Iklan Leaderboard

Selasa, 7 April 2015

19 7 sebab jurnalis media Malaysia semakin low-class

Menjadi seorang jurnalis, penulis berita, wartawan dan editor media terutama media cetak dan akhbar zaman sekarang tidaklah sesukar dahulu. Nak maklumat apa2 semua sudah ada di hujung jari, malah ada banyak berita yang hendak dilaporkan tak perlu turun padang dengan sendiri pun kerana maklumat itu datang kepadanya dengan sendiri melalui media2 sosial. Namun para pengamal media kini bagi aku semakin hari semakin sakit, parah dan tenat.

Berikut adalah 7 sebab mengapa jurnalis media di Malaysia semakin low class, tiada standard dan bertaraf rendah:


1. Tidak bebas

Banyak akhbar dan media elektronik arus perdana (mainstream) masih lagi tidak bebas dan terlalu berat sebelah dalam melaporkan sebarang berita. Bagi mereka semua yang baik datang daripada kerajaan dan semua yang buruk datang dari pembangkang. Malah akhbar alternatif pun begitu, banyak yang terlalu favoritisme kepada pembangkang. Asal kerajaan semua teruk, asal pembangkang semua bagus.

Tiada media yang betul2 neutral yang akan melaporkan kebaikan kerajaan dan pembangkang serta kelemahan kerajan dan pembangkang. Tapi mana2 pun, kalau tulis lebih2 silap haribulan kena pula tangkap. Kebebasan media memang benar2 sudah semakin mengundur.


2. Menulis fitnah dan provokasi

Sudahlah tidak melaporkan apa jua kebaikan pihak lawan, tulis pula berita dan artikel berbentuk fitnah dan provokasi sampai orang lain turut percaya dan sebarkan fitnah dan provokasi tersebut. Utusan Malaysia, Harakah, semua pernah kena saman sebab tulis berita dan artikel fitnah. Mereka ini bising2 pasal kebebasan media, tapi kebebasan media yang mereka amalkan hanyalah kebebasan fitnah.


3. Tidak buat homework

Ini satu lagi penyakit dungu media hari ini. Tulis artikel dan laporan sensasi tapi tak buat homework dengan mengkaji fakta2 yang hendak dinyatakan dalam berita tersebut sehingga menyebabkan orang yang tidak tahu tertipu dan orang yang tahu akan fakta tersebut menjadi marah. Contohnya laporan pasal manga Jepun yang digelar komik lucah dan serta generalizekan anime Jepun sebagai animasi seks.


4. Tidak menyemak kesahihan

Bila ada orang panggil media nak laporkan suatu yang sensasi, terus datang, buat wawancara dan temuramah, ambil gambar dan tulis dalam laporan akhbar. Kalau dulu suka sangat laporkan benda2 pelik macam sejadah berdiri, sedangkan berdirikan sejadah macam tu siapa2 boleh buat, lainlah kalau sejadah tu terapung. Bagi media, lapor sahaja dahulu apa2 berita yang sensasi, nak kaji sahih atau tidak belakang cerita.

Contoh lain yang agak mengecewakan adalah bila The Star buat laporan pasal seorang pelajar Tingkatan 3 dari Sabah yang dikatakan menang Google Ideas Awards kerana idea aplikasi "Coker Chat"nya. Aku sendiri ingat nak buat entry pasal kejayaan anak muda Malaysia ni sebab at last ada juga budak2 muda yang hebat dan bagus yang aku nak highlight, tapi turn out yang berita tu sebenarnya palsu. Kenapa sebelum terbitkan berita tu tak check dengan Google dulu? Serius buat malu sahaja.


5. Tokok tambah cerita

Sebab nak sedapkan berita maka laporan ditokok tambah dengan cerita yang bukan2 dan berlebih2an sehingga lari daripada maklumat sebenar. Ini pun dah biasa sangat berlaku sebelum2 ini, cuma yang baru2 ini pasal berita Harian Metro berkaitan "Persandingan Tertangguh" di mana seorang pengantin lelaki terpaksa menangguhkan persandingannya kerana ditahan dan disaman polis kerana lampu brek ketiga kereta tidak berfungsi.

