Iklan Leaderboard

Khamis, 2 April 2015

27 Cara Jerman kutip dan manfaatkan cukai pendapatan

Semalam saya telah post satu status di Facebook page saya mengenai cukai. Anak saya Khaleef yang baru berusia 6 bulan telah menerima surat dari pejabat cukai yang telah memberikan nombor pengenalan cukai khas kepada beliau untuk digunakan apabila beliau dewasa nanti. Saya turut bercerita secara ringkas tentang manfaat yang diterima oleh pembayar cukai disini seperti kos sara hidup yang agak rendah, lebuhraya tiada tol, elaun bulanan bagi yang tidak bekerja yang mana menjadi faktor utama kepada ketiadaan kadar jenayah seperti meragut, merompak dan sebagainya.

Post tersebut telah mendapat respon yang luarbiasa dimana ramai yang memberi maklumbalas dan komen tentangnya. Kebanyakannya membandingkan dengan sistem percukaian di Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, ada yang sanggup dan ada yang tidak, ada yang menyokong kerajaan dan ada yang membenci kerajaan dan macam2 lagi.

Jadi di sini saya cuba memberi kupasan ringkas namun secara lebih lanjut tentang sistem percukaian di sini dan manfaatnya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara Jerman ini.


Siapa dikenakan cukai?

Secara amnya setiap rakyat atau sesiapa yang tinggal dan bekerja di Jerman ini tak kira lah tukang sapu atau makcik penjual sayur berpendapatan melebihi €800 tetap dikenakan cukai cuma ada segelintir yang tidak dikenakan cukai seperti pegawai diplomat asing dan ada yang lain yang saya tidak tahu.

Setiap individu di Jerman akan mempunyai nombor identiti cukai yang diberikan khas setelah lahir. Seperti yang diterima oleh anak saya Khaleef ketika beliau baru memasuki usia 6 bulan. Nombor tersebut telah direkodkan di dalam sistem percukaian negara dan apabila Khaleef ingin bekerja kelak, beliau perlu pergi ke pejabat cukai dan mendapatkan “Tax Card” atau kad cukai yang mana di dalam kad tersebut akan mempunyai butiran terperinci menegenai kadar cukai berdasarkan kelas 1, 2, 3, 4, 5 ataupun 6 yang membezakan orang bujang, berkahwin, mempunyai anak, tanggungan lain dan sebagainya.

Surat dari pejabat cukai yang memberikan nombor identiti cukai kepada Khaleef
Surat dari pejabat cukai yang memberikan nombor identiti cukai kepada Khaleef

Bagi orang seperti saya, harus terlebih dahulu pergi ke pejabat cukai untuk  mendapatkan nombor dan kad cukai tadi. Setiap majikan akan meminta kad cukai sebelum memberikan kerja kepada anda. Tanpa kad cukai maka anda tiada kerja. Teringat kisah mula-mula saya memohon kerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel, setelah ditemuduga saya ditawarkan kerja, namun setelah meminta butiran cukai (saya tidak tidak tahu) maka tawaran tersebut ditarik balik. Jadi saya harus ke pejabat cukai untuk mendaftarkan diri dan ditemuduga terlebih dahulu sebelum saya diberikan nombor dan juga kelas atau kategori cukai saya.

Berapakah jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar?

Terdapat beberapa jenis pemotongan yang dibuat setiap bulan yang merangkumi cukai pendapatan(Wage Tax)  iaitu :-
  • Cukai pendapatan itu sendiri (wage tax) – sekitar 19%
  • Cukai gereja – sekitar 9% (bagi yang beragama kristian)
  • Surcaj perpaduan (Solidarity surcharge) – sekitar 0.6%
  • Keselamatan sosial (Social Security) – sekitar 20%
  • Jumlah keseluruhan cukai+potongan lain yang wajib = 48.6% iaitu menghampiri separuh daripada pendapatan kasar bulanan.

