Iklan Leaderboard

Ahad, 8 April 2018

3 Ringkasan Manifesto Pakatan Harapan PRU-14

Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto PRU14 di Ideal Convention Centre (IDCC) pada awal bulan lepas. Pelancaran manifesto bertemakan 'Membina Negara Memenuhi Harapan' tersebut dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya menggabungkan empat parti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Ia turut menggariskan lima teras utama, iaitu meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik, merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Selain itu ia turut memberi perhatian kepada 10 janji dalam tempoh 100 hari, 60 janji dalam tempoh lima tahun dan lima iltizam khusus.

Berikut adalah intipati manifesto Pakatan Harapan untuk tatapan pembaca:

10 JANJI 100 HARI: Dalam 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, kami akan melaksanakan 10 perkara yang berikut:
  1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar
  3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA
  4. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah
  5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
  6. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
  7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
  8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963
  9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
  10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

TERAS 1: MERINGANKAN BEBANAN KEHIDUPAN RAKYAT

  • Janji 1: Menghapuskan GST
  • Janji 2: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat
  • Janji 3: Berkongsi kekayaan negara secara bersasar
  • Janji 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa
  • Janji 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda
  • Janji 6: Menghapuskan kutipan tol
  • Janji 7: Menyediakan subsidi minyak bersasar
  • Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam
  • Janji 9: Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan
  • Janji 10: Menjamin keperluan makanan asas rakyat dan menjaga kebajikan petani


TERAS 2: MEREFORMASI INSTITUSI PENTADBIRAN DAN POLITIK

  • Janji 11: Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya
  • Janji 12: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri
  • Janji 13: Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji
  • Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah
  • Janji 15: Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara
  • Janji 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen
  • Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya
  • Janji 18: Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti
  • Janji 19: Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan
  • Janji 20: Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani
  • Janji 21: Memperkasa perkhidmatan awam
  • Janji 22: Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa
  • Janji 23: Memastikan sistem perolehan kerajaan menjana faedah maksimum untuk wang rakyat
  • Janji 24: Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme
  • Janji 25: Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan
  • Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia
  • Janji 27: Menghapuskan undang-undang yang zalim
  • Janji 28: Membina generasi muda yang kreatif dan bebas daripada cengkaman kezaliman
  • Janji 29: Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan


TERAS 3: MERANCAK PERTUMBUHAN EKONOMI YANG ADIL DAN SAKSAMA

  • Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa
  • Janji 31: Merangsang pelaburan serta mempermudah proses perniagaan dan perdagangan
  • Janji 32: Memperkenalkan sistem percukaian mesra rakyat dan mesra usahawan
  • Janji 33: Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama
  • Janji 34: Meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak
  • Janji 35: Menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti
  • Janji 36: Melaksanakan KWSP untuk suri rumah
  • Janji 37: Menjamin kesejahteraan rakyat jangka panjang
  • Janji 38: Membela nasib Orang Asal di Semenanjung Malaysia
  • Janji 39: Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar


TERAS 4: MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK BERTERASKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963

  • Janji 40: Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963
  • Janji 41: Memastikan ekonomi Sabah dan Sarawak berkembang dengan lebih pesat demi kemakmuran hidup rakyat seluruhnya
  • Janji 42: Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anak-anak Sabah dan Sarawak
  • Janji 43: Menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model masyarakat harmoni
  • Janji 44: Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan
  • Janji 45: Membela nasib penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman
  • Janji 46: Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sabah
  • Janji 47: Desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak
  • Janji 48: Memulangkan dan menjamin hak tanah adat Sabah dan Sarawak


TERAS 5: MEMBINA MALAYSIA YANG INKLUSIF, MODERAT DAN GEMILANG DI PERSADA DUNIA

  • Janji 49: Menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat
  • Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi
  • Janji 51: Membela nasib golongan OKU
  • Janji 52: Memerangi jenayah dan gejala sosial
  • Janji 53: Mendokong keutuhan institusi keluarga dan kejiranan
  • Janji 54: Memperkasa institusi kemasyarakatan, masyarakat sivil dan keusahawanan sosial
  • Janji 55: Mempelbagai ruang aktiviti golongan muda
  • Janji 56: Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat
  • Janji 57: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya
  • Janji 58: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya
  • Janji 59: Memimpin usaha menyelesaikan konfik Rohingya dan Palestin
  • Janji 60: Memartabatkan peranan Malaysia dalam institusi antarabangsa


5 ILTIZAM KHUSUS

1. ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA FELDA
  • Menghentikan penyelewengan, mengembalikan kegemilangan dan memodenkan FELDA
2. ILTIZAM KHUSUS UNTUK MASYARAKAT INDIA
  • Memastikan hak saksama, keadilan dan keharmonian untuk kaum India
3. ILTIZAM KHUSUS UNTUK WANITA
  • Menjaga kebajikan, kesihatan dan hak wanita
4. ILTIZAM KHUSUS UNTUK ANAK MUDA
  • Mengasah bakat dan mencipta peluang untuk anak muda
5. ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA EMAS
  • Mengiktiraf jasa, budi dan pengorbanan warga emas

Muat turun buku Manifesto Pakatan Harapan untuk PRU-14 versi penuh di sini.
Muat turun versi infografik di sini.


Lain-lain artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: manifesto akujanji pakatan harapan ph pr rakyat pkr dap ppbm bersatu pan pilihanraya pilihan raya umum pru 14 intipati sorotan ringkasan


3 ulasan:

  1. manifesto masing2 kemain lagi..bila dah dapat hilang smua..haha

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Buku Harapan ni ada dijual atau boleh dapat di mana2 ke? t.kasih

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...