Tun Mahathir melalui blognya ada bagi pesanan kepada semua pemimpin UMNO yang confirm mereka tak ambil endah. Bak kata beliau, melayu mudah lupa kan? Waktu PRU datang dengan penuh hina. Melutut meminta undi. Lepas PRU, maaf lah. Kau siapa dia nak layan? Kalau nak apa2 sila ikut portal yang betul. Tak boleh melalak tak tentu pasal. Kalau tak puas hati, tunggu PRU sebab negara kita negara demokrasi terpimpin.
UMNO DAN PRU
Beliau meramalkan UMNO akan kalah dalam PRU ke 14. Dan PR akan menjadi kerajaan baru. Jadi bila PR jadi kerajaan baru, UMNO dah tak boleh kawal media dah. Nanti berita yang anda akan tengok di TV3 akan bertukar. Saya ada pengalaman sendiri tukar kerajaan di negeri Perak ni. Pergi semayang jemaat, tiba2 khutbah cakap pasal ketidak kecekapan kerajaan yang memerintah. Aik?! Apasal khutbah lain macam ni? O lupa. Dah jadi negeri PKR. Bukan negeri pembangkang sebab bila PKR menang, dia la kerajaan. Dan BN la pembangkang. Faham? Sebab anda semua dilahirkan di bawah BN, maka dengan senyap2 anda dididik selain BN, semua nak menjahanamkan negara.
Lepas kalah tu, baru la cepat2 nak musnahkan semua dokumen2 sulit. Lepas tu kena siasat. Lepas tu dibuktikan bersalah. Lepas tu masuk penjara. Contoh terbaik Khir Toyo. Waktu beliau jadi menteri kat Selangor, sebarang dakwaan beliau ada terlibat dengan rasuah, semua penyokong parti beliau kata fitnah! Lepas dibuktikan betul, tak ada pulak nak kata minta maaf kami tidak tahu. Malahan, sebab dah salah, tak nak kalah, cakap pasal isu lain pulak!
KEKALAHAN DI SELANGOR
Mari saya ingatkan anda semua, sebab itu yang saya tengok niat Tun M. Ini pendapat saya la. Kalau korang tak nak percaya tak apa. Saya tak rugi apa2 pun. Memang sekarang tengah ikat perut gila2. Minyak dirancang naik kereta mana satu kalau pergi ke mana2 dan makan malam masak sendiri di rumah. Kalau beli lauk, pergi kat Aeon beli yang dah nak luput. Dapat la diskaun 50%. Kalau nak jimat lagi, potong internet potong astro. Langsung tak tahu apa jadi kat dunia luar. Tapi ada ustaz kata, tiap2 tahun negara cakap pendapatan KDNK bertambah. Negara makin kaya. Takkan nak hidup macam daif pulak kan? Agak2 la. Kalau kita nak berjimat sampai jadi daif, Kalau yang ada duit banyak tu, berjimat terlampau pula orang panggil bakhil. Kita sederhana cukup lah.
Kalau anda ingat, UMNO kalah di Selangor pertama kali, semua orang terkejut. Lepas tu dua kali PRU pun tak dapat rampas balik Selangor. Alasan? Macam2 selain mereka tidak pandai mentadbir. Mesti ada salah pengundi lah, salah perancangan lah, salah media sosial lah, salah itu lah salah inilah. Kata nak mandat rakyat, tapi bila rakyat tak kasi mandat, buat spekulasi sendiri. Rakyat bukan bodoh. Tapi rakyat bukan meminta lebih2. Kalau rakyat rasa tertindas, rakyat akan rasa kepimpinan yang sedia ada tak bagus dah. Cuba pula kepimpinan lain. Habis cerita.
PKR DI SELANGOR
Lepas PKR memerintah Selangor, tak ada pulak rakyat Melayu Selangor meroyan di Facebook kata menderita, kata tak boleh nak azan, bergabung dengan Singapura ke apa ke. Siap dapat air percuma lagi. Air tu keperluan. Kalau tiap2 bulan dapat percuma, mak aih bersyukur sangat la. Lepas tu, ingat orang nak balik undi UMNO? Ini yang Tun M nak pesan. Sekali korang hilang kepercayaan, berkurun la orang nak undi balik. Kedah? Kedah tu sebab kasi pemerintahan kat PAS. PAS pentadbiran lemah, orang tak suka. Habis cerita. Kesimpulan di sini, orang tak suka orang takkan undi korang! Faham?!
