Beberapa minggu selepas jurutera veteran tersebut tidak lagi bekerja di situ, sebuah mesin pengeluaran utama yang besar yang merupakan nadi kepada pendapatan syarikat telah mengalami kerosakan. Ketiga2 jurutera baru itu cuba untuk membaiki kerosakan mesin tersebut namun gagal dan menemui jalan buntu.
Tiada pilihan lain, majikan syarikat tersebut menghubungi semula bekas pekerjanya iaitu jurutera
veteran tersebut untuk membantunya membaiki mesin itu, dan beliau bersetuju untuk membaikinya.
Petang itu, dia berjalan masuk ke kilang tersebut dan memeriksa mesin besar yang rosak itu. Lantas beliau mengeluarkan sebuah tukul yang besar dari begnya dan terus memukul mesin itu dengan tukulnya, lantas menyebabkan mesin besar itu hidup dan beroperasi semula. Kemudian beliau pergi meninggalkan kilang itu dan syarikat itu membuat keuntungan semula.
Keesokan harinya, pengurus kilang itu menerima sekeping invois di atas mejanya daripada bekas pekerjanya itu dengan jumlah harga RM10,000. Pengurus syarikat itu berasa marah kerana beranggapan yang bayaran yang diminta terlalu tinggi dan mahal, tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan jurutera veteran tersebut.
Jurutera veteran itu meyakinkan bekas majikannya yang ia adalah harga yang berpatutan dengan kerja yang telah dilakukannya. Tidak berpuas hati dengan bekas pekerjanya, pengurus syarikat itu meminta dia menghantar invois yang lain dengan butiran yang lebih terperinci, dan berjanji akan membayar jika butirannya munasabah dan masuk akal.
Maka bekas pekerjanya itu bersetuju dan menghantar invois yang baru, dengan butiran yang terkandung di dalamnya seperti berikut:
Tukul besi: RM50
Tahu di mana tempat yang perlu dipukul dengan tukul: RM9,550
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setiap barang mempunyai nilai, manakala pengalaman adalah suatu yang amat berharga dan tidak ternilai, namun ramai yang memandang ringan dan tidak menghargai mereka yang berpengalaman.
DeeDee Aila ...
BalasPadamGua takder pengalaman..... Hehehe
Takebeer!!
PadamDimana2 berlaku perkara sebegini. Aku tgk Senior Engineer (India, exp 24 thn) aku sbg contoh, boss (Melayu, baru masuk keje 5 tahun) selalu memperlekehkan dia didepan engineer2 lain. Padahal Sr Engineer ni la antara yg menyebabkan utama kompeni aku untung RM 2 juta sehari. Aku tau apa Sr Engineer aku buat, segala konfigurasi turbine, hanya dia sensorang yg tau dan cekap buat snippet. Mentang2 Sr Engineer ( Melayu, exp 20 thn) yg baru adalah member rapat boss di tempat kerja lama. Boss berkira2, mungkin jika Sr Engineer lama ni ditekan dan berhenti, kawan dia ni akan ambilalih jawatan tu.
BalasPadamSungguh jijik pemikiran boss2 melayu ni. Agenda yarik benang dlm yepung ni berjalan licik sekali. Bila dapat jawatan dan kuasa, mula la buat perangai. Segala EEPROM programming utk konfiguration tu bukan senang utk diajar. Engineer2 melayu ni telahpun diajar berkali2, namun masih tak cerdik, jauh sekali jadi pandai dan berani ambil risiko nak runkan turbine sistem setiap kali ada facility outages. Aku akui mmg susah sbb sistem ni bukan bergantung kpd flash card programming saja, malah kefahaman operasi keseluruhan sistem dan tweaking dimana perlu adalah penting sbb sistem dah 20 tahun dah run dgn berbagai2 upgrade dah dilakukan dimerata2 bahagian.
Itu blom kira Sr Engineer tu managing budak2 bawah yg mcm2 hal dan tabiat2 pelik melayu dalam industri kami. Betul juga kadang2 aku pikiaq kenapa melayu2 ni jarang diberi muka jika dpt boss India dan Cina dari datu segi. Pangkat kebulur nak, tapi malas berpikir dan mengkaji utk upgrade kualiti kerja masing2. Tak aku nafi, ada engineer melayu naik kerana ada sijil akademik yg cukup klepet.. bukan ada diploma mahupun degree berkelas2 dan jauh dari universiti berkualiti. Jauh sekali master atau sijil spesel industrial kompetensi. Sungguh lekeh mekeh kualiti pekerja di tempat aku bekerja.
- BrungHantu.
------ I LOVE AILA ------
BalasPadamdiskaun RM450 jer pakcik tu bagi?
BalasPadammaaf typo... sy dah betulkan..
Padam9950+50=10000
PadamTak kira di mana pun mesti kita ada pengalaman tertentu..
BalasPadamaku penah borak2 dengan sorang brader otai ni, dia ckp benda yang tak leh beli cuma pengalaman je..kita boleh baca/tengok pengalaman orang buat sesuatu, tapi nak rasa/alami sendiri tetap kena buat sendiri..duit bukan nilai pengalaman...walaupon sekecil2 perkara, kita tak buat, kita tak rasa..sekadar baca pengalaman orang, tetap takkan sama..
BalasPadamwhen you pay peanut you get monkey...
BalasPadammonkey do monkey bussiness...
saya seorang jurutera dan sangat terasa dengan ulasan ini...
BalasPadambetulke aila yang tulis ni..ingat noob tadi.
