Khamis, 19 Januari 2017

8 Motor kapchai di pusat bandar Kuala Lumpur

Beberapa hari lepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi cadangan untuk melarang motosikal kecil atau kapchai dari masuk pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyifatkan kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.


Baca berita sepenuhnya di MStar dan Utusan Malaysia.

Cadangan tersebut bukan sahaja mendapat tentangan daripada orang ramai, malah turut sama dibidas oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata jenis pengangkutan itu bukan antara penyumbang utama kepada pencemaran udara.

Rentetan dari itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan larangan motosikal kapcai daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sekadar cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju. Tengku Adnan berkata cadangan itu telah diputarbelitkan pihak tertentu.

"Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

1. Sebenarnya boleh je nak larang, tapi bagi alasan yang betul-betul dan munasabah, bukan alasan merapu seperti kurangkan pelepasan karbon. Jangan juga bagi alasan macam untuk kurangkan kesesakan jalan raya, kerana yang menyebabkan kesesakan ni kenderaan 4 roda, bukan motor.

2. Kalau kira-kira balik bawak motor kapchai ni kos minyak dia lebih murah dari naik pengangkutan awam. Malah ia bukan sekadar murah dari segi kos, malah lebih menjimatkan masa. Tak payah menunggu, lebih cepat nak sampai ke destinasi.

3. Untuk menguruskan kehidupan seharian, naik motor kapchai ni lebih efektif terutama bagi yang dah berkeluarga. Mudah nak hantar anak ke sekolah, nak pergi kedai, nak pergi kerja dan sebagainya. Sebab tu kalau diberi pilihan antara motor atau pengangkutan awam, orang lebih suka motor terutama bagi orang yang banyak komitmen yang perlu mengejar masa kerana pergerakan jadi lebih mudah.

4. Boleh je nak halang motor masuk KL tapi hadkan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Yelah KL tu kan besar, tak boleh la nak larang semua tempat motor tak boleh masuk. Mungkin di kawasan seperti Bukit Bintang, KLCC dan kawasan lain yang konon-kononya elit sangat motor kapchai tak layak masuk kawasan tu. Tapi kena sediakanlah kawasan tempat letak motor yang selamat di setiap kawasan larangan.

5. Larangan itu pula mungkin hanya pada motosikal persendirian sahaja, tetapi motor kapchai syarikat dibenarkan. Yelah, takkan posmen, mat despatch, penghantar pizza dan yagng sewaktu dengannya nak bawak motor besar atau kereta pulak hantar barang.

6. Aku rasa, menteri ini, sebelum bagi apa-apa cadangan dan alasan, fikir dulu sama ada cadangan ada alasan tersebut boleh mengundang ketidak selesaan rakyat.

7. Ini sendiri bagi cadangan mengarut -> cadangan dibantah rakyat -> batal cadangan kerana kita merasai nadi rakyat dan mendengar suara rakyat. Apakah?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: motor kapchai kapcai mungkin dilarang halang masuk pusat bandar bandaraya kuala lumpur cadangan tengku adnan

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. PrOoTt💨...arghhh lega baq hang..💢💥💦

      Padam
  2. 🌷🌸🌺

    Asalnya mereka mahu menyampaikan mesej kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi hajat kira-kira 15 aktivis siswa terbabit tidak kesampaian.

    Apa yang mampu dibuat hanyalah menaikkan sepanduk mereka ketika rombongan kenderaan rasmi membawa perdana menteri itu berlalu meninggalkan kawasan Universiti Malaya (UM).

    Mereka menunggu di pintu utama di bahagian Kerinchi namun kenderaan Najib tiba untuk majlis dialog bersama belia di Dewan Tunku Canselor dari pintu Petaling Jaya.

    Terdahulu, Anis Syafiqah dan aktivis lain berharap Najib memasukkan reformasi pentadbiran universiti awam sebagai satu daripada pelan transformasi 30 tahunnya yang dinamakan TN50.

    Anis Syafiqah berkata gesaan itu dibuat kerana perdana menteri sendiri berjanji untuk "mendengar suara" seluruh rakyat di negara ini.

    "Kita sudah dengar perdana menteri kata, beliau sedia mendengar suara seluruh rakyat. Beliau mahu melaksanakan dasar bottoms up (dari rakyat ke kerajaan).

    "Kalau ia benar-benar mahu dengar keluhan rakyat, mengapa tidak semua siswa dijemput ke majlis malam ini?" katanya.

    celahgelegar at 11:16 AM

    BalasPadam
  3. ayahanda rani dah kasi warning nak buat repot. baik dia tarik balik cadangan ni.

    BalasPadam
  4. Bila baca kata 'tambang pengangkutan awam yang berpatutan' aku macam buat muka WTF sikit. Sama ada dia tak pernah naik pengangkutan awam dan bayar sendiri ataupun dia terlalu sedap naik kereta besar dgn pemandu sendiri sampai lupa yang penyumbang pelepasan karbon terbesar di bandar besar Malaysia ialah kereta beroda 4. Hapuskan motosikal kapcai seluruh dunia sekalipun takkan dapat bantu mengurangkan pelepasan karbon. Menteri macam ni patut diajar elok-elok.

    BalasPadam
  5. Sebab ku nan ni tak pernah naik motosikal, sebab tu cakap merapu. Merasai denyut nadi rakyat KOnon, Piraah mabuk. aku ada 2 jenis motor, satu kapchai, satu lagi big bike.Big bike biasa bawa pada weekend. apa jadi kalau aku bawa pergi kerja, lagila jem, lagilah banyak duit aku habis, duit minyak big bike sama macam kereta, cuma tak bayar tol je ku nan!

    BalasPadam
  6. Huh! pengangkutan awam di Mesia ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

    Seperti KTM komuter tu, time perjalanannya bukan boleh percaya sangat ini cakap berdasarkan pengalaman 9 tahun travel Seremban-KL/ KL-Seremban.

    Adalah lebih baik naik kapcai sendiri.

    BalasPadam
  7. cuma nak cakap motosikal2 mat rempit babi yg suka berkurumun sekeliling kereta dengan niat nak mengacau (bila awek yg drive kereta sengsorang or ada couple dlm tu ddk kat front seat)boleh pegi mampus...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.