Memaparkan catatan dengan label Prestasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prestasi. Papar semua catatan

Isnin, 20 Ogos 2018

6 Punca rakyat tidak gembira dengan kerajaan PH

Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan tempoh hari, banyak page di Facebook yang membuat undian untuk mengukur tahap kepuasan dan kegembiraan rakyat di alam maya atau netizen terhadap 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Hasil undian ini, rata-rata majoriti netizen tidaklah begitu gembira dan tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan hari ini selepas 100 hari.



Sabtu, 18 Ogos 2018

1 Kerajaan Pakatan Harapan selepas 100 hari

Maka semalam genaplah 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sejak 9 Mei 2018. Seperti yang umum tahu, semasa PRU14 PH ada mengeluarkan manifesto 10 Janji 100 Hari dalam Buku Harapan.  Selama 100 hari ini banyak yang telah kita lalui, dari hal-hal yang menggembirakan, hinggalah isu-isu yang mengecewakan.

Antara yang menggembirakan sudah pasti apabila kes dan skandal yang berkaitan bekas PM terdahulu Dato' Seri Najib Razak dibongkar satu persatu seperti kes 1MDB, rampasan duit dan barangan bernilai jutaan ringgit, penamatan dan peletakan jawatan pengurusan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, penangkapan Dato Jamal, penyitaan kapal mewah Equanimity yang terkait dengan Jho Low dan sebagainya.



Khamis, 23 April 2015

13 Rahsia ke arah Kepimpinan Hebat dan Luar Biasa

Ramai orang boleh menjadi ketua. Ramai yang boleh menjadi boss. Ramai juga yang boleh menjadi pemimpin, sama ada dengan lantikan mahupun dengan pilihan. Namun tidak semua boleh menjadi pemimpin yang Luar Biasa. Terdapat 4 rahsia untuk menjadi ketua atau pemimpin sebuah pasukan yang Super dan Hebat. Bagi menjadi pemimpin yang Luar Biasa, pertama sekali anda harus memenangi hati orang terutama mereka yang berada di bawah naungan anda dengan 4 teknik rahsia kepimpinan REAM.



Rabu, 22 April 2015

6 Komunikasi berkesan dengan Kuasa dan Tenaga

Semua orang boleh bercakap dan berkomunikasi, namun tidak ramai yang tahu berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Sebuah komunikasi kebiasaannya adalah komunikasi 2 hala, dan tujuan komunikasi adalah untuk mendapatkan tindak balas atau respon. Kegagalan kita untuk berkomunikasi dengan baik hanya akan menghasilkan tindak balas yang tidak baik.



Selasa, 21 April 2015

4 Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan

Setiap outcome atau hasil semuanya terkunci selagi belum dibuka kuncinya, oleh itu kita perlu mempunyai kunci yang betul untuk membukanya. Seseorang perlu sejajar atau tahu menggunakan Kunci dan Prinsip yang betul dan berkesan sepanjang masa untuk mengawal dan mendapat hasil yang kita mahukan.



Jumaat, 17 April 2015

11 Meningkatkan ketahanan dan kekuatan Mental

Seseorang yang mahu menjadi luar biasa perlu menjadi seorang Mental Warrior, bukan sekadar keyboard warrior. Mental Warrior atau Pahlawan Minda adalah kuasa fikiran teguh yang melindungi diri anda daripada pemikiran dan pengaruh yang negatif. Dengan hanya mengawal fikiran anda, anda dapat memotivasikan diri anda sepanjang masa walau apa jua rintangan yang ada.



Khamis, 16 April 2015

5 Lakukan tugas dengan Semangat Keghairahan

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita seringkali dilanda masalah, dan dengan menganggapnya sebagai masalah, kita memilih untuk menyelesaikannya dengan rasa tekanan, stress, tension, sehingga boleh menyebabkan kita terjurus untuk mengadu domba membuat complaint, memberi alasan yang negatif, menyalahkan orang lain, menikam belakang serta membuat fitnah.



Rabu, 15 April 2015

7 Menghadapi Cabaran membuka peluang

Dalam kehidupan kita seringkali dilanda pelbagai masalah. Masalah pembelajaran, masalah keluarga, masalah percintaan, masalah pekerjaan, masalah kewangan dan 1001 masalah lagi. Sebelum ini kita sering kali melihat sebuah masalah sebagai masalah, namun untuk menjadi seorang yang Luar Biasa, kita harus melihat masalah bukan sebagai suatu Masalah, tapi sebagai sebuah Cabaran.



Selasa, 14 April 2015

6 Jadilah seorang ahli pasukan yang Hebat

Sukar untuk kita bekerja bersendirian, malahan amat sukar untuk kita boleh mencapai suatu kejayaan dan kegemilangan secara berseorangan. Disebabkan itu kita perlu bekerja dalam kumpulan, sebuah kumpulan yang akan menggerakkan usaha untuk mencapai suatu objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Itulah yang dikatakan Kuasa Pasukan atau Team Power.



Khamis, 9 April 2015

9 Berubah menjadi insan yang Luar Biasa

Setelah mengenalpasti Pattern atau Tabiat kita terutama tabiat yang lemah dan buruk, untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya, pasti kita akan mencari jalan untuk mengubah dan memperbaiki lousy pattern tersebut. Akan tetapi, bagaimana untuk menjadi seseorang yang ExtraOrdinary atau Luar Biasa? Nampak macam sangat sukar, tapi sebenarnya agak mudah. Berikut adalah beberapa panduan dan kaedah untuk menjadi seorang yang luar biasa:



14 Kenalpasti Pattern/Corak dalam diri anda

Pattern, dalam bahasa Melayunya corak atau pola. Ciri-ciri biasa bagi sebuah pattern adalah berulang-ulang atau repetitive. Kita biasa melihat suatu pattern ini secara visual di mana-mana sahaja sama ada di wallpaper dinding rumah atau pejabat, pakaian, beg tangan, kerusi, meja, lantai mozek, permaidani dan lain-lain lagi. Namun, tahukah anda yang kita juga telah menjalani sebuah kehidupan rutin yang berpola yang berulang-ulang yang kita sendiri kadangkala tidak perasan? Ya, itulah yang dipanggil sebagai tabiat atau habit.