Iklan Leaderboard

Selasa, 10 Januari 2017

15 Skill bertaraf dunia, netizen bertaraf toksik

Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).

Gambar dari Harian Metro.

Berikut adalah video kemenangan beliau ketika menerima FIFA Puskas Award 2016 ini:


Berikut adalah video jaringan gol yang berjaya menjadi 3 terbaik bagi FIFA Puskas Award ini:


Sebulan lepas aku ada komen kat Youtube tu dan mendapat rating tertinggi.


Pada aku gol Faiz Subri memang patut menang bukan kerana semata-mata aku sama negara dengan dia, tapi kerana pada penilaian aku gol itu memang paling cantik dan terbaik antara ketiga-tiga jaringan yang menjadi finalis itu.

Kemenangan Faiz ini bagi aku amat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Siapa sangka orang Malaysia boleh berdiri sebaris dengan Cristiano Ronaldo, Alex Ferguson dan lain-lain tokoh bola sepak dunia malah menerima anugerah lagi.

Ramai netizen yang memberi ucapan tahniah, dan seperti biasalah, kalau dah nama pun orang Malaysia, ramai juga netizen yang memberi komen toxic di media sosial kerana pelbagai isu. Ada je benda yang tak kena, ada je benda yang nak dipertikaikan, ada je benda nak dijenakakan.

Ada yang cakap kenapa over sangat nak pakai busana melayu?
Kenapa tak pakai baju melayu pula?
Kenapa tak cakap BM?
Kenapa dia cakap Inggeris berterabur?
Kenapa FAM tak bantu latih BI dia?
Kenapa dia tak macam ni?
Kenapa dia tak macam tu?
Sepatutnya dia kena buat macam ni.
Sepatutnya dia kena buat macam tu.
Sepatutnya Najib yang menang.
Baju tu ada lambang salib... really?


Korang ni bising betul kan? Macam langau. Tin kosong.

Biar je la tuan punya badan nak buat apa pun. Korang tak payah nak beritahu apa yang dia apa yang dia patut buat. Yang menang dia, bukan korang. Ucap tahniah sahaja sudah. Yang penting dia bawa nama negara ke persada dunia. Dia nak pakai baju suit ke baju melayu ke biar lah. Kalau dia tak berapa fasih cakap BI pun, lantak la. Kau yang fasih cakap BI pun belum tentu pandai main bola sepak lencong sampai dapat anugerah dunia. Setiap orang ada kelebihan, kekurangan, kemahiran dan kepakaran masing-masing.

Sama je masa Harith Iskander menang ke, atlet dapat pingat Olimpik ke dan lain-lain kemenangan orang Malaysia di persada antarabangsa mahu pun peringkat kampung sahaja, pasti ada je komen toksik yang bodoh-bodoh dan mempertikai macam-macam.

Tahu sebab apa mereka boleh menang? Sebab mereka buat, korang cuma cakap.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: faiz subri menang anugerah puskas award fifa 2016 komen netizen sembang tin kosong langau ada saja tak kena pertikai

15 ulasan:

  1. kondem dan org kita berpisah tiada

    BalasPadam
  2. abaikan mulut-mulut longkang yang mengkondem faiz subri..yang penting dia dah mengharumkan nama negara kita..

    BalasPadam
  3. Yaa..tapi faiz patut tingkatkn lagi mutu permainanya..pretasi dia sekarang biasa2 jerr..sampai bila nk di kenali hannya dgn golll ajaib tuu..🏀⚾⚽🐱🌏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko igt senang nk dpt gol ajaib tu. ProoOootT d muka ang !

      -ted ahmadnoff bin sirosli-

      Padam
    2. sama je pemain lain yg tercalon utk gol tercantik, prestasi sepanjang tahun biasa je... anugerah ni utk gol tercantik aje..so dah rezki faiz la satu sepakannya menjadi gol yg tercantik ...

      Padam
  4. Pemikiran segelintir bangsa melayu masih lemah...pemikiran kolot,hasad dengki,perkauman,lucah,dan sebagainya. Kerana kecewa dgn sikap segelintir toxic ini aku nak melebelkan mereka ini sebagai Bodoh dan mempunyai IQ yang Sangat Rendah

    BalasPadam
    Balasan
    1. "mereka ini sebagai Bodoh dan mempunyai IQ yang Sangat Rendah"...
      betulll tu dah lama aku perati...

      Padam
  5. Tahu sebab apa mereka boleh menang? Sebab mereka buat, korang cuma cakap.

    well said.

    BalasPadam
  6. ada yang kontot akal tak boleh nak bezakan antara mikrofon dengan salib. ni jenis manusia tertular sakit hati melampau atau sakit jiwa melampau.

    BalasPadam
  7. Itulah yang menghairankan dengan sikap sebilangan netizen malaysia, buruk perangai, masalahnya, terlalu buruk dan busuk.

    BalasPadam
  8. Alah ni pemcapaian individu je xperlu nak berbangga sgt .. yg penting pencapaian pasukan sepakbola ..

    -Tayy yeamm jayy-

    BalasPadam
  9. teamwork is important!! remember that!!

    BalasPadam
  10. diorang dengki la noob. dah mmg itu rezeki faiz subri.

    netizen xtau la knp. mcm ada penyakit.

    BalasPadam
  11. mr prince noob, main hembus je kau ni kan, kiritikan ni membawa kepada sesuatu yg membina , ambik la dari sudut positif. come on la, mmg FAM reponsible dgn ap yg terjadi, fam patut training player untuk self-improvement bukan takat pandai main bola je.mcm mana nak ke pringkat internasional. ni salh satu bani melayu xsedar diri.pikir xhabis main hembus je. - Peserta Mencari RAMLI -

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...