BalasPadamBukannya aila/alia yg tulis. Dia copy paste je. Bukan tau tulis artikel pun minah tu
PadamLu jgn nk hentam bakal awek gua aila. Xsuka bakal awek gua tulis lu tulis blog sendiri...
Padam-pakwe aila-
Saya juga seorang jurutera yg xdihargai..
BalasPadamAda cerita..berkenaan staf "makian"
BalasPadamSedar tak sedar, sudah setahun yang lalu Ahmad telah menamatkan pengajian master beliau dalam bidang perniagaan di UKM. Ahmad merupakan seorang yang simple dan langsung tidak bangga dengan kelulusan yang beliau ada. Beliau tahu, ramai di luar sana jauh lagi berkelulusan dari beliau. Namun, peluang Ahmad untuk mendapat pekerjaan agak sukar. Akhirnya, setelah penat mencari, beliau mendapat perkerjaan di sebuah kolej swasta yang tidak begitu terkenal dan sedang dalam proses berkembang.
Berbekalkan kelulusan yang dimiliki tetapi tiada pengalaman, kolej tersebut telah memberinya tempoh percubaan dan menawarkan gaji sebanyak RM 1500 sahaja. Namun Ahmad bersyukur,dia sering berkata kepada rakan-rakannya, "ala,ni starting..inshaallah..bos aku janji nak bagi gaji tinggi lagi kalau aku dah berjaya buktikan kat dia".
Namun langit tak secerah yang disangka. Ahmad telah dikerah untuk memegang pelbagai tugas dan ada skop kerja yang telah menghalang skop kerja yang lain dalam jawatan yang dipegang beliau. Ada yang memerlukan Ahmad untuk terus duduk di kaunter, dan ada juga yang memerlukan beliau untuk sentiasa memantau keseluruhan kolej. Disebabkan itu, beliau seringkali dimarahi bos kerana tidak melaksanakan kerja dengan sempurna. "awak ni pergi mana? dekat kaunter orang tengah ramai..awak biar fatimah seorang saja di situ", "awak tak pergi memantau ke? banyak kerosakan..jangan la asyik duduk di kaunter saja" itulah yang seringkali berdesing di telinga Ahmad.
Kini sudah hampir genap setahun Ahmad kerja disana. Ahmad telah memegang 5 jawatan di kolej tersebut. Sehinggakan tugas despatch pun beliau sering lakukan. Dalam tempoh tersebut, ilmu dan pengalaman yang dimilikinya begitu banyak kerana beliau mampu melaksanakan sekecil-kecil kerja sehingga membuat keputusan yang besar. Akhirnya, beliau dijadikan Pengurus Jabatan Pelaburan. Apa yang menariknya ia bukan jawatan hakiki beliau, tetapi merupakan jawatan yang ke 6. Peningkatan gaji hanya RM 200 yang menjadikan jumlah gaji beliau RM 1700.
Suatu hari, "Mad, kau tak boleh jadi tetap lagi tau..sebab kau baru pegang jawatan Pengurus tu kita tambah lagi beberapa bulan. Dalam tempoh 3 bulan..kalau kau tak dapat cari pelaburan berjumlah RM 50,000 masuk ke dalam kolej, SKT kau kosong!kosong!".
Ahmad menjadi runsing, tidak semangat bekerja dan seringkali menangis mengenangkan nasib beliau. "Aku mesti keluar dari neraka ni..aku mesti berhenti kerja", tekad beliau. Akhirnya beliau meletakkan jawatan. Bosnya terus berjumpa beliau "orang macam kau ni tak akan berjaya..kat luar sana tu nanti tak ada siapa nak bagi kau kerja, kau cuma akan dapat tahi kat luar tu". Namun tuhan Maha Adil..Ahmad mendapat kerja di syarikat besar dan menjadi ketua Jabatan. Kehidupan Ahmad sudah selesa dan kembali ceria.
Genap setahun Ahmad meninggalkan kolej tersebut..akhirnya timbul niat untuk melawat rakan-rakan di tempat kerja lama. Ketika sampai di kolej, beliau terpandang bekas bos zalimnya itu lalu jerit, "hoiiiiii orang tuaaaaaa!!".Bekas bos beliau pandang sambil muka terkejut. "Dulu kau kata aku tak boleh dapat kerja, aku akan gagal dalam hidup kan?!!" jerit Ahmad lagi. Muka bekas bos beliau mula menahan marah. "well,FUCK YOU!!", lalu ahmad bersalam dengan rakan-rakan dan terus pulang.
pr00000ooooottt ~~di muka siroslii.
BalasPadamSelalunya, bila aku nampak org bergaji besar, nak berfikiran positif aku akan anggap yg dia punya pengalaman dlm bidang tu banyak...sebab tu setimpal dgn harga gaji dia...
BalasPadamHarap anak2 muda fhm yg pengalaman yg buat anda boleh denand gaji n kerja bagus..bila anda ada byk pengalaman, anda boleh gi mana tmpt yg anda nak, demand gile2 pun boleh n xde sape leh kencing anda dlm meeting. Tp setiap pengalaman mesti lalui byk kegagalan n kejayaan, no easy step n takes lot of time, maybe more than 10-20 years
BalasPadamhmm at least ada la post aila yg ok hurmm k.......tp pengalaman tu tgk org jugak kdg2 skill power tp x demand lebih2 ... kdg tu skill sederhana tp demand mcm skill power... ikut org mcm2 ragam prooot sket
BalasPadamSalam singgah sini...terima kasih sudi singgah,follow dan komen kat blog akak...nanti akak follow blik yer...
BalasPadam