Tapi turn out berita itu ditokok tambah dan bukan cerita benar seperti mana yang diceritakan oleh pengantin perempuan sendiri di laman FBnya, di mana pengantin dalam perjalan untuk photoshoot bukan bersanding, model kereta yang dinaiki tidak betul, tiada saman dikeluarkan oleh polis tersebut sebaliknya hanya amaran dan ucapan selamat pengantin baru, dan gambar itu pun dirembat dari Facebook page Polis Pahang. Yang lagi tak boleh blah apabila berita kat Metro tu blurkan muka pengantin lelaki tu tapi dekat Facebook page Polis Pahang tu relek je tayang muka.


6. Seks sebagai modal

Ini formula biasa akhbar2 tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo! Page depan mesti ada gambar yang separa lucah atau berita berkaitan seks untuk menarik pembaca walaupun laporan tu kononnya seperti membicarakan tentang keruntuhan akhlak dan moral di kalangan masyarakat. Dan paling bangang sekali apabila topik yang membincangkan pasal isu2 semasa seperti GST pun letak gambar perempuan seksi, apa kejadah?


7. Rembat bahan dari Internet

Ini yang bagi aku paling tiada etika dan low class. Modal nak buat berita cuma ambil sahaja daripada Internet, Facebook, Blog, Twitter dan Youtube. Yang lagi low class apabila artikel2 bermutu rendah daripada blog juga boleh dijadikan sebagai sumber berita. Sepatutnya blog2 ini yang ambil berita daripada media arus perdana, ini sudah terbalik.

Berita pun rembat dari Internet, gambar pun cilok dari FB. Dan yang paling tak boleh blah, video fanmade kat Youtube pasal Power Rangers pun boleh jadi bahan berita dengan ayat pembuka, "FILEM Power Rangers terbaru yang penuh dengan aksi darah dan watak Rangers dibunuh seorang demi seorang langsung tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak."

Itu bukan filem terbaru la badigol, itu filem fanmade, filem indie saja2 yang dibuat oleh peminat.


So kepada yang baru nak berjinak2 dalam bidang journalisme tu, harap korang dapat jadikan diri korang seorang jurnalis yang hebat dan luar biasa, bukan seorang jurnalis yang low-class dan bermentaliti ayam.




tags: jurnalis journalist media elektronik cetak akhbar berita laporan artikel news malaysia low class low-class tiada standard tahap rendah saki parah tenat tidak bebas freedom fitnah provokasi homework kerja rumah buat kajian study research semak kesahihan sahih maklumat info informasi tokok tambah cerita seks sex sell modal awek gadis perempuan seksi rembat cilok internet

19 ulasan:

  1. konon beretika & bertauliah.. tapi sama je yang mereka gelar sebagai keyboard warrior kat laman sosial.. main sumbat jer apa yang datang tanpa mengkaji atau menyiasat terlebih dahulu. Asal bahan tu menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a keyboard warrior memang buat kerja bukan mkn gaji, bukn ada orang bayar, tp yang parahnya geng2 mkn gaji pun 2x5, pada aku tu teruk sangat dah...KW awal2 lagi dah tak perlu ambik port.. yang masalah yang offiical kakitangan mkn gaji buat kerja wartawan pun stail cam wtfish pun mcm sial, apa ke henye yob!? sepatutnya diorang lebih telus haih...

      Padam
  2. ni semua gst punya pasal..sbb tu wartawan makin tak keruan..

    BalasPadam
  3. memang lawak je media2 malaysia nie. pasal budak sabah dapat google award tu lawak. nak cover konon april fool.

    BalasPadam
  4. Gua rasa berbangga pulak jadi penulis blog lepas baca entri ni. Rasa macam high level sikit daripada jurnalis media. :)

    BalasPadam
  5. Itulah akibatnya tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    Kalau hanya yang layak diberi jawatan wartawan ana rasa benda-benda di atas tidak berlaku sama sekali.