Saya berikan contoh potongan bagi seorang jurutera muda yang bujang dengan gaji berjumlah €3,500 sebulan seperti dibawah:

German Wage Tax table

Bagi yang berkahwin dan mempunyai seorang anak pula, gaji bersih akan menjadi sekitar €2,450 sahaja. Mampukah mereka hidup dengan baki gaji sebanyak itu? Saya pernah membincangkan tentang kos sara hidup di Jerman. Sila baca di sini.

Dapat dilihat jumlah pemotongan cukai tersebut berjumlah €1,407.22 iaitu 40% daripada gaji kasar. Jumlah pemotongan bagi yang berpendapatan bawah dari €1,000 adalah sekitar 21% menjadikan pendapatan bersihnya sekitar €780. Sekiranya seorang pekerja sambilan yang bekerja sebagai pelayan setiap hujung minggu dengan gaji sekitar €450 pun tetap dikenakan pemotongan lain yang bukan cukai pendapatan.

Tiada siapa pun yang akan terlepas dari membayar cukai dan atau surcaj  ini yang dipotong terus setiap bulan oleh majikan anda.

Namun dihujung tahun nanti apabila penyelarasan cukai dibuat dan setelah segala pelepasan cukai dikemukakan maka lebihannya akan dipulangkan.

Manfaat yang diterima

Terdapat banyak manfaat yang diterima secara langsung atau tidak langsung melalui pemotongan cukai pendapatan ini. Manfaat ini boleh dilihat dari sudut ekonomi dan juga sosial dan ianya menjadikan Jerman ini sebuah negara maju dengan kuasa ekonomi terbesar di rantau Eropah ini.

Manfaat secara langsung

Manfaat ini dinikmati secara terus oleh rakyat atau pekerja di sini di mana mereka memperolehi:
1. Sistem penjagaan kesihatan yang terbaik.

Tiada klinik atau hospital kerajaan di sini yang ada cuma hospital swasta. Servis yang diberikan adalah terbaik yang mana semuanya dibiayai oleh insurans kesihatan yang dipotong dari gaji dan turut dicarum oleh majikan. Anda akan mempunyai perlindungan perubatan cukup komprehensif (mengikut piawaian antarabangsa) untuk membayar semua perjalanan ke hospital, doktor dan penjagaan pergigian asas dan ubat-ubatan yang ditetapkan dari farmasi.

2. Manfaat Pengangguran

Sekiranya anda hilang pekerjaan, anda akan dibayar 2/3 daripada gaji bersih terakhir anda setiap bulan sehingga anda mendapat pekerjaan baru.

3. Skim pencen

Setelah pencen ketika berumur 65 tahun, pencen akan dibayar setiap bulan berjumlah 70% daripada purata gaji anda.

4. Manfaat Kurang Upaya

Sekiranya anda menjadi seorang yang kurang upaya maka anda akan mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

5. Manfaat Kanak-Kanak

Setiap kanak-kanak yang lahir di Jerman layak mendapat “child benefit” berupa elaun tunai yang dimasukkan ke dalam bank setiap bulan berjumlah €184 (RM800) sebulan untuk setiap 2 anak yang pertama, €190 (RM 830) untuk anak ke-3 dan €215 (RM940) untuk anak seterusnya sehingga usia mereka 18 tahun atau sehingga usia mencecah 25 tahun sekiranya mereka masih belajar ketika itu.

6. Manfaat Ibu-bapa

Sekiranya seorang ibu atau bapa mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama 12 bulan bagi menjaga bayi yang baru lahir, elaun berjumlah 67% daripada jumlah gaji bersih akan dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan bagi menggantikan gaji yang tidak dapat semasa tempoh bercuti tersebut. Bagi ibu yang tidak bekerja juga akan menerima elaun bulanan sekitar €300 sebulan.

7. Pendidikan Percuma

Pendidikan percuma bermula dari tadika sehinggalah ke universiti.

8. Tiada cukai jalan

Tiada cukai jalan atau roadtax dikenakan terhadap setiap kenderaan yang dimiliki. Harga kereta pun murah.

