Dengan penyebaran kad pengenalan tersebut telah menyebabkan individu tersebut menjadi malu, aib dan telah dihina dan dikeji oleh ramai orang di Internet termasuk pelanggan2 perniagaannya seperti yang telah dia luahkan dalam sebuah video. Namun apakah layak kita menghukum orang seperti ini dengan sebegitu sekali? Orang Melayu memang syok ya memalu dan mengaibkan orang lain berbanding menasihatinya?
Aku tidak mahu ulas panjang mengenai hukum menjadi transgender apabila seorang lelaki mengubah jantina mahu menjadi wanita (pondan, bapok, mak nyah) atau wanita mengubah jantina mahu menjadi lelaki (tomboy, pengkid) kerana rata2 semua orang Islam yang berakal sudah tahu akan hukum tersebut. Kalau tak pasti lagi boleh rujuk kat website e-Fatwa ni - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid-dan-hukum-lelaki-menyerupai-perempuan-pondan-dan. Melainkan dia memang ada kecacatan dari kecil menjadi khunsa, hukum menukar jantina itu sudah jelas.
Namun aku percaya menjadi transgender ini ada kaitan dengan masalah psikologi. Contohnya seorang anak yang terlalu diharapkan oleh ibu bapa untuk menjadi pemain bola sepak sedangkan dia langsung tidak minat dan minat benda lain, akhirnya setelah gagal dan tidak tahan, beliau menjadi benci dan kecewa dengan bola sepak.
Transgender juga begitu, mungkin dari kecil ibu bapa terlalu mengharap seorang anak lelaki untuk terlalu kelelakian, atau mengharap anak perempuan untuk menjadi terlalu keperempuanan, apabila tidak dapat menjadi apa yang diharapkan oleh ibu bapa mereka menyebabkan mereka kecewa untuk terus menjadi lelaki atau perempuan, atau mungkin kerana seorang lelaki itu telah banyak kali kecewa dengan wanita menyebabkan dia menjadi transgender dan gay, begitu juga dengan perempuan yang terlalu kecewa dengan lelaki sehingga menjadi pengkid dan lesbian.
Apa jua penyakit ada rawatannya. Kalau penagih dadah boleh dirawat walaupun agak sukar dan perlukan masa, begitu juga dengan transgender. Jika seorang yang tak suka solat boleh dibimbing supaya kembali solat, begitu juga dengan transgender. Cuma cuba kalau ada orang mengaibkan penagih dadah, atau seorang muslim yang tak solat, mesti lain pula yang orang akan cakap.
Kita sebagai orang biasa, kalau ada keluarga dan kenalan yang transgender ni, kita tegur dan nasihat dengan berhikmah, bukan dengan memalukan mereka. Lainlah kalau mereka sendiri yang dengan tidak malu dan tebal mukanya menuntut hak mereka yang bukan2 dan mencabar hukum Tuhan, yang tu memang patut kena tentang dan maki walaupun ia bukan cara nasihat dan dakwah dengan betul juga.
Dalam kes ini, perlu ke kita sebar kad pengenalan individu tersebut? Apa tujuan kita sebarkan? Untuk gelakkan dia? Rasa kelakar tengok IC orang pondan? Orang pertama yang menyebarkan kad pengenalan tersebut pula, di mana amanah dan integriti kau? Mungkin kau bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara, atau dapat salinan kad pengenalan tersebut di mana2, tapi layakkah kau sebarkan kad pengenalan yang merupakan hak peribadi orang lain siap dengan no kad pengenalan, nama penuh dan alamat rumah? Lainlah kalau individu itu sendiri yang upload gambar kad pengenalannya di Facebook, itu dia sendiri yang cari pasal.
Ini ke cara kita berdakwah dan nasihat orang lain? Atau kita sekadar mahu menghukum, mengaib dan memalukan orang lain? Atau mungkin mahu kelihatan di kalangan kawan2 anda dalam Whatsapp yang anda ada simpan banyak bahan2 mengarut? Atau mungkin kerana mahukan Like dan Share yang banyak di Facebook?
Jika ya, maka shame on you.
tags: video luahan rintihan hati sedih pondan bapok bapuk mak nyah transgender shemale melayu kad pengenalan no kp ic biodata hafizal hussain pengidap khunsa dua alat kelamin hukum fatwa princess nur bidadari
Dakwah pakai duit jer sekarang..
BalasPadamitu je lah hiburan kebanyakan melayu yg dungu..iaitu dgn memalukan org..
BalasPadamProooottt! Dimuka sirosli
PadamKo Tkde otak noob
BalasPadamGay ��
BalasPadamBudaya kutuk mengutuk, sindir menyindir, caci maki Dah sebati dgn dunia Internet.. Tiada siapa tahu siapa manusia dsebalik nama "anonymous" .there's no stopping it.
BalasPadamBenda ni Dah lama..buat la mcmana pun.. Perangai sampah mcm ni tetap Akan berlaku kt dunia Internet..
meleis la yg paling banyak berperangai sampah macam ni. i am a malay. aku tahu perangai sebenar orang melayu ni. banyak buruk. lain di depan, lain di belakang.
Padamtahu la ko tu malay kacukan dgn zambia..
PadamSkrg sikap yg x betul sbgi umat islam bukan lagi depan mata..tp sgt kerap berlaku di dunia maya. Tp ramai beranggapan biar kita hina/maki/mencarut dlm internet sbb iti dunia maya, x real. So anda xleh judgr mereka dlm dunia maya, n anggap xde dosa pahala dlm dunia maya.
BalasPadamKlau mcm 2 pendirian anda, anda totally silap, maybe leh jatuh munafik n seumpama nya. Still ada ruang utk insaf kpd Allah, tp dosa kpd manusia hnya manusia tersebut yg boleh memaafkn.
lumrah dunia
BalasPadamhttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/bihun-goreng-special.html
dlm politik pun sama..semua cari kaedah nak memalukan seteru..mcm kes ahmad maslan..suma seronok bila dia dimalukan mcm video baru2 ni..
BalasPadammelayu mmg perangai camni.suka memalukan org..mmg x boleh diubah dah perangai ni samapai bila2
tutup aib orang, Allah tutup aib kita.
BalasPadamAyat awal mengkritik secara terbuka...perenggan seterusnya ditujukan kpd penjawat awam wpun masih ada tnda soal...ko mmg agak sceptical pd gov servant ka noob??
BalasPadamTang mana? Tang JPN tu ke? Aku tak skeptikal pada penjawat awam, Aku skeptikal pada siapa2 yang takde integriti dalam kerja. Sebelum ni pun dah banyak kes orang sebar dokumen rahsia dan sulit yang melibatkan dokumen2 kerajaan. So siapa yang ada akses paling mudah kepada dokumen2 tu? Fikir sendirlah.
PadamYes akhirnya noob reply komen aku....tq PON
PadamOrg melayu dan india adalah paling tak berintegriti. Jika ada apa2 rahsia, simpan sendiri2. Pada aku org Cina jauh terpercaya dlm apa2 hal integriti baik atau buruk.
BalasPadamNo wonder ramai ahli politik lebih suka bagi projek kat org Cina sbb integriti. Sama2 makan..duduk diam2.
Itu contoh buruk la. Tapi kalo melayu-melayu mahupun melayu-india mmg payah nak alibabakan projek.... tak sampai 3 hari..dah terburai...
Tak heran jika kritik2 dan apa2 dlm internet, org Cina jauh lebih terpercaya drpd Melayu dan India. Ini dlm konteks Malaysia la.
Sekali dia tukar agama lain hah baru semua nak menggelabah..
BalasPadamAda masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!
BalasPadam