Iklan Leaderboard

Khamis, 16 April 2015

4 Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita seringkali dilanda masalah, dan dengan menganggapnya sebagai masalah, kita memilih untuk menyelesaikannya dengan rasa tekanan, stress, tension, sehingga boleh menyebabkan kita terjurus untuk mengadu domba membuat complaint, memberi alasan yang negatif, menyalahkan orang lain, menikam belakang serta membuat fitnah.


Namun apabila sebuah masalah itu kita menganggap ia sebagai satu Cabaran, dengan Tenaga Positif kita terima cabaran itu dengan Passion. Passion boleh juga diterjemahkan sebagai semangat yang kuat, kesungguhan, keghairahan dan penuh dengan minat. Passion adalah suatu perasaan yang sangat kuat untuk membuat sesuatu perkara dan usaha sehingga menghasilkan matlamat yang luar biasa.

It's Not My Work. It's My Passion!

Dalam membina semangat dan keghairahan yang tinggi terhadap suatu yang kita lakukan serta memotivasikan orang lain dalam pekerjaan, masyarakat dan kekeluargaan, kita harus pandai memilih perkataan yang mahu diucapkan, kerana PERKATAAN itu sendiri sebenarnya mempunya kuasa yang hebat.

Ingat, Words Have Power! Walaupun perkataan mempunyai kuasa yang POSITIF, namun ia juga turut mempunyai kuasa yang negatif.

 Words have the power to Heal.

 Words have the power to Hurt.

Adakah kita sedar akan setiap perkataan yang kita tuturkan itu mempunyai tenaga negatif yang merosakkan boleh merosakkan diri dan orang lain, atau kuasa positif yang boleh menguatkan kita serta memberi kekuatan kepada orang lain? Oleh itu pilih perkataan dari pemikiran anda dengan baik untuk diterjemahkan kepada suatu yang luar biasa, seperti:
  • Saya akan sentiasa menyokong anda!
  • Saya tahu kita boleh buat dengan lebih baik!
  • Hari ini adalah hari yang hebat!

Malah kita boleh mengubah perkataan yang biasa kita dengar dan gunakan setiap hari kepada perkataan yang lebih positif dan membina semangat serta motivasi, seperti contoh jika anda merasakan anak buah anda tidak menjalankan tugas dengan baik, berbanding berkata kepadanya "Anda teruk, pemalas, kerja senang pun tak boleh nak buat!", anda boleh berkata kepadanya "Saya tahu anda boleh buat lebih baik dari ini."

Contoh perkataan lain yang boleh diubah menjadi lebih positif:
  • Masalah ➜ Cabaran
  • Sukar ➜ Menarik
  • Dimarahi ➜ Mendapat Mesej
  • Saya Tidak Tahu ➜ Saya Akan Usahakan.
  • Saya Kena Buat ➜ Saya Mahu Buat
  • Saya Cuba ➜ Saya Buat Yang Terbaik
  • Tiada Masalah ➜ Dengan Berbesar Hati
  • Alamak! ➜ Yeah!

Perhatikan dialog biasa ini:
Pegawai: Bos, kita ada masalah.
Ketua Bahagian: Masalah apa?
Pegawai: Ramai operator kita mogok tak nak buat kerja bos.
Ketua Bahagian: Kenapa pula?
Pegawai: Mereka marah kerana gaji mereka tak naik.
Ketua Bahagian: Awak tahu siapa yang mencetuskan isu ini?
Pegawai: Saya tak tahu.
Ketua Bahagian: So apa tindakan awak?
Pegawai: Saya kena buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.
Ketua Bahagian: Awak yakin awak boleh buat?
Pegawai: Saya akan cuba.
Ketua Bahagian: Ok terima kasih.
Pegawai: Tiada masalah bos.
Ketua Bahagian: Oh ya, ini satu lagi tugasan saya nak bagi ni.
Pegawai: Alamak!

Sekarang kita gunakan perkataan yang mempunyai kuasa yang lebih positif:
Pegawai: Bos, kita ada cabaran.
Ketua Bahagian: Cabaran apa?
Pegawai: Ramai operator kita mogok tak nak buat kerja bos.
Ketua Bahagian: Kenapa pula?
Pegawai: Mereka memberi mesej kepada kita kerana gaji mereka tak naik.
Ketua Bahagian: Awak tahu apa yang mencetuskan isu ini?
Pegawai: Saya akan usahakan untuk menyelidik isu ini dengan lebih mendalam.
Ketua Bahagian: So apa tindakan awak?
Pegawai: Saya mahu buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.
Ketua Bahagian: Awak yakin awak boleh buat?
Pegawai: Saya akan buat yang terbaik.
Ketua Bahagian: Ok terima kasih.
Pegawai: Dengan berbesar hati bos.
Ketua Bahagian: Oh ya, ini satu lagi tugasan saya nak bagi ni.
Pegawai: Yeah!

Lihat betapa pentingnya memilih perkataan yang betul dan sesuai. Perkataan positif menghasilkan kesan yang positif, dan kesan yang positif akan membangkitkan PASSION!


Siri Motivasi Peningkatan Diri:
  1. Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
  2. Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
  3. Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
  4. Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
  5. Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
  6. Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
  7. Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan 
  8. Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
  9. Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa



tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng passion passionate i support you i know i can be better today is a great day words have power

4 ulasan:

  1. klu tgh down bace entri ni trus rase bersemangat balik.. :)

    BalasPadam
  2. oh yeeaarrgghhh!!! positive thinking leads to positive outcome!!!

    BalasPadam
  3. Leader kena tunjuk sikap +ve, baru boleh mndidik pkrja bsikap mcm tu.
    Mslhnya, kita org melayu mmg dah terdidik sikit2 sebut pasai pkara -ve. Susah nk ubah ke arah +ve. Keadaan sekeliling bg peranan bsr utuk bentuk sikap yg baik.

    BalasPadam
  4. betul tuuu. husnuzon lah pd setiap masa.. hehe

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...