9. Tiada Tol

Jaringan lebuhraya “Autobahn” tanpa had laju dan tanpa tol diseluruh Jerman.

Manfaat secara tidak langsung

Pelbagai manfaat lain yang diterima secara tidak langsung dinikmati oleh semua rakyat atau sesiap sahaja yang tinggal di Jerman ini. Antara yang paling ketara adalah:
1. Kos hidup yang lebih rendah.

Boleh dikatakan perbelanjaan sewa rumah di sini adalah sama seperti di Kuala Lumpur dengan kadar nisbah 1:1 di mana sekiranya sebuah apartment di Ampang dengan keluasan 900 kaki persegi disewa dengan kadar RM1350 sebulan, maka di Jerman pun kadar yang sama iaitu €1350 sebulan untuk apartment seluas itu. Namun begitu, kos barangan laian seperti bahan mentah makanan, pakaian dan sebagainya adalah lebih murah. Saya pernah emnulis dan membincangkan kos sara hidup tersebut dan anda boleh baca di sini.

2. Kadar jenayah yang sangat rendah

Adalah amat jarang untuk melihat, mendengar atau membaca laporan akhbar atau di sosial media tentang kes ragut, rompak, rogol dan sebagainya. Punca utama jenayah tersebut telah dikekang dari awal iaitu penggangguran, kemiskinan, dadah, minuman keras dan juga seks. Faktor tersebut yang akan menyumbang kepada kadar jenayah di mana-mana negara di dunia ini. Setiap pengganggur diberi elaun serendah €750 sebulan dan setinggi €1500 sebulan berdasarkan kes. Bagi penagih dadah, kedai khas menjual dadah disediakan bagi mengelakkan aktiviti gangsterism yang berebut kawasan bagi mengawal aktiviti pengedaran dadah dan pelacuran. Jadi tiada gangster yang menjual dadah dan tiada kes berbunuhan dan bertembakan. Aktiviti pelacuran turut dikawalselia agar tiada unsur gangsterism dan kes-kes rogol dapat dielakkan.

3. Keselamatan yang terjamin

Tidak perlu risau untuk berjalan kaki seorang diri pada pukul 3 pagi untuk balik ke rumah dari pejabat atau dari mana2 sahaja. Faktor yang dibincangkan di atas menjadi penyebab kepada jaminan keselamatan ini.

4. Hidup yang lebih berkualiti

Wang ringgit bukanlah segalanya bagi rakyat Jerman. Dengan kos sara hidup yang rendah bagi mereka, walaupun bergaji bersih sekitar €1200 sebulan adalah cukup untuk menampung kos hidup di sini. Jadi mereka tidak bekerja secara keterlaluan sehingga lewat malam dan sebagainya. Usai jam 5 petang semua beredar pulang dari tempat kerja masing-masing. Kedai-kedai mula ditutup pada jam 7  malam kecuali restoran dan kafe yg ditutup sekitar tengah malam. Pada hari Ahad, semua kedai ditutup kecuali restoran dan kafe bagi memberi peluang setiap orang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

———————————————————————————————————————–

Kesimpulannya – cukai adalah tanggungjawab nombor satu semua rakyat atau sesiapa sahaja yang tinggal di Jeman ini. Tanpa cukai, adalah mustahil untuk menjadikan Jerman sebuah negara yang maju. Cukai pendapatan adalah pendapatan ke-3 terbesar kerajaan selain dari cukai-cukai lain. Dengan hasil cukai yang banyak serta pengurusan cukai yang cekap, maka rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.

Banyak lagi cukai lain yg perlu dibayar oleh rakyat dan mereka yang tinggal di Jerman. Semua servis dan perkhidmatan adalah dikenakan cukai. Hantar kereta pergi servis turut dikenakan cukai. Beli barangan dapur atau barangan harian lain turut dikenakan cukai GST sebanyak 19%.

