Sabtu, 21 Januari 2017

1 Setinggi mana pun darjat pasti akan kembali

KEMBALI

Dalam kebesaran darjat simpanlah kerendahan jiwa
Dalam kegembiraan hulurkan tangan pada yang kecewa

Dari Dia pada Dia kita akan kembali jua
Kelak di satu lapangan kita pasti akan bersua


Kelak di suatu masa tiada lagi amalan untuk disewa
Aku aku engkau engkau, tiada lagi istilah 'kita berdua'

Biar kitab ditimbang bimbang semoga kanan lebih utama
Mungkin tidak di sini sila cari aku di sana

Sementara masih di sini terus raih karunia
Halaman pengalaman karangkan di usia dunia

Jalankan amalan buang bualan yang sia-sia
Doa agar baik di sini di sana kelak kan bahagia

Nukilan: Ahmad Syahmi


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: kembali hulur tangan kehidupan dunia hidup hanya sementara lagu lirik rap puisi tinggi darjat

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.