    Bila suruh gajah panjat pokok itulah jadinya kenapa tidak kembali sahaja kepada konsep adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaaaaaaaaaaaaaaaaasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

      Padam
  6. Huhuhu majoriti, begitu la kalo jurnalis media ni.. x semua info adalah betul...

    BalasPadam
  7. Skrg ramai yg suka jd wartawan x bertauliah kat media sosial. ..mana sensasi terus fowrard n share x kira apa topik sekali pun janji panas...

    Sbnrnya apa yg berlaku skrg pun sbb supply-demand...demand suka layan cite sensasi x kira politik, seks, viral, leh kata semua yg nmpk negatif n jatuhkn aib org..sbb 2 yg dpt byk perhatian. So wartawan pun follow the demand sbb semua yg berlaku sbb nak dpt salas b duit. Info x betul semua tunggang langgang, janji nmpk sensasi.

    Pas2 masalah terbesar org kita pun mlas buat homework..copy paste sejak dr sekolah, uni n tempt kerja sbb nak tunjuk work smart punya pasal. Yg tukang baca pun percaya buta2...terutama kisah helikopter yg VIP naik helikopter terhempas...ada more than 3 helikopter balik dr majlis perkahwinan anak muhyiddin kat pahang, n VIP ambik charted helikopter balik ke KL, n nasib malang kpd yg terhempas. Pas2 disensasikan sbb yg naik ada buat bisnes balak n ada ppuam skandal dgn mana2 VIP. Even berita 2 x sure betul ke x..tp konsep fitnah dah ada kat situ.

    So..style berita skrg...share berita yg nmpk sensasi, betul x betul lain cite (yg possible jatuh fitnah), sbb tajuk muka depan pun letak tanda ? supaya play safe. Esok nanti keluar cite 'PM gay?'...just buat tajuk sensasi tp x sure betul ke x sbb letak tanda ?. Janji byk reader, view, share....jaja fitnah serupa dah sebati dlm dunia berita skrg. X confirm betul dah gebang satu malaysia serupa mcm betul.

    BalasPadam
  8. Panas mana-mana jurnalis yg baca entri ni...hahaha

    BalasPadam
  9. betultu kosmo dgn metro selalu sangat celup cerita dri blogserius, lepastu dia tambah2lah skit.

    BalasPadam
  10. Off topic sikit. Noob aku suka cara kau berfikir. Boleh tak kalau kau listkan filem matsaleh wajib tonton kau. Aku nak download.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob mana minat mat salleh. Dia peminat setia awex jepang mcm sora aoi ..

      Padam
    2. sapa sora aoi???

      Padam
    3. sorry bro. aku jarang tengok movie dah sekarang. kalau tengok pun aku cuma tengok filem2 yang mainstream macam filem2 superhero, adventure macam hobbit dan lotr, sci-fi macam star wars dan star trek, filem psiko macam saw dan human centipede, filem2 hantu dan lain2 action movie.

      sekarang ni aku lebih banyak baca manga daripada tengok movie. kalau dulu aku rajin main game rpg, dan aku rasa game2 rpg oldies macam chrono trigger dan final fantasy 7 lebih deep dan menyentuh hati dari tengok filem.

      Padam
  11. kalo berita sukan EPL tu seketul amek dari Soccernet..

    BalasPadam
  12. Headline depan - kutuk Anime Manga dan bagai
    Muka surat paper kat dalam - puji industri animasi Jepun, Malaysia pun nak join sekaki (piirah!...)

    Headline depan - Permainan video bahayakan kanak-kanak
    Muka surat di dalam - Malaysia mampu jadi hab permainan video pada tahun 2030

    Headline depan - Photoshoot yang berahi
    Muka surat di dalam - Kak Tasha menaruh harapan sambil tayang badan pulak


    Paper tabloid memang macam tu.

    BalasPadam
  13. Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...