Selain itu sikap orang Jerman itu sendiri yang berusaha bekerja keras bagi membantu membangunkan ekonomi negaranya. Mereka tahu setiap rakyat ada tanggungjawab masing-masing dan mereka berusaha memenuhi tanggungjawab tersebut. Sikap mereka yang lebih “maju dan islamik“ membuatkan mereka mencapai status negara maju dan menikmati hidup yang berkualiti. Sila baca tulisan saya mengenai sikap “islamik” mereka di sini.

Tulisan ini adalah sedikit perkongsian informasi agar kita sama-sama beroleh pengetahuan. Saya tidak membuat perbandingan dengan negara saya Malaysia dan jauh sekali untuk melecehkan atau memburukkan sistem percukaian atau pentadbiran percukaian di sana. Adalah tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan Jerman yang telah 100 tahun kehadapan dari segi kemajuannya…dan kita kini sedang berusaha menuju ke arah ngara maju. Yang mana baik kita jadikan tauladan dan yang mana buruk kita jadikan sempadan.

Sanggupkah anda membayar lebih dari 40% daripada gaji anda setiap bulan untuk mendapat kemudahan serta menikmati hidup yang lebih baik? ENTAHLAH…I Dont Know!


Sumber artikel blog Khairul Abdullah.


* * * * * * * * * *

So, sanggupkah anda membayar lebih dari 40% daripada gaji anda setiap bulan untuk mendapat kemudahan serta menikmati hidup yang lebih baik?

Aku tak sanggup.

Pertama sebab gaji per kapita kita sangat rendah berbanding Jerman, dan gaji aku sendiri tersangatlah ciput sampai kalau nak kena bayar 1% pun rasa tak ikhlas.

Kedua sebab aku langsung tak percaya orang2 kita dari pemimpin sampailah ke macai. Nak menguruskan pendapatan negara pun gagal apatah lagi nak menguruskan hampir separuh dari duit gaji aku yang sedekah untuk cukai.

Ketiga, negara kita terlalu banyak tanggungan. Menteri berapa ramai, timbalan menteri berapa ramai, kroni berapa ramai, ali baba berapa ramai, ketua cawangan berapa ramai, macai berapa ribu, penjawat awam berapa juta, pesara berapa juta lagi, belum campur nak tanggung para pemimpin yang atas dari lapisan demokrasi berparlimen tu. Bayar cukai banyak2 pun last2 habis banyak untuk bayar tanggungan. Untuk manfaat pembangunan dan kebajikan rakyat macam Jerman tu last2 tinggal ciput je. Mungkin dapat up lah sikit BR1M jadi RM1200 setahun, atau bina satu lagi KLCC.

Keempat, sekali lagi, we live in a fucked up society. So tak kira lah kau tu menteri ke, pemimpin kampung ke, cikgu sekolah ke, ada pakai ketayap ke, pakai tudung labuh ke, pakai rambut gerbang ke, pakai baju kot blazer yahudi ke, aku takkan percaya sehingga aku benar2 kenal kau. Aku hanya percaya pada diri aku dan orang yang aku benar2 kenal sahaja.

Selagi benda2 basic macam masuk simpang bagi signal, buang sampah kat tong sampah, tepati masa, bagi senyuman pada pelanggan, tidak parking di parking OKU, tak bercangkung atas jamban duduk dan lain2 perkara asas pun ramai yang susah nak buat, nak harapkan orang lain dapat menguruskan 40% daripada gaji kita dengan baik dan amanah?

Ni nak urus GST pun kelam kabut, kejap barang ni tak kena kejap kena, kejap topup tak kena GST kejap kena, kejap cakap lain kejap buat lain, apatah lagi nak harapkan orang bayar cukai dengan lebih banyak?

Mentaliti kebanyakan rakyat kita bukan mentaliti kelas pertama macam rakyat2 negara maju seperti Jepun, US, Jerman, Rusia, Korea Selatan, UK dan lain2. So selagi mentaliti kita kekal di kelas ketiga, tambah lagi dengan pemerintahan kerajaan BN seperti yang ada sekarang dengan orang2 seperti Najib, Ahmad Maslan dan Hassan Malek dalam kabinet, maka jangan harap aku sanggup dan percaya.




tags: cara jerman cukai pendapatan manfaatnya di germany khairul abdullah income tax malaysia gst tak sanggup

27 ulasan:

  1. Bila bab cukai gst jadah nk di bandingkan dgn negara maju .. Tapi bila bab taraf kos idup rakyat & kebajikan rakyat xnak pulak diorang nk banding dgn negara maju mcm contoh diatas german ...

