Iklan Leaderboard

Ahad, 15 Januari 2017

12 Kakitangan kerajaan usah hina majikan sendiri

Seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, digantung tugas dan diarah pulang.

Sumber berkata, pegawai itu digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut susulan kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook 'Wa Sengat Lu' malam kelmarin.


Katanya, pegawai berkenaan dijadual pulang ke tanah air pada Isnin ini.

"Tindakan tatatertib belum boleh diambil terhadap pegawai itu sehingga siasatan dan punca dia berbuat demikian dikenal pasti.

"Ada dua faktor perlu dikenal pasti iaitu sama ada pegawai berkenaan yang mengeluarkan kenyataan itu atau kemungkinan Facebook milik beliau digodam pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada BH, sebentar tadi.

Sumber berkata, pegawai berkenaan bukan bertugas bersama Kementerian Luar, sebaliknya PTD kementerian lain yang mengikuti kursus dan ditempatkan di Filipina sejak November 2015.

"Isteri dan anak kepada pegawai berkenaan dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, sehari sebelum pegawai terbabit," katanya.

Kementerian Luar dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan selepas siasatan dilakukan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, mengesahkan tindakan sudah diambil ke atas pegawai terbabit.

"Tindakan telah diambil. Pegawai diarah balik segera ke KL untuk tindakan tatatertib," katanya dalam entri menerusi akaun Twitter miliknya @DrAliHamsa.

Sumber Berita Harian.

Aku pernah tulis pasal penjawat awam dan media sosial dulu di sini - Penjawat awam usah guna media sosial sesuka hati.

Dia macam ni...

Dah tau kerja sebagai penjawat awam, tak kira la pegawai ke, kerani ke, cikgu ke, doktor ke, apa-apa sahaja, jauhkan diri dari membuat sebarang kenyataan berbaur politik atau yang buruk akhlak di media sosial. Tak kira la di Facebook sendiri ke, komen di status orang lain ke, tolong jangan.

Kau kena faham, sekarang ini majikan bagi kakitangan kerajaan adalah parti yang memerintah yang dipilih oleh majoriti rakyat yakni Barisan Nasional. Oleh kerana kau kerja dengan mereka, maka suka tak suka, kau kena buat kerja kau mengikut dasar yang mereka buat.

Mereka nak buat dasar 1Malaysia, kau kena ikut. Mereka nak laksanakan BR1M, kau kena buat. Mereka nak kurangkan subsidi barang, kau kena terima. Kerana apa? Kerana kau kerja dengan mereka. Maka apabila kau memberi komen dan kenyataan di media sosial yang bertentangan dengan dasar yang telah majikan kau tetapkan, maknanya kau tidak lagi mampu untuk mengikut arahan dan dasar yang mereka tetapkan. Apatah lagi kalau kau menghina, mencaci, mengutuk, memfitnah dan memburukkan majikan kau sendiri di media sosial, apa kau ingat majikan kau suka ke dengan pekerja seperti ini?

Jangan cakap kerja kerajaan, kerja swasta pun sama. Kau kerja dengan sebuah syarikat. Kau diambil bekerja untuk berkhidmat kepada mereka. Tapi dalam Facebook kau burukkan syarikat yang kau kerja, kutuk majikan kau, bantah polisi mereka, apa kau ingat majikan kau suka ke? Ya kau rasa kau berhak bersuara, tapi mereka juga berhak untuk memberhentikan kau.

Kau dah tak suka majikan kau, berhentilah kerja cari kerja lain. Majikan kau pun dah tak suka kau, terpulang la dia nak berhentikan kau dan cari orang lain yang boleh berkhidmat untuk mereka.

Tak dinafikan kerja kerajaan ini kau tak boleh sewenang-wenangnya bercakap buruk tentang kerajaan, membuat perbuatan tak bermoral dan sebagainya, tapi hak kau sebagai orang awam dan pengundi masih lagi bebas dan tiada sekatan. Bila bab kerja, ya kau kena berkhidmat untuk majikan kau, tapi bila waktu pilihanraya, kau masih ada hak untk mengundi mana-mana parti politik yang kau mahu jadikan majikan kau.

