"Takziah kepada Si Fulan walaupun kita berlainan ideologi politik. Al-Fatihah"
"Walaupun aku tak sokong Si Fulan sebab ideologi politik kita berlainan tapi aku tetap mahu ucapkan takziah atas kematiannya. Al-Fatihah"
Serius, pergi mampos la dengan kau punya berlainan ideologi politik. Nak ucap takziah tak perlu bagitau pun yang kau berlainan ideologi politik dengan si mati. Kalau ucap takziah tak mention benda alah tu sebab takut orang lain cop ko macai ke macam mana?
Adakah kalau ucap "Innalillah", "Al-Fatihah" atau salam takziah sahaja tanpa menyatakan berlainan ideologi politik maka secara automatik kau akan jadi penyokong parti politik dia ke macam mana? Adakah ucapan takziah perlukan motif politik? Bukan kerana kita sesama saudara Islam?
Dungu.
Dulu waktu kematian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, ramai macai BN cakap macam tu.
Kali ni kematian Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter, giliran macai PR pula cakap macam tu.
Selagi tuhan kita sama, tidak perlulah nak bagitau ideologi politik kita apa.
Dan tak perlu jugalah kita menghukum mereka dengan menyatakan yang ia merupakan suatu bala musibah dan malapetaka bencana atas sesuatu perbuatan di dunia. Seperti yang aku pernah nyatakan di entry sebelum ini, kita bukannya Tuhan yang tahu sebab musabab suatu musibah itu diturunkan. Perkara itu hanya Tuhan sahaja yang tahu secara mutlak. Jangan kerana ia menimpa musuh politik kita, kita kata ia balasan musibah kerana perbuatannya di dunia, tapi apabila menimpa rakan politik kita, kita kata ia ujian dan dugaan.
Sekali lagi aku nak mengingatkan, jika terdengar kematian, ucapan yang paling betul adalah "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" atau membaca doa yang menjadi amalan Nabi di entry sini, bukan sekadar tulis Al-Fatihah kat komen Facebook. Kalau nak baca Al-Fatihah, baca dengan sepenuhnya dan fahamkan kerana bacaan tersebut sebenarnya untuk kita yang masih hidup, bukan untuk yang sudah meninggal dunia. Tiada konsep sedekah2 ayat Al-Quran atau sedekah pahala kepada si mati, melainkan kita berdoa kepada si mati dengan doa yang terkandung dalam ayat2 Al-Quran.
Akhir kata;
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Salam takziah buat semua mangsa nahas helikopter yang berlaku di Kampung Pasir Baru, Semenyih petang semalam yang terdiri daripada ahli parlimen Rompin iaitu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang (Robert Tan).
Salam takziah juga buat bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru juga meninggal dunia di Hospital Serdang.
tags:belasungkawa meninggal dunia mati maut terkorban nahas kemalangan helikopter kajang semenyih vvip mp rompin jamaluddin jarjis azlin alias robert tan ucapan takziah macai politik ideologi berbeza berlainan
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un"
BalasPadamSapa kata sedekah doa atau ayat Qur'an x smpai? Klu kita doa smpai xkn la pahala xsmpai. Ko bia btol ni. Cuba baca mksud doa dlm solat jenazah sket.
BalasPadamFallacies..
PadamFallacies everywhere....
Yg memberi pahala dan dosa ialah Allah. Setiap perbuatan baik walau kecil akan mendapat pahala dengan izin Allah. Jangan menutup pintu berbuat kebaikan.
PadamSedekah bermaksud mengambil suatu yang menjadi hak kita lalu diberikan kepada orang lain.
PadamDoa pula adalah memohon sesuatu hajat daripada Tuhan.
Sedekah bukan doa. Apa benda yang milik kita yang kita nak sedekahkan kepada si mati? Pahala bukan hak kita, kita pula nak sedekahkan pahala kepada orang lain?
Sebab tu aku tulis kat atas tu kita kena BERDOA untuk si mati, bukan SEDEKAH. Tengok ceramah dari banyak agamawan dalam dan luar negara mengenai hal ini - http://buasirotak.blogspot.com/2014/07/baca-ayat-al-quran-kepada-yang-masih.html
Takziah
BalasPadamKdg2 ramai antara kita lebih dahulukan politik dr agama.....so dlm setiap ucapan, inti politik diketengahkan dulu supaya msg utama smpi, pas2 pasal agama just sebagai pelengkap bicara.
BalasPadamSenang cite, cukup2 la bangkitkan isu politik dlm semua isu terutama dlm agama....muak kita dengar. Lgpun, dengan menghina dan memaki hamun parti lawan tidak bermakna anda lebih baik..tp maybe sama teruk mcm mereka. Dlm Islam, kita perlu ketengahkan peribadi, etika dan budi bahasa yg baik bgi contoh utk umat lain...bkn sama join mengutuk atau hentam kaw2 supaya anda nmpk lebih mulia n bagus menghakimi.
Kepada arwah JJ, Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.....
takziah pada keluarga mangsa..mcm2 tragedi menimpa mutakhir ni..
BalasPadam