    Oh aku terlupa dkt german xda ameno .. Negara kapir tapi sistem yg diguna pakai utk rakyat lg bagus dari mesia pemimpin so called islam tapi sistem menjahanam & menyusahkan rakyat ...

    Aku ada baca dkt intenet.. singapore gst 7% tapi pendapatan perkapita rm 194juta setahun .. Mesia gst 6% tapi pendapatan perkapita 37juta setahun. What the fuck are u doing najib .

    Dkt fb najib dh byk sumpah seranah rakyat dkt kau ... Tapi aku percaya isu gst ni sekejap saja. Dkt2 PRU 14 nanti najib akan guna 1alat yg ckup power bernama BRIM. Bila terkena virus Brim org akan lupa apa yg berlaku sekarang & rakyat akan undi BN lg ..

    BN menang lg .. Begitu lah seterus nya sehingga hari kiamat. Rakyat Rela dibodohkan & di perbodohkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, nak mencelah.. German adalah negara yang tidak mempunyai agama namun Islam ada tersebar di sana.. Ini kata rakan saya di Bremen..

      Padam
    2. Singapore start gst bukan semalam atau 1 April, tp dr tahun 1992. Sejak buat GST, gov claimed that pendapatan per kapita menaik mendadak....

      Sy tetap dgn pendirian sy, sy x kisah GST dikenakan sbb sebelum ni sistem SST yg wujud rakyat rasa spt x wujud, bila ada GST beza sedikit still menjadi isu. Tp sy akui GST hampir melibatkan semua barang tp SST x semua brg dikenakan tax.

      Pendirian sy sbgi tambahan, bukan isu tax sy pertikaikan, cuma ketirisan duit rakyat yg still bocor n x manfaat sepenuhnya kpd rakyat.

      Padam
    3. Syamrin Sam, siapa kata Jerman adalah negara yang tidak mempunyai agama? Saya tinggal di sini sejak 1998. Penduduk di sini beragama kristian, juga islam kerana penduduknya yg ramai dari Turki.

      Padam
  2. Satu ulasan dan pendapat yang cukup cukup menarik. Saya sangat suka.

    BalasPadam
  3. Sgt setuju dgn ulasan kt atas terutama perenggan yg hujung2 tu.

    BalasPadam
  4. item no 2 tu, kalau sendiri letak jawatan bukan diberhentikan dapat jugakah elaun??

    BalasPadam
  5. di German ada tol, tapi cuma lori 7.5 tan keatas sahaja dikenakan tol utk guna lebuhraya.. tapi 2016 nanti di autobahn akan dikenakan, kadar tunggu 2016.. road tax takde tapi ada vehicle tax ataupun 'kraftfahrzeugsteuer' dlm bahasa German

    BalasPadam
  6. "we live in a fucked up society". Strong words, but I like. Sekarang ni memang susah nak percaya orang dengan sukahati lenggang kangkung mak enon.. Kejap cakap gitu kejap maksud gini, kejap gebang sana, kejap tuding sini.. Adoi ai.. poning kepalo den..

    Anyways, I like your response up there.

    BalasPadam
  7. malaysia kalau kerajaan bn tak songlap duit,x terlibat scandal cth lembu kak jat,pkfz,kapal selam,perwaja dll, gst 60% pun rakyat sanggup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro....BN ke PR ke sama saja kot....semua kentut sama busuk...semua macam cibai bila dapat jawatan (tapi ada yang bagus, aku tak nafi, rajin kerja untuk rakyat). Kalo nak tgk contoh yang macam cibai, ko cuba browse kat Youtube ke mana2 yang ada rakaman perbahasan dalam parlimen....ada yang bagus...ramai yang ke laut bila berbahas rang undang-undang...apa nak buat...pembangkang macam sial, lemah, lembik, maka hak rakyat tidak terbela langsung di Parlimen....kerajaan, lagi banyak duit lagi banyak membazir..............

