Iklan Leaderboard

Selasa, 3 Januari 2017

11 Aksi berani bahayakan diri itu cool atau bodoh?

Berkenaan isu beberapa orang belia lelaki dan perempuan memanjat perkataan gergasi IPOH dan juga kren di tapak pembinaan projek Pusat Konvensyen Ipoh, ada yang kecam, ada yang menyokong. Yang kecam kerana merasakan perbuatan tersebut kerja bodoh kerana membahayakan nyawa, yang menyokong pula kerana merasakan perbuatan tersebut berani dan cool.


Laporan berita TheReporter.

Laporan berita Astro Awani.

1. Jika ikut undang-undang, perbuatan mereka memang salah kerana memanjat tanpa kebenaran dan dianggap menceroboh.

2. Dari segi moraliti, aku boleh cakap agak salah sebab tindakan mereka boleh jadi influence atau pengaruh kepada orang lain untuk turut sama berbuat hal yang sama.

3. Tapi kalau nak kira berani tu memang sangat berani lah, memang tak dinafikan mereka ini semua mempunyai sifat yang sangat berani.

4. Cuma bagi aku level diorang macam mat rempit la. Mat rempit pun berani dan hebat berlumba, bezanya mereka berlumba tanpa kebenaran, tanpa mengikut saluran yang betul, tanpa perkakasan dan kelengkapan yang betul serta membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain.

5. Kalau apa-apa jadi pada mereka, bukan mereka sahaja susah tapi ramai orang susah kerana apa yang mereka buat tiada langkah penjagaan dan pengalawan keselamatan pun. Polis, ambulans, doktor, bomba dan lain-lain anggota penyelamat terpaksa bekerja untuk selamatkan mereka. Mak bapak, ahli keluarga, kawan-kawan, majikan pun susah. Pegawai keselamatan, pemilik premis, menteri, semua kena menjawab. Dan kau rasa, kalau jadi apa-apa masa tu, insurans akan tanggung?

6. Malah masalah akan menjadi lebih besar kalau tindakan mereka menyebabkan kerosakan terhadap premis tersebut lalu membahayakan orang awam.


7. Orang putih pun banyak buat kerja gila macam ni. Ada yang ikut saluran betul, ada jugak yang buat secara illegal. Sebab tu mamat spiderman yang panjat bangunan tu pun kena tangkap sebab dia panjat bangunan tanpa kebenaran.

8. Kalau nak buat juga tanpa kebenaran, silapnya cuma satu, upload video dan gambar kat media sosial. Yelah buat apa buat benda gila penat-penat bahayakan nyawa bagai tapi cuma sorang-sorang je tau, ye tak? Nanti rasa macam syok sendiri pula. So mestilah upload kat media sosial, nak kena orang lain tahu, nak kena tularkan.

9. Sama macam kau pergi explore satu kawasan dan terjumpa sebuah kawasan air terjun yang sangat cantik dan jernih yang tak pernah dimasuki orang lagi. Kalau kau bijak, kau takkan tularkan tempat tu, sebaliknya kau enjoy je tempat tu sendiri bersama rakan-rakan kau. Tapi sebab kau nak famous seminggu dua, kau pun tularkan kat Internet. Kesannya, tak sampai sebulan tempat tu jadi kotor dan penuh dengan sampah sarap

10. But still, kalau ahli keluarga aku sendiri yang buat kerja gila yang membahayakan diri ni, memang aku marah. Tapi korang kalau nak buat jugak, lantak korang lah. Berani buat berani tanggung. Jadi apa-apa aku tak perlu nak peduli pun sebab korang yang pilih jalan tu dan korang takde kaitan langsung dengan aku. Kita pun tak payah nak kecam lebih-lebih sampai nak maki hamun mencarut bagai.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: kerja gila panjat signage papan tanda besar perkataan gergasi ipoh naik kren lelaki perempuan bahaya gayat

11 ulasan:

  1. Ok..boleh buat calon bini tuu noob..💓💘👅

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoOoTtT !

      -ted ahmadnoff-

      Padam
  2. Aku sokong apa yang buasir otak cakap.. Bukan perbuatan tu salah tapi cari mereka tu yang salah. Kalau jatuh mati boleh masuk liang lahat sendiri ok la kan.. Ni kalau jatuh berkecai orang lain yang nak kutip mayat2 depa.. Berani yang tak kena pada caranya.. Kalau nak buat aktiviti macam ni perlu ikut saluran yang betul. Aku setuju budak2 macam ni level mat rempit jer... Berani tapi bodoh

    BalasPadam
  3. mereka ni terikut-ikut dengan orang luar negara ni..adeh.

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  4. Btl tu noob. Sama mcm mat rempit jer. Cuma diorg memanjat.

    BalasPadam
  5. keluar la ayat bodo japgi " ala tak mati pun "

    kalau kau mati camne ?

    BalasPadam
  6. Benda mengarut jugak yang diorang suka buat.

    BalasPadam
  7. saya bersifat neutral dalam hal ini. dan mungkin lebih ke arah 'menggalakkan'. sebab:
    1. ia sesuai utk adrenalin-junkie
    2. ia keluar drp kepompong keselesaan majoriti
    3. ia nakal tetapi in a good way

    BalasPadam
  8. baru perasan memang level mat rempit..huhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...