Ahad, 8 Januari 2017

4 Subsidi BR1M dan manfaat kepada yang tidak layak

BR1M.

BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bukan benda baru, dah 5 tahun pun pelaksanaannya. Dah 5 tahun dah kerajaan bagi duit bantuan kat rakyat yang layak. Dah 5 tahun pun nilainya meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun aku dah tulis beberapa artikel tentang BR1M sebelum ini, tapi aku tulis sekali lagi memandangkan isu ini menjadi panas semula dalam beberapa hari ini. Penerangan ini bukanlah nak suruh korang undi kerajaan atau ubah ideologi politik siapa-siapa pun. Kalau yang mana memang dah sokong pembangkang, boleh teruskan je sokong pembangkang lepas baca artikel ini, takde masalah pun.

Aku cuma nak jelaskan apa yang sepatutnya kita semua faham tentang BR1M dan subsidi. Kalau korang faham dan mahu orang lain pun faham, boleh kongsikan artikel ini. Kalau korang faham tapi tak nak orang lain faham, tak perlu kongsikan artikel ini. Kalau korang tak nak faham pun, abaikan sahaja apa yang aku tulis ini sebab memang agak panjang, so kalau nak menganjing aku boleh komen TL;DR je. Tapi kalau korang baca walaupun tak setuju, sekurang-kurangnya korang ada bahan untuk buat sembang dengan kawan pejabat masa tengah lunch.


Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan iaitu Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah memberi kenyataan mengenai beberapa perkara tentang ekonomi negara, BR1M dan GST dalam sebuah sidang media di Kementerian Kewangan. Laporan berita penuh tentang kenyataannya adalah seperti berikut:

Dalam banyak-banyak kenyataannya, ada satu point utama yang dijadikan bahan kecaman dan jenaka oleh netizen, iaitu tentang orang miskin beli barang keperluan tiada GST serta cadangannya untuk guna BR1M beli kereta Proton Iriz dan jadi pemandu Uber untuk menambah pendapatan.

Pada aku apa yang beliau cakap itu cuma cadangan alternatif untuk penerima BR1M menambah pendapatan dan bukan paksaan. Cuma mungkin cadangan itu dinilai agak mengarut oleh netizen kerana duit BR1M hanya boleh bayar duit muka sahaja, bulan-bulan tetap kena bayar sendiri. Amboi, kalau bayar duit kereta bulan-bulan kerajaan tanggung aku pun nak.

Aku rasa tak semua dasar dan tindakan kerajaan itu salah dan tak betul, seperti contoh BR1M. Dari satu sudut, pada awalnya aku tidak bersetuju tetapi kini aku bersetuju dengan perlaksanaan BR1M walaupun aku tak layak dapat pun selepas faham tentang sistem subsidi negara kita. Lagipun yalah, kalau tiba-tiba korang dapat RM1,200 setahun free-free je, siapa tak nak kan? Dah macam dapat bonus tahunan dari majikan walaupun tak kerja dengan dia.

Cuma pada aku yang menjadi masalah adalah cara komunikasi dan penyampaian maklumat dari kerajaan kepada rakyat tu yang tak berapa kena dan perlu diperbaiki sebab sekarang ini persepsi sebahagian rakyat terhadap kerajaan memang teruk. Kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut menteri dan pegawai tinggi kerajaan adalah dari point of view mereka sendiri tanpa melihat dari sudut pandang rakyat marhaen terutama yang berpendapatan rendah.

Menteri bagi cadangan pelik dan bagi alasan sikit habis kena troll, pegawai tinggi kerajaan bagi kenyataan mengarut sikit habis kena kecam, kakitangan kerajaan buat salah sikit habis kena maki. Maka nak tak nak, segala dasar dan tindakan yang kerajaan buat perlulah disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan jelas agar rakyat pun tidak salah faham, salah tafsir lalu membuat persepsi dan andaian sendiri.

Yang paling penting jangan berjenaka atau berseloroh, seperti mansuh subsidi untuk kurangkan penyakit diabetes la, ekonomi masih baik sebab Starbucks masih penuh la, kerana dalam banyak-banyak kenyataan yang dikeluarkan, jenaka dan seloroh yang terpacul dari mulut itulah yang akan dihighlight dan dijadikan tajuk utama atau headline beberapa akhbar sebagai clickbait lalu membentuk persepsi buruk dalam minda rakyat yang hanya gemar membaca tajuk berita berbanding isi penuhnya.

