Sumber gambar |
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
Bagi aku kaedah pemberian terus BR1M ke dalam akaun bank pengguna adalah amat bagus berbanding cara penyerahan bantuan macam tahun sudah2 yang amat leceh dan penuh birokrasi di mana semua penerima kena beratur panjang ambil baucer dan mengadap wakil rakyat dalam majlis penyerahan baucar BR1M. So sempena pemberian dan pengagihan wang bantuan BR1M ini:
- Bagi yang layak dapat BR1M dan telah dapat duit bantuan tersebut, aku ucapkan tahniah.
- Bagi yang layak tapi masih belum dapat, aku harap bersabar dan cuba hubungi pihak2 yang berkenaan kerana mungkin terdapat masalah teknikal.
- Bagi yang rasa diri layak tapi bila apply kena reject, aku nasihat banyakkan bersabar dan pergi cuba try di saluran lain pula seperti Jabatan Kebajikan, Pusat Zakat dan lain2.
- Bagi yang rasa diri layak tapi tak apply pun, aku ucapkan takziah.
- Bagi yang memang tak layak tapi apply dan kena reject, aku ucapkan padan muka.
- Bagi yang memang tak layak dan tak apply pun, harap anda semua jangan bersedih kerana Tuhan dah bagi rezeki lebih kepada anda, sebab tu anda memang tak layak.
- Bagi para peniaga, jangan pandai2 naikkan harga barangan. Bukan semua orang dapat BR1M.
Dan berbalik kepada persoalan aku di atas di mana aku cakap BR1M ini memang cukup untuk setahun atau mungkin terlebih cukup. Kenapa aku cakap macam tu, boleh baca balik kat entry sebelum ini - Kurang subsidi demi ekonomi dan kebajikan rakyat. Berikut adalah sedikit petikan daripada entry tersebut:
Namun pemberian bantuan tunai seperti BR1M tu bukanlah bermaksud ia dapat menampung keseluruhan perbelanjaan membeli barangan. Ia sebenarnya hanya untuk menampung jumlah subsidi yang hilang dan ditarik balik itu sahaja. Contohnya jika harga minyak masak sebotol dengan subsidi adalah RM8, bila subsidi dihapus maka harga minyak masak jadi RM10. So bantuan tunai ini bukan bermakna ia digunakan untuk cover harga RM10 tu, ia cuma digunakan untuk cover harga subsidi yang telah hilang itu iaitu RM2 itu tadi agar kumpulan sasaran masih boleh beli minyak masak dengan harga bersubsidi iaitu RM8.
So bila Perdana Menteri DS Najib Razak kata BR1M cukup untuk setahun, bukan bermaksud BR1M tu cukup untuk menampung kesemua perbelanjaan kita untuk setahun, ia hanya cukup selama setahun untuk menampung subsidi yang hilang pada barangan. Kalau kita kira untuk keseluruhan barangan, bagi RM5,000 setahun pun takkan cukup. Bakinya tu, kita kenalah bekerja untuk memperolehinya untuk menampung sendiri perbelanjaan kita dari segi keperluan, kemahuan dan kemampuan. Bagi golongan yang benar2 susah, miskin, fakir, OKU dan mereka yang layak, disamping dapat bantuan BR1M ini, boleh juga mohon bantuan di jabatan2 kebajikan serta pusat zakat, dan jika layak, anda akan mendapat bantuan tunai lagi secara bulanan.
So pengiraan yang dibuat oleh ntah sapa2 seperti yang dilaporkan dalam Harakah Daily berikut adalah salah, kerana BR1M hanya cukup untuk menampung subsidi yang hilang akibat pemotongan subsidi, bukan menampung harga keseluruhan barangan. Kalau kira macam kat bawah ni memang takkan cukup la sebab ia tak menggambarkan keperluan isi rumah sebuah keluarga.
