Jumaat, 17 April 2015

11 Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental

Seseorang yang mahu menjadi luar biasa perlu menjadi seorang Mental Warrior, bukan sekadar keyboard warrior. Mental Warrior atau Pahlawan Minda adalah kuasa fikiran teguh yang melindungi diri anda daripada pemikiran dan pengaruh yang negatif. Dengan hanya mengawal fikiran anda, anda dapat memotivasikan diri anda sepanjang masa walau apa jua rintangan yang ada.


Sebagai seorang yang Hebat dan Luar Biasa, kita harus bijak dan pandai mengawal minda dan mental kita. Jangan biarkan emosi mempengaruh dan mengawal pemikiran kita. Sekiranya terdapat suatu fikiran negatif yang cuba bermain dalam kepala anda, cepat-cepat lupakan dan fikirkan suatu yang lebih positif, dan anda akan tetap bermotivasi sepanjang masa.

Lindungi juga diri anda daripada juga daripada terpengaruh dengan pemikiran negatif dan orang yang negatif yang berada di sekeliling anda seperti:
  • Ah Bads
    Orang yang selalu bercakap buruk dan sentiasa bersangka buruk terhadap apa-apa sahaja. Anda bekerja keras, mereka kata anda mahu bodek boss. Anda buat sesuatu yang positif, mereka kata anda mahu menunjuk-nunjuk. Di dalam minda mereka hanya perkara yang buruk-buruk dan negatif sahaja.
  • Mr. Lose-Lose
    Orang yang tidak boleh melihat orang lain senang dan berjaya. Bagi mereka tiada konsep Win-Win atau Win-Lose, sebaliknya Lose-Lose di mana kalau dia tak boleh buat dan berjaya, maka dia akan pastikan anda juga tidak akan boleh buat dan berjaya sepertinya, yang akhirnya mereka akan tertawakan anda setelah anda menjadi sepertinya.
  • Mr. Cold Water
    Ketika anda sedang berkobar-kobar dan bersemangat untuk membuat suatu yang positif, mereka akan jirus anda dengan air sejuk dengan menyindir seperti "Tak payah poyo sangatlah rajin buat kerja, bos tak pandang, gaji bukan naik pun". Orang seperti ini akan merendah-rendahkan keupayaan anda dan cuba melemahkan semangat anda dengan mengatakan perkara yang anda lakukan pasti tidak akan berjaya.
  • Mr. Worry Virus
    Orang seperti ini terlalu banyak kerisauan di dalam dirinya sehingga menghasilkan tenaga negatif. Buat ini tidak boleh, buat itu tidak boleh, risau yang apa-apa yang cuba dilakukan tidak akan berjaya, akhirnya langsung tidak buat apa-apa. Mereka takut kepada sebarang perubahan dan sering berfikir "Aku tidak akan berjaya", "Aku tidak boleh melakukannya", "Jika aku buat mesti akan gagal".
  • Mr. Blow Up
    Orang ini sikapnya memang panas baran dan mudah meletup walau perkara-perkara yang kecil. Segala benda dia mahu marah. Anda cuba melakukan suatu perubahan, dia marah. Anda cuba memberi yang terbaik, dia marah. Anda cuba keluar dari kepompong, dia marah. Dia hanya marah dan marah kerana tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Adakah anda salah seorang daripada orang yang negatif ini? Adakah anda sering dikelilingi dengan orang-orang negatif seperti ini? Jika ya, elakkan diri dari orang-orang seperti ini agar anda tidak terpengaruh dengan tenaga-tenaga yang negatif. Namun janganlah mengganggap orang yang negatif ini orang yang jahat. Mereka tidak jahat, cuma mereka tidak berpeluang untuk mengubah diri menjadikan diri lebih positif dan bermotivasi.

Seperti seni mempetahankan diri, anda juga perlu mempunyai minda yang cekal bagi menghadapi fikiran dan pengaruh negatif. Dan dalam seni mempertahankan diri juga, anda perlu menggunakan tubuh badan anda untuk mengawal fikiran anda, seperti contoh gerakan menarik nafas, mata memandang tepat ke arah lawan, menggenggam tangan dengan kemas, membuat posisi kekuda, semua perbuatan tubuh badan anda sebenarnya berguna untuk membuatkan anda lebih fokus dan bersedia.

Lihat perbezaan posisi tubuh badan untuk 2 gambar berikut. Posisi di gambar pertama lebih santai dan relaks yang tidak memerlukan kekuatan dan fokus minda yang tajam.


Namun bagi mendapatkan minda dan mental yang lebih fokus dan kuat seperti di dalam sebuah perlumbaan, posisi badan perlu diubah seperti gambar berikut agar dapat membantu kita menjadi minda kita lebih fokus dan tajam.


Oleh itu jika anda rasa tiada semangat untuk belajar, bekerja atau melakukan apa-apa tugas, rasa mengantuk, bosan dan sebagainya, cuba ubah posisi dan gunakan tubuh badan anda untuk mendapatkan minda yang lebih cergas dan bertenaga, seperti bangun berdiri dan menarik nafas, gerakkan tubuh badan ke kiri dan ke kanan, buat tumbukan ke langit dan berkata, "Saya hebat!", "Saya boleh!" dan "Saya bukan seorang yang lemah!".


Siri Motivasi Peningkatan Diri:
  1. Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda
  2. Berubah menjadi insan yang Luar Biasa
  3. Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat
  4. Menghadapi Cabaran dengan tenaga positif
  5. Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan
  6. Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental
  7. Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan 
  8. Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga
  9. Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa



tags: kursus motivasi teaming for quantum growth performance training dr lawrence walter ng mental toughness kekuatan keteguhan ketahanan minda cancel-cancel go away negative thoughts and people 

11 ulasan:

  1. " Mereka tidak jahat, cuma mereka tidak berpeluang untuk mengubah diri menjadikan diri lebih positif dan bermotivasi." - Buasir Otak

    Ayat kau memang cukup husnudzon, PZ.

    BalasPadam
  2. npe mkin bosan artikel noob ni

    BalasPadam
  3. kalau artikel pasal politik laju je orang komen. lulz

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Hakikatnya, mmg btul pn.keadaan sekelilling pengaruh tbesar. Sbb tu, kdg2 org dah bjaya dlm kerjaya kdg2 akn bgaul dikalangan mereka shj. Mrk tidak mahu pengaruh negatif dari kalangan org 'kurang bjaya'.

    BalasPadam
  6. taknak ckp apa.. post yg menarikk.. hihi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.