PERBANDINGAN YANG TAH HAPA2
Bila saya sebut perkara macam ni kepada kawan2 saya yang penyokong tegar BN, jawapan yang saya akan dapat :
"Ala pembangkan pun sama perangai"
Tolong jangan bagi alasan ini. Sebab dengan alasan ini, anda sebenarnya :
- Berkata kalau undi pembangkang pun tak salah, sebab dua2 serupa
- Perangai parti korang TERUK! SETERUK parti lawan
Tun M sekadar nak tolong korang kekalkan kuasa. Kalau korang bersangka buruk dengan semua orang, tak mustahil fikiran korang tu menjadi doa korang. Bersangka buruk dengan orang2 yang nasihat korang, dengan rakyat. Korang ni sebenarnya wakil rakyat ke, rakyat kasta tinggi yang perlu disembah orang2 biasa?
Saya pun dah pesan. Kalau tak nak dengar jugak, lantak lah. Saya kena siapkan Facebook page tudung. Jual tudung instant untuk side income. Kalau tak berusaha kang kena kutuk pulak.
Owh negaraku
BalasPadamOwh bangsaku
tak habis2 dengan politik..
x sedar yang warga asing sekarang semakin bersenang lenang kat negara bertuah ni..
agak2 apa akan jadi bila 80 100 tahun akan datang
tu pun kalau ada lagi lah
aku sendiri rasa macam negara ni dah jadi negara Internasional
bukannyer Malaysia lagi
sedikit demi sedikit identiti negara dah terkikis
apa boleh buat
Selagi tiada kesedaran, mementingkan diri dan paling penting Agama x dilaksanakan
susah nak berubah lah
(peringatan untuk semua termasuk diri aku jugak)
Salam 1 rasuah ,
BalasPadamJangan menghina orang mati kerana kita tak tahu macam mana pengakhiran kita nanti.
Muhammad Mohd Taib (PAS) pernah mencadangkan untuk memajukan orang Melayu hapuskan sahaja hak istimewa mereka.
Tapi ia ditolak oleh orang Melayu, kerana apa? Kerana mereka begitu takut untuk bersaing. Kalau mereka tak boleh buat mereka nak dekatkan tiang gol, kata orang cina.
Mereka tidak mahu menganggap itu cabaran dan berusaha lebih keras. Tahukah anda nutp pada 2004 pernah mencadangkan syarat akademik dilonggarkan untuk menjadi tukang ajar, tidak cukup longgar lagikah hingga ada yang spm tanpa A pakai credit credit je jadi tukang ajar Sedangkan bidang pendidikan adalah bidang akademik. Bayangkan apa nasib orang islam bila orang pandai pandai semuanya bukan islam, tengoklah negara arab sekarang.heee
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Kpd penulis...sila tulis apa yg anda tahu....penulisan mcm smpah...cuba belajar drpd PON mcmana nk cari isi menulis,selamat maju jaya dan selamat memenuhkan artikel di buasir otak
BalasPadamAku pun kurang faham ape sebenarnye isi yang nak disampaikan. Last2 sekali pasal page tudung.. Xper.. Terus perbaiki.. Semoga berjaya.. TQ.
Padam9.19ptg.. aku raser ko mmg susah nak paham. Sesusah setiap matapelajaran yg ko hadapi di sekolah rendah dulu. Sama dgn 10.08ptg. Eloklah teruskan idup dgn sel2 otak yg mati dan tak leh berhubung lagi.
Padamkalo ko boleh jawab ini, baru ko layak baca artikel noob. 1+11 berapa? Kahkahkah..
kau tulis tajuk niat tun mahatir yang orang tak nampak, macam mana kau sorang boleh nampak?
BalasPadamMaksud penulis?