Cuma untuk BR1M ni, benda yang aku nak bangkitkan adalah:
- Kepada pihak yang memberi bantuan tu, tak perlulah nak mengharapkan penghargaan dan ingatan daripada penerima2 bantuan tu sangat serta mengharapkan pahala atas pemberian itu, barulah pemberian tu nampak lebih ikhlas dan anda akan lebih dihormati dan disegani. Penghargaan, ingatan, ucapan terima kasih serta pahala itu tak perlu diminta2, ia akan datang dengan sendiri jika kita benar2 ikhlas.
- Kepada orang yang menyokong pihak yang memberi bantuan itu pula, jangan pula sindir pihak yang tidak menyokong mereka dengan kata2 seperti "kutuk kerajaan, sokong pembangkang, tapi bantuan BR1M berebut2 mohon, memang dasar tak malu", kerana percayalah, orang yang tidak menyokong kita juga perlu membayar segala mak bapak cukai dalam negara tanpa pengecualian, so pemberian bantuan juga tidak boleh ada pengecualian dan diskriminasi mengikut ideologi politik.
- Dan kepada yang menerima bantuan tu, kalau tak nak berterima kasih sangat pun kepada yang memberi tu, tak payah la provoke dan cakap yang ia adalah jasa orang lain pula. Janganlah bersikap lembu punya susu, sapi dapat nama, malah kalau sapi pun tahu diorang yang dapat nama, pasti mereka akan malu kerana mereka tahu yang susu tu bukan mereka yang bagi pun. Seriously, yang ni memang kena cakap macam ni, korang ni memang tak malu dan muka tembok kan?
Kalau nak angkat dan puji sangat pun, tunggulah orang yang korang sokong tu bagi bantuan, masa tu nak puji melambung melangit pun takde orang peduli.
tags: br1m cukup satu tahun setahun bantuan rakyat 1malaysia 3.0 2014 pemberian pengagihan debit masuk terus akaun bank cara semak mohon najib razak nasihat belanja dengan baik bijak cermat jimat harap ucapan terima kasih bn barisan nasional pakatan rakyat kutuk kerajaan minta mohon bantuan ikhlas guna hadis nabi pahala macai tak tahu malu rakyat diminta supaya menggunakan wang secara berhemat,ketua setiausaha perbendaharaan tan sri dr mohd irwan serigar abdullah.
akulah KING hahahahahaha
BalasPadambila nk dpt baucer buku
PadamJika PKR memerintah, BR1M akan diberi RM6500 untuk setiap rakyat. Semua ini demi rakyat.
PadamSetuju dengan DSAI...Rakyat juga diberi kebebasan beragama disamping LGBT berhak untuk memperluaskan perbuatan mereka...semuanya demi rakyat..inikalilah
Padam.
Sayang, tolong keluarkan duit BR1M ana dalam akaun yer... mmuah..lap you DSAI
Padamsapi dengan lembu tu berbeza ek?waduh..ku pikir sama..bersyukurlah anda dapat..yg baik kita hargai yg buruk kita hentam..tq to pm n rakyat semua..
BalasPadamEh.. camner nak dapat brim nih?i dah x keja 5 bulan kuali-fy ke? Ayam afrika tlg i nih
BalasPadamX pernah apply BRIM sebelum ni, so x tau prosedur utk org yg baru berhenti kerja few months. Papepun try buat rayuan, InShaAllah dpt...
PadamSalam ukhwah..
BalasPadamI follow...
alhamdulillah aku tak termasuk dalam golongan penerima brim. i u know what i mean. (: cuma agak terkilan duit cukai kami waste camtu jer. dalam hal ni aku sokong tun m, negara boleh bankrap oh lum sum 4billion cash for the sake nak recovery subsidi yang ditarik balik? crazy
BalasPadam"cuma agak terkilan duit cukai kami waste camtu jer"
PadamNak jaga kebajikan orang yang kurang pendapatan lagi mulia daripada menanggung subsidi yang orang kaya atau penyeludup sering eksploitasikan.