      Padam
    2. anon macai 11:23 :takde satu huruf pun dlm ayat aku kata PR tu bagus ke apa. aku kutuk kerajaan bn membazir tp takde pun aku puji PR. bodoh betul

      Padam
  8. bila baca ayat "anak saya khaleef......" aku dah tau artikel ni bukan noob tulis sebab noob teruna tua xkahwin hari-hari pancut dinding je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoii...contoh fucked up member of society....bro Anon 10:50, ko tak baca betul2 ke sumber penulisan ni dari blog "Khairul Abdullah"? Orang macam ko lah yang selalu sokong atau bangkang dari longkang, tak kisahlah puak mana yang ko sokong...bukti rakyat Malaysia is living in a fucked up society dan bukti rakyat malaysia yang berfikiran kelas ketiga. SEKIAN.

      Padam
    2. apa yg hang merepek ni anon babi. aku cuma ckp aku perasan artikel ni bkn noob yg tulis yg hg merapu meraban sampai bangkang dr longkanglah, rakyat fucked uplah....yg fuck kat sini tu hang bodo sgt tak tau isu apa aku tulis tapi memandai nak reply

      Padam
  9. Sy just tertanya2....jika anda semua (especially anon) jadi PM, apa sistem cukai anda nak buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukai sedia pon dah cukup,kalu xde ketirisan dan pembaziran. Isu utamanya gst ni diwujudkan sebab nak bayar hutang BN yang boros berbelanja duit rakyat.Sebab duit dah kena joli dengan pak menteri,beli jet mewah baru,hutang 1MDB lg,kite rakyat kena bayar hutang dorg walau dapur kat rumah x berasap.

      Padam
    2. Sistem cukai lame tu dah lebih dari cukup..cuma duit tu ilang x tahu pergi kemana.

      Padam
    3. Noob.. kali ni aku respek ko giler2 sbb mmg petikan dari blog Khairul tu sesuai dgn keadaan sekarang. Blog dia menyebabkan aku terlantar di Kazakhstan dan Nigeria utk beberapa tahun. Asal nak ke Europe, lain plak jadinya.

      Fuckup up society adalah ayat yg paling sesuai dgn keadaan masyarakat kita sekarang. Ada perkataan yg lagi best jika dpt digunakan dgn baik utk gambarkan keadaan masyarakat kita yg sedang sakit tenat. Kita ni spesis dihidupkan dgn pelbagai snobbery yg suka kita guna utk trollkan org lain.

      Mmg keras bak kata Ezuddin. Masa aku belajar dulu, ada sorang budak India (datang dari golongan kaya di India). Tiap kali debate dlm kelas, biasalah accent Indian pekat sampai geng2 mat saleh gelarkan dia sbg accent snob. Dari awal sampai habis pengajian, sebutannya tak berubah. Mentang2 IELTS kat India, dia amik dan dapat Band 8. Check punye check, examiner IELTS pun India jugak.. rezeki dia la. Sampai mampos pun dia tak nak tukar accent at least ke BBC ka..

      Gitulah jugak dgn meleis2 ni.. dari atas sampai kebawah, snobnya sama saja. Tak nak berubah langsung. Sembang kencang, nak maju. Tapi sel2 otak kanan langsung tak berfungsi.

      Apapun tahniah dgn ulasan yg keras. Spot on bro..

      Padam
    4. *sori..fucked up

      Padam
    5. Sy ada dengar rintihan. ..sepatutnya cukai x kira GST atau cukai pendapatan adalah HARAM...sbb dah konsep membebankan rakyat. Pas2 cukai yg dibayar lebih nak senangkan hidup pemerintah. So muslim hanya bayar zakat, non muslim byr cukai.

