaan (Transfer of Feelings)

Akhir sekali, bila kita berkomunikasi, ia ibarat kita menghantar perasaan kita terhadap dirinya. Jika kita berkomunikasi tanpa strategi, tanpa tenaga, tanpa eye contact, masakan perasaan itu dapat turun ke hatinya dan menerima apa yang kita mahu sampaikan.

Komunikasi ini ibarat sukan memanah.

Pertama, kita perlukan cara dan teknik untuk berdiri, memegang busur dan meletakkan anak panah, kemudian mengenalpasti sasaran (Strategy).


Kedua, kita tarik tali busur anak panah tersebut dengan kuat (High Energy).


Ketiga, memandang tepat dan fokus pada sasaran yang hendak dibidik untuk menghasilkan bidikan yang tepat (Intensity of Eye Contact).


Akhir sekali, melepaskan anak panah tersebut ke sasaran (Transfer of Feelings).


Belajarlah cara untuk berkomunikasi secara berkesan dengan kuasa dan tenaga agar perasaan kita dapat menyentuh dan sampai kepada hati orang lain.


Siri Motivasi Peningkatan Diri:
  1. Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
  2. Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
  3. Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
  4. Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
  5. Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
  6. Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
  7. Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan 
  8. Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
  9. Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa



tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng communicate with power komunikasi berkesan kuasa tenaga assume 4 way step cara langkah archery memanah

6 ulasan:

  1. Trimas kerana berkongsi nasihat dan pandangan yang berguna

    BalasPadam
  2. Patut dijadikan silibus dalam sekolah rendah. hehehe

    BalasPadam
  3. Terima kasih.. Ilmu berguna. ^_^

    BalasPadam
  4. Salam 1rasuah,

    Teringat dulu masa sekolah. Cikgu suka dengan murid murid pandai dan sering naik angin dengan murid murid bodo. Mereka bukan sahaja lembam dan lembab dalam akademik (pencapaian otak), kokurikulum (komunikasi, kepimpinan dan kecergasan) malahan akhlak (suka langgar undang undang, tak dengar cakap guru dan ibubapa dan berperangai buruk seperti merokok, ponteng, berambut panjang). Setelah meningkat dewasa mereka juga ambil degree walaupun bukan dengan cara yang biasa iaitu kepandaian, tetapi melalui cara menurunkan syarat minima ambil degree ada juga melalui cara tidak adil seperti ikut pintu belakang, ikut sekolah tertentu yang grafnya rendah. Tapi jangannn, bila mereka dikritik anda pula yang dikatakan tidak berakhlak atau tidak pandai bergaul, tak pandai berfikir, tiada soft skill dan tak pandai berkomunikasi. Yang terbaru tiada social skills pulak :)

    Hanya mampu tersenyum.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  5. Misaaki pun tak reti sangat nak berkomunikasi cara yang betul.. huhuhu TT^TT

    I like quote ni:

    Komunikasi ini ibarat sukan memanah...

    ahahaha XD

    BalasPadam
  6. patutnya pendidikan kaunseling kena tukar jadi pendidikan psikologi.patutnya..patutnya...patutnya..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.