"Bagi yang rasa diri layak tapi tak apply pun, aku ucapkan takziah"
eh awat noob, kenapa? aku boleh tahan terasa ni.. tapi tiada ke tahap teresa kok.
yelah, kalau rasa diri layak terima BR1M tapi tak apply pun BR1M tu, aku ucapkan takziah lah sebab tak dapat duit tu sebab tak apply.
PadamBodoh ko. Aku xlayak tapi aku apply, aku dapat. Bodoh ko
PadamSatu lagi ko lupa noob, org yang tak layak dapat tapi dapat BR1M tu cam mano?
Padamorang dapat brim bolehlah buat bayar hutang.orang tak dapat brim hujung bulan ni jangan "jelous".....korang makan ajelah dulu sardin ngan telur tu.....gaji dah tak lama nak keluar.
BalasPadambuat apa la org yg xdpt br1m nak jelous dgn org yg dapat br1m... dah tentu pendapatan diorg tinggi, sbb tu xdpt br1m... sepatutnya org yg dpt br1m patut jeles dgn org xdpt br1m sbb pendapatan diorg rendah... pelik la logik akal u nih
Padamthat's y dia termasuk dalam senarai penerima brim secara fizikal dan mentaliti.
PadamKasih arus pikir cm tu smpi ke anak cucu la dpt br1m keh2
PadamEmm aku confius ni samada aku layak atau tak utk dapat BRIM.
BalasPadamgaji aku baru je naik jadi RM4100 awal tahun ni.. aku dah kawin, kerja sorang, isteri suri rumah full time, anak 4 orang (3 orang sekolah lagi)...
Dari cara ko bercakap, ko ni msti budak baru lepasan SPM
Padamterima kasih fauzi. hebat kau menilik umur aku. boleh ajar tak aku cara menilik??
Padambtw aku duk JB. RM4100 sebulan ni menyeksakan aku
point aku, bagi brim bukan shj ikut pendapatan
tapi juga ikut brp tanggungan
FYI, aku dah lama tak lepas utk bayar income tax...period.
gaji aku dah nak dekat rm7000.. tapi aku tetap mau BR1M.. boleh sapa2 tolong?
Padamapedaaaa, dh tahu rasa tebeban tesekse sebb ank ramai,kurangkn laa aktiviti buat ank & tingkatkn laa usaha cri dwet lbih utk kuarge ko,x pn pkai condom ker,..ni x abis2 nk merungut x ckup itu ini,smpai biler2 pn xkan ckup bhai.....itu pn nk kne ajar ke??
PadamAku setuju dgn kau Noob...semua ni hanya pusingan je....
BalasPadamaku tak layak dapat BR1M ni. adoi!
BalasPadam-admin-
WE.DON'T.EVEN.FUCKING.CARE.
PadamJika diberi pilihan, antara bg BRIM kpd yg memerlukan (gaji below 3-4k) dgn bg kepada semua rakyat malaysia, sy prefer yg pertama....even sy x dpt tp better bg kpd org yg memerlukan. Menyampah bg kat org bwak mercedes/bmw/vellfire berebut2 nak BRIM gak even gaji dah lebih 5 angka.
BalasPadamSy dgr org kat Sabah Sarawak yg asal dr pendalaman, siap bermalam depan ATM semata2 nak tunggu masuk duit..so dpt rm650 mcm serupa dpt RM6500, maybe sbb cost living murah n x perlu byr astro atau streamyx. Kpd sesiapa yg dapat, just bersyukur kpd Tuhan kerana dimurahkan rezeki even x byk..tp better ada dr xda.
Kpd yg muslim, yg x layak dpt BRIM 2 dah dianggap kena byr zakat lebih sbb gaji besar..asyik harap duit free tp zakat liat nak byr even RM50-100 sebulan mmg smpi bila xleh jd muslim yg bertanggungjwb kpd muslim yg miskin daif.
Tp sy tau benda ni semua taktik