BalasPadam1. Team Najib nampak
-mahathir nak naikkan anak dia
-masih percaya najib boleh mengemudi kerajaan dengan baik
-beri najib peluang (yang entah berapa tahun lagi peluang nak bagi)
-selebihnya nak bodek sebab nak jawatan
2. Team Mahathir nampak
-kekalnya najib sebagai PM akan buat BN kalah sebab sokongan najib makin kurang akibat prestasi tak baik, macam-macam skandal lepas tu tak boleh jawab.
-kemudian pemimpin dan bekas pemimpin BN akan disiasat dgn salah laku yang terselindung selama ni. Jika BN kalah.
3. PR nampak
-kelemahan najib sebagai peluang untuk menang PRU akan datang kalau najib terus kekal dengan prestasi yang buruk macam sekarang ni.
-mungkin boleh senada dengan Team Mahathir, tapi tak sampai ke tahap bekerjasama untuk jatuhkan najib. Tujuan nak menekan najib.
-harap2 najib terus kekal. Kalau PM dan barisan kabinet diganti, berkemungkinan sokongan rakyat kepada BN akan pulih?
(Y)
PadamTun M xnak BN kalah, BN kalah segala salah laku ameno akan di bongkar satu persatu seperti yg pernah di terangkan dlm kempen pr PRU yg lepas.
BalasPadamTgk dkt selangor bila PKR menang .. Khir toyo masuk lokap ..
& aku setuju dgn point kau yg last & aku sokong.. Pentadbiran najib yg lemah akan beri nilai tambah utk PR menang dlm next pru jika najib kekal memerintah ..
Nak bercakap bertekak pasal politik pun pru lambat lagi. & xkan ubah apa2 pun. Gst tetap jalan .. Tapi rakyat terpaksa juga luah sbb dh xthn dgn kos idup skrg ..
prk permatang pauh dgn rompin akan jd kayu ukur. Kalu BN masih menang xpyh nk sembang utk tawan putrajaya..
Tinggal lg 3tahun utk suffering ..
Haha. Isi tak kena dgn tajuk. Haha. Last2 pi hapdate fb jual tudung. Hahahaha. Takde motif dan isi punya cerita. Penat je aku baca. Sedara/sedari, lain kali jgn melalut2 boleh tak? Kalau tajuk rasa lain dgn isi tu sila lah tukar tajuk tu. Dan satu lagi ko lupa nak masukkan bab2 percakaran PR yang tak habis2 kat Selangor dan 1Malaysia...
BalasPadamKalo sekali baca x paham, ulang la sekali lagi.
PadamTapi dah nkau mmg biol, mana reti nak ulang baca. Camana nak laksana KEDEPAN ni..tolonglah..isi simple2 pun ada yg sel otak x dpt berhubung..
mungkin kena belajar lagi cara pemilihan tajuk. mungkin -_- terima kasih atas perkongsian :)
BalasPadamIni semua just politik,, jgn kita sbgi rakyat terikut2 rentak mereka...paling penting kita fokus utk tegakkan hak kita...skrg ni isu GST still x setel lagi, still kelam kabut n rakyat panik di kala barang naik, gaji YB yg selalu tido kat parlimen pun naik smpi 50%, gaji kita x naik2 lagi......
BalasPadamIngat, fokus kpd hak kita, bkn lyn isu personal pemimpin lain yg xde kena mengena dlm hidup kita.
Apa GST kelam kabut pulak? Kat gomen masyukkkk laju jer. Pegi mampos la org lain sibuk itu ini dgn GST, janji akhirnya sumer masuk poket gomen jugak..tak pernah cukup..
Padamlantak la sape pun pegang..GST tak akan terhapus. dah 9 tahun org lhdn dok pi kursus GST tu sblum GST dilaksanakan. Dah bnyak duit company kuar sbb nak register dan ubah itu ini sbb GST. sape pegang pun tetap duit kita kuar bnyk jugak. hampeh. skali buat, selamanya teruskan
BalasPadamTun Mahathir memang ada motif tertentu.. Serampang dua mata kata orang.. Hebat beliau memang diakui..
BalasPadamJadi bahan bacaan.
BalasPadam