Sumber |
Sumber |
Langkah2 ini diambil kerana sistem subsidi yang digunapakai di negara kita selama ini bagi aku adalah salah dan tidak adil atau kalau bak kata Ahmad Maslan, sistem yang bodoh, kerana ia hanya subsidi hanya memberi kelebihan kepada golongan yang kaya raya, maka sebab itu kerajaan mahu menukar sistem subsidinya dari memberi subsidi secara pukal kepada subsidi yang lebih bersasar kepada golongan yang betul2 memerlukan subsidi, salah satu kaedah adalah melalui bantuan BR1M.
Sebelum ini, aku pernah juga menulis mengenai masalah subsidi pukal dan solusi subsidi bersasar, dan entah kenapa, cadangan kerajaan untuk melaksanakan skim subsidi minyak ikut pendapatan individu macam sama dengan cadangan yang aku dah tulis dulu. Mungkin ada pegawai2 kerajaan yang terlibat dalam membuat dasar kerajaan baca Buasir Otak ni, so baguslah kalau macam tu.
Cuma, dalam memberi subsidi minyak di stesen pam minyak, ia juga banyak kelemahan dan boleh mengundang kepada ketirisan dan penipuan. Aku tak fikir rakyat kena tunjuk slip gaji setiap kali nak beli minyak, malah siapa yang fikir macam tu mungkin nak buat lawak atau memang bodoh. Kaedah yang paling sesuai hanyalah guna MyKad yang telah terkandung rekod kelayakan berdasarkan pendapatan atau Kad Subsidi. Namun antara kelemahan menggunakan MyKad untuk beli minyak:
- Orang yang tak layak atau layak dapat sedikit subsidi sahaja boleh pinjam MyKad kawan atau ahli keluarga yang layak dapat subsidi untuk beli minyak.
- Kereta2 orang kaya yang ada pemandu gunakan MyKad pemandunya yang layak dapat subsidi untuk isi minyak.
- Warga asing boleh guna MyKad warga tempatan untuk beli minyak walau nombor plat kereta sah2 dari Singapura atau Thailand.
- Bagi kenderaan syarikat atau perdagangan, macam mana nak tentukan sama ada mereka layak atau tidak diberi subsidi, adakah bergantung kepada siapa yang memandu kenderaan tersebut atau status kenderaan tersebut sebagai hak milik persendirian atau perniagaan?
So bila dah bagi subsidi minyak di stesen minyak melalui penyemakan MyKad, adakah bantuan BR1M akan ditarik balik atau dikurangkan pula? Sebab dah tentu perbelanjaan dan tanggungan kerajaan semakin meningkat. Sebab itu bagi aku cara yang terbaik untuk bagi subsidi minyak kepada golongan sasaran bukanlah ketika mereka naik isi minyak di stesyen minyak, tapi melalui pemberian tunai seperti BR1M macam aku dah tulis sebelum ini:
Jangan bagi BR1M setahun sekali, tapi sebulan sekali. Kalau BR1M nak bagi RM1200 setahun, bagi RM100 setiap bulan dan ianya masuk terus ke akaun bank rakyat yang layak macam gaji, sebab kalau bagi banyak setahun sekali, orang akan cakap duit tu sekejap je habis.
Kalau bagi mengikut bulanan, kalau habis RM100 bulan ni, bulan depan akan dapat lagi RM100. Memang nilainya sama jumlahnya kalau kira ikut tahun, cuma dari segi psikologi manusia, ia lebih efektif. Dan jangan lupa ubah namanya dari BR1M kepada Subsidi Minyak 1Malaysia (SM1M), barulah orang tahu yang bantuan tersebut adalah pengganti subsidi minyak pukal.
Dulu pun kita pernah bagi subsidi minyak secara tunai sekaligus kepada individu yang layak pada tahun 2008 pada zaman pemerintahan DS Abdullah Badawi masa harga petrol naik sebanyak 78 sen. Pada masa tu, kerajaan bagi bayaran rebet tunai kepada pemilik kenderaan mengikut kapasiti enjin (CC). Nak ambil rebet tunai tu tak perlu beratur panjang, tak perlu mengadap wakil rakyat, tak perlu buat majlis penyerahan, tak perlu telefon talian BR1M yang selalu engaged untuk tanya status, ambil je kat Pejabat Pos dalam tempoh yang telah ditetapkan. Bagi aku cara ni lebih efektif dan mudah dilaksanakan.