So tentang BR1M, pada aku berikut adalah apa yang sepatutnya dimaklumkan kepada rakyat agar semua orang lebih faham dan jelas tentang BR1M:

1. Sebelum ini banyak barang keperluan asas diberi sedikit subsidi daripada kerajaan seperti minyak petrol, makanan, bahan mentah dan sebagainya. Seperti contoh, subsidi yang kerajaan pernah bagi sebelum ia dimansuhkan pada tahun 2014, untuk 1 kilogram gula adalah 34 sen sahaja. Maka harga gula yang sepatutnya dijual RM2.84 sekilogram, hanya dijual RM2.50 sekilogram kerana kerajaan dah subsidi 34 sen.

2. Kalau sebulan seorang beli 2 kilogram gula, maka subsidi gula yang kerajaan bagi kat dia hanya 68 sen sebulan. Kalau setahun dia hanya dapat RM8.16 untuk subsidi gula. Kalau orang berpendapatan rendah mungkin beli gula lagi sikit sebulan, orang berpendapatan tinggi mungkin beli lagi banyak gula sebulan, peniaga makanan seperti restoran, gerai dan kedai kek pula mungkin beli lebih banyak gula sebulan. Mereka semua beli gula di kedai yang sama dengan harga yang sama, takde beza pun.

3. Maka dalam hal ini, siapa yang paling banyak dapat manfaat dari program subsidi ini? Adakah orang miskin, orang kaya atau peniaga? Adakah program subsidi itu adil dan mencapai matlamat asalnya jika orang kaya dan peniaga yang lebih banyak dapat manfaat?

4. Sistem subsidi yang kerajaan guna sebelum ini adalah subsidi pukal, di mana subsidi diberi pada barang, bukan pada kumpulan orang tertentu. Ini bermakna tanpa mengira tahap ekonomi seseorang itu, lagi banyak seseorang itu membeli barang bersubsidi, lagi banyak subsidi yang dia dapat. Ini termasuk juga orang miskin, kaya, peniaga, warga asing, bukan warganegara dan sebagainya.

5. Kerana kelemahan ini, kerajaan menukar sistem subsidi dari sistem subsidi pukal kepada sistem subsidi bersasar, iaitu mansuhkan subsidi yang diberi pada barang dan bagi terus subsidi secara tunai kepada orang yang layak, yakni rakyat yang berpendapatan rendah. Maka muncullah BR1M.

6. Sebenarnya BR1M itu adalah gantian subsidi pukal yang ditarik dari barang itu, tapi ramai tak sedar. Mereka ingat BR1M adalah bantuan saja-saja atau rasuah. Bukan, BR1M adalah subsidi bersasar penganti kepada subsidi pukal, itu yang orang kena faham.

7. Sebab itu pada aku sepatutnya nama BR1M tu sepatutnya ditukar kepada Subsidi 1Malaysia, kerana orang Malaysia mahu dengar perkataan subsidi tu. Subsidi yang ditarik, maka perkataan subsidi jugalah yang perlu digunakan, baru mereka faham. Bukan semua orang rajin membaca atau mahu memahami.

8. Dan pemberian bantuan tunai BR1M itu juga bukanlah bermaksud ia dapat menampung keseluruhan perbelanjaan membeli barangan. Ia sebenarnya hanya untuk menampung jumlah subsidi yang hilang dan ditarik balik, itu sahaja pun.

9. Contohnya jika harga minyak masak sebotol dengan subsidi adalah RM8, bila subsidi dihapus maka harga minyak masak jadi RM10. So bantuan tunai ini bukan bermakna ia digunakan untuk cover harga RM10 tu, ia cuma digunakan untuk cover harga subsidi yang telah hilang itu iaitu RM2 itu tadi agar kumpulan sasaran masih boleh beli minyak masak dengan harga bersubsidi iaitu RM8.

10. Tapi sebab ia dah diberi secara lump sum untuk setahun, so pandai-pandailah penerima nak urus macam mana duit subsidi tu. Nak tampung sikit-sikit pembelian barang keperluan asas ke, nak guna buat bayar roadtax dan insurans kereta ke, nak simpan dalam ASB ke, nak beli smartphone baru ke, lantak la nak manage macam mana. Takkan sebab korang cepat habiskan duit BR1M pun nak salahkan kerajaan cakap BR1M tak cukup?