      Apa komen anda? Tp kena GST byk digunakan di seluruh negara, more than 75% negara di dunia pki GST. Pas2 kita kata singapore pki GST sbb pendapatan mereka besar, so x terasa. Tp negara lain yg x kaya mcm indon, vietnam, filipina, kemboja semua still pki GST gak...so pemimpin diorg jugak sama bangang mcm pemerintah kita? Hmmm...

      Padam
    6. Ayam..kalo memerintah negara sekadar menieu negara lain buat sesuatu apa. Itu kerajaan bangang.

      Kalo budak sekolah meniru kawan semasa exam pun kita dah tak boleh terima yg kononnya budak itu cerdik mahupun pandai.

      Hanya pelajar lemah saja yg asyik kerjanya suka meniru dan malas berfikir. Begitu juga dgn kerajaan. Hanya kerajaan yg lemah suka meniru kerajaan lain dan tak reti nak berfikir sendiri.

      Padam
    7. Ape ape pun.. model sistem pemerintahan paling bagus kt mesia ni adalah daripada kerajaan pas kelantan. 2 yang kelantan maju dari segi rohani dan material yang dipimpin oleh ulama dan profesional yang disuluh dgn ilmu. Bn patut contohi atau akan berkubur selamanya....

      Padam
    8. Cuma non muslim pantang dgr PM kita dtg dari ulama. ..rela pemimpin sekular. Bg sy biar ulama yg takbir negara, basic agama dan 'bersih' dr isu moral dah ada..kemajuan cite no 2.

      Padam
  10. #Najib mental kelas ketiga

    BalasPadam
  11. Pekerjaan paling hina di Malaysia = menjadi Sultan ataupun Raja. Langsung x ada manfaat ataupun faedah kepada rakyat. Kerjanya cuma gelintir 2 butir telur sendiri. Makan minum dan segala belanja cuma guna hasil duit cukai dari setiap rakyat. Nak bercuti luar negeri, tauke2 Cina sedia hulurkan berpuluh malah cecah ratus ribu satu kepala. Habuannya ialah gelaran dan tanah2 hutan negeri untuk dibuat penyelidikan (baca: projek balak la..apalagi?). Punyalah celakanya hina mereka ini, anak beranak kaum kerabat diberikan elaun hasil kutipan cukai duit rakyat. Suruh toreh getah, ada reti ka?

    Patut la time cukai naik, kaum2 raja dan sultan senyap menikus jer. Rupanya duit cukai kita masyukkkk poket derang utk beli kenderaan mewah segala bagai belanja entahapa2 tanpa ada audit. Tang mana berjiwa rakyat pun, tak taulah. Mungkin dia singgah berak kat rumah kita kot boleh dikelaskan sbg berjiwa rakyat!

    Dah berzaman dah ratah dan pow duit rakyat dan hasil negara sesuka hati berbelanja yg bukan2. Langsung xpernah pikir nak minta halalkan setiap sen duit rakyat yg masuk poket derang anak beranak.

    Utk aku, segala duit cukai bahagian aku, jika disalahgunakan, memang aku tak halalkan.

    BalasPadam
  12. Melalui kesukaran dan memerlukan bantuan kewangan untuk

    * pinjaman korporat
    * individu atau pinjaman peribadi
    * pinjaman perniagaan
    * pinjaman pendidikan

    Anda boleh menghubungi kami dengan email ini: janeoluda@outlook.com dengan maklumat di bawah untuk memproses permohonan anda untuk sekurang-kurangnya € 5000 kepada jumlah maksimum € 50000000 pada kadar 2% tanpa cagaran atau pemeriksaan keselamatan.

    * Nama:
    * Alamat:
    * negara:
    * telefon:
    * umur:
    * pekerjaan:
    * kedudukan diadakan di tempat kerja:
    * Jumlah pinjaman:
    * Tempoh pinjaman:
    * Tujuan pinjaman:
    * Pendapatan bulanan:

    Yang benar,
    Jane Oluda
    CEO / MD
    Rumah kewangan Jane Oluda (JOFH).

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...