Akhir sekali, subsidi minyak untuk rakyat kena ikut pendapatan dan gaji bulanan, tapi menteri dan pegawai tinggi kerajaan masih dapat elaun minyak. Subsidi minyak dengan rakyat berkira bukan main, rakyat yang kena tanggung kesusahan, tapi orang2 kaya yang berpendapatan tinggi dalam kerajaan masih lagi dapat subsidi minyak dalam bentuk elaun. Mereka ini kumpulan sasaran juga ke yang perlu bantuan untuk beli minyak? Patut mereka juga sudah tidak layak dapat subsidi dan elaun minyak untuk mereka patut ditarik balik. Cukuplah dengan elaun2 lain yang sudah banyak tu.
tags: subsidi minyak petrol skim ron95 2015 ikut berdasarkan gaji pendapatan bulanan bawah atas rm5000 rm10000 tidak layak kelayakan sebahagian penuh pukal bersasar guna mykad kad pengenalan ic rebet tunai bantuan br1m elaun menteri pegawai kerajaan atasan tertinggi
firstttttttttttt!!!!!!!! :p
BalasPadamPemikiran bercelaru menghasilkan solusi yg bercelaru. Asal cadangan boleh mengkepalabutuhkan orang ramai, kerajaan main angkut saja sbb dah laksanakan segala sistem yang bercelaru.
BalasPadamGelombang haru biru mmg cenggini. Asalkan anak bini, kroni dan adik beradik hidup senang lenang, cadangan dari kepala taik mana pun senang2 diterima.
Mana ayam afrika nak datang cover idea bebal ko ni noob? Kat mana ada taik, kat situlah ada langau.
lu ni sembang je kuat tp satu idea pn xde... kosong... at least ayam dgn noob ada pandangan yg diorg nk sampaikan... berbanding dgn lu mcm tin kosong, bunyi je kuat tp isi habuk
Padamaku tau kau dengki sebab noob nih genius...
Padamron rooney ronaldo...
BalasPadamNapa susah payah sgt nak pikir mekanisme apa nak buat? Complicated giler kut...
BalasPadamOrg yg gaji lebih RM10K ni bayar cukai byk,tak layak BRIM dan tak layak subsidi.
Diorg ni bkn rakyat ke hapa?
Pastu mcmmana nak bandingkan dua org yg gaji RM10K tapi sorg tu anak sorg dan sorg lagi anak 10...
Be fair to everybody lah...dr susah payah pikir mcmmana nak menyusahkan rakyat,baik diorg cegah ketirisan dana kerajaaan...tiap tiap thn keluar audit tapi tak buat apa apa pun.
dalam mentadbir ekonomi ni..kau pusing la cmner pun.. kot tetap tak boleh fair untuk semua orang dengan mengambilkira semua pembolehubah yang wujud dalam ekonomi. setiap aturan yang dibuat, nak tak nak..ko kne abaikan beberapa pembolehubah yang lain dengan menganggap yang lain tu semua fixed. Harus diingat, dalam ekonomi tidak ada satu cara pun yang akan mengutungkan semua org dan meningkatkan ekonomi tnpa ada kesan buruk di sudut yang lain. Renung-renungkan.
PadamSetuju
Padammana entry ko tangan kekunci. komen pun sepatah je. puihh..
PadamHapus terus jer la subsidi minyak... nk buat tu nk buat ni... apa pun x blh... kata negara pengeluar minyak... bising lebih je la... standard 1 harga minyak... so xder sbb tauke nk naik harga apa jualan skali pun sesuka hati... sbb harga minyak tlah d standard kan... ni minyak naik maka harga brg naik... puihhh la
BalasPadamHapuskan subsidi minyak sepenuhnya..tapi up kan subsidi barang asas makanan...thailand min yak mahal mkn murah apa...tol pun takder kereta motor lagi murah dari bolehland
BalasPadamutterly stupid
BalasPadamNtahla. Bujang gaji RM4,000 layak BR1M. Kami anak 6, jumlah gaji suami isteri RM6,000 tak layak satu sen pun.
BalasPadamBukan ke klau rmei ank tu lg murah rezeki ke? Dah jgn nk merungut lg,gi beli kondom 10 kotak,lpstu claim duit beli kondom tu dari gomen.
PadamBodo. Bujang yg layak bwh rm 2500. Kl rm4000 tp still dpt maknanya dia menipu masa isi borang. Bukannya salah kerajaan kl pemohon menipu.
PadamPersonally. .sy x setuju pun guna mykad sbb nanti byk kes pinjam mykad kawan, anak, anak buah atau sape2 yg lyk subsidi penuh. .xpun kes mykad hilang lg byk. Better use other alternative. .tp apakn daya..even subsidi sepatutnya kpd golongan sasaran..tp org kaya raya pun nak subsidi gak n isi ron95. Citt!!
BalasPadamramai PTD follow blog ko noob..hehehe
BalasPadam"bak kata Ahmad Maslan, sistem yang bodoh, kerana ia hanya subsidi hanya memberi kelebihan kepada golongan yang kaya raya"
BalasPadamsapa yang bodo sebenarnya ni? dah golongan kaya raya bayar cukai pun tinggi, so takkan la tak entitle untuk dapat subsidi? owhhh orang tu kerja penat2 pagi petang malam bersengkang mata nak dapatkan projek juta2, kerajaan sedap je paw dengan cukai yang tinggi, tapi bila tang subsidi, eh elok pulak golongan ni tak layak dapat.. buduss