11. Maka bila PM kata BR1M cukup untuk setahun, bukan bermaksud BR1M itu cukup untuk menampung kesemua perbelanjaan kita untuk setahun, ia hanya cukup selama setahun untuk menampung subsidi yang hilang pada barangan. Kalau kita kira untuk keseluruhan barangan, bagi RM5,000 setahun pun takkan cukup. Malah subsidi melalui BR1M itu kalau diikutkan lebih banyak nilai yang orang miskin dapat berbanding guna subsidi pukal pada barang.

12. Yang lain itu, kita kenalah bekerja untuk memperolehinya untuk menampung sendiri perbelanjaan kita dari segi keperluan, kemahuan dan kemampuan. Bagi golongan yang benar-benar susah, miskin, fakir, OKU dan mereka yang layak, disamping dapat bantuan BR1M ini, boleh juga mohon bantuan di jabatan-jabatan kebajikan serta pusat zakat, dan jika layak, anda akan mendapat bantuan tunai lagi secara bulanan.

13. Cuma satu yang kerajaan perlu tackle juga sebenarnya adalah golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Kerana apa? Kerana mereka yang paling rasa diabaikan. Mereka bayar cukai pendapatan lebih banyak dari orang berpendapatan rendah. Mereka bayar cukai GST lebih banyak kerana lebih banyak berbelanja dari orang berpendapatan rendah, tapi mereka tak dapat BR1M. Mereka rasa mereka banyak keluar duit untuk kerajaan tapi kerajaan tak bagi manfaat apa-apa untuk mereka.

14. Memang duit cukai rakyat kerajaan guna untuk tampung pendidikan anak-anak di sekolah kerajaan, menampung rawatan di hospital kerajaan dan sebagainya, namun perkhidmatan itu bukan semua yang rasa. Sekolah jika seseorang itu ada anak, hospital kerajaan bila seseorang itu sakit. Kalau orang yang tiada anak dan sangat jarang sakit pergi hospital kerajaan, mereka rasa cukai yang mereka bayar langung takde manfaat pada mereka. Nak kata dapat manfaat dari pembinaan jalanraya, diorang dah bayar cukai jalan. Lebuhraya pun kena tol lagi. Buat bangunan KLCC dan Putrajaya, mereka cuma boleh tengok je la.

15. Sebab itu kalau tengok netizen yang ramai bising kat media sosial tu orang yang berpendapatan sederhana dan tinggi terutama yang tinggal di bandar, kerana mereka rasa tiada give and take dari kerajaan, Yang mereka nampak hanya mereka yang kena give, give dan give. So kerajaan kena beritahu dengan jelas, nyata dan terang apa sebenarnya manfaat yang golongan sederhana dan kaya ini dapat hasil duit cukai mereka. Jangan asyik canang-canang BR1M sahaja kepada mereka kerana dah sah-sah mereka ini tidak layak dapat.

16. OK aku bagi contoh apa manfaat yang kerajaan boleh bagi pada mereka. Mereka mampu beli kereta, dan mungkin selalu tukar kereta dalam tempoh 3 4 tahun. So, mungkin kerajaan boleh kurangkan harga kereta yang agak tinggi tu? Lagipun ia memang ada dalam manifesto BN dalam PRU-13 kan nak turunkan harga kereta sampai 30%? PRU-14 dah tak lama lagi, kalau tak akhir tahun ini, tahun depan. Kalau tak jadi dilaksanakan, tak janji ditepati lah kan?

Baca juga artikel-artikel lama yang berkaitan di sini:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: br1m subsidi pukal bersasar beli iriz buat uber orang miskin beli barang tiada gst ksu mof irwan serigar

4 ulasan:

  1. Betul jugak tu. Golongan berpendapatan sederhana dan tinggi yang tak layak terima BR1M rasa macam tak dapat apa-apa manfaat

    BalasPadam
  2. tepat dan padat..aku harap ko boleh gantikan tempat menteri penerangan yang sampai sekarang tak berapa nak terang lagi bero..huhu

    BalasPadam
  3. Ibu Muniandy Hardianto11 Januari 2017 pada 3:25 PG

    Artikel yang berkualitas seperti biasa. Nice.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.