So kalau rasa tak puas hati sangat dengan kerajaan sekarang, masa mengundi nanti pilih je parti lain untuk dijadikan majikan kau. Tapi ketika dalam perkhidmatan nak tak nak kena la bekerja untuk mereka dan tidak berkata buruk terhadap mereka.

Simple je kan.

Seriously, kalau aku yang kena mesti aku rasa ralat dan menyesal gila. Orang lain dikenakan tindakan kerana songlap duit dan rasuah, kita kena tindakan kerana satu dua komen kat Facebook. Rasa tak berbaloi langsung disebabkan kita kutuk dan fitnah orang kat FB, ia terus memberi kesan buruk kepada kerjaya dan kehidupan yang perlu kita tanggung seumur hidup.

So penjawat-penjawat awam sekalian, berhati-hati ye bila guna media sosial tu. Tak payah nak kutuk orang sangat. Tak payah nak hina orang sangat. Tak perlu tunjukkan sangat ideologi dan kecenderungan politik anda kat media sosial. Kalau jadi apa-apa, anda kena tanggung seorang diri. Anda tidak akan diangkat sebagai wira pun, dan ahli politik tidak akan membela dan mempertahankan anda pun. Kalau ada pun hanya untuk kepentingan mereka sendiri, lepas seminggu dua tu senyap lah, anda yang kena hadapi seorang diri sepanjang hidup anda.

Yang penting tak perlu terjemahkan sokongan anda di Facebook, terjemahkan sahaja di kotak undi.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: pekerja penjawat awam kakitangan kerajaan ptd hina kematian adenan satem dipanggil pulang ketua menteri sarawak

12 ulasan:

  1. kesian no wonder kawan aku no komen pasal kerajaan bila dia start kerja kerajaan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt💨💨..arghhh lega baq hang..🙈🙊😹

      Padam
  2. Banyak pembangkang yang kerja kerajaan..lupa majikan siapa..ikut sedap mulut sudah binasa.

    BalasPadam
  3. Orang tua dah cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sendiri mau ingat bila dah kena, sedap-sedap jadi PTD, elaun keraian dapat, ditempatkan sebagai duta kecil di luar negara, starting pun gred 41, sekali kena turun pangkat! macam mana, kena buang? lagila nak kerja apa? meniaga? ingat senang, nak dapat RM800 bersih pun payah sekarang tolak itu ini, bersyukurlah pada yang ada kerja tetap.jaga kerja tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaa..bkn senang nk dpt kerja tuu..berpada2lah dlm memberi komen...oii noob mana pergi plain tuu ya..dah lah komen tk pernah nk siar..💐🌸🌹🌷

      Padam
    2. Jibai apa yg ko merepek ni ted gaynoff... Proot d muka ang ..

      -ted Jibbynoff-

      Padam
  4. Ilang kwn ilan deposit? Mana komen yg menhina nya. Xnampak pun mcm menghina. Lek ah jibby dlm status fb dia melambak org kutuk... chill bro..

    -teay yeamm jayy-

    BalasPadam
  5. KALAU BETUL MAMAT NI SALAH, BUANG JA BARU DIA TAU LANGIT TINGGI KE RENDAH...GAJI AMBIL TAPI MAKI MAJIKAN SENDIRI

    BalasPadam
  6. well said.
    kalau betul2 tak suka..biar tgn yg memangkah yg berbicara...

    BalasPadam
  7. Hah? Majikan haper duit kutipan datang dari rakyat. Super sensitif betul majikan yg perasan ni.

    Lupa pulak.. meleis.. kalo meleis, komen simple2 pun sudah cirit punya. Baik jadi kambing ja. Kebal sikit hati.

    BalasPadam
  8. tu lah pasal.. dizaman madey dulu ada org berani ckp bkn2.. silap hb tiba2 hilang je, tau2 dah kat kemunting kena isa.. kjaan najib ni liberal sgt tu sbb org pijak kepala..kdg2 ada baik juga cadangan DAP nak kurangkan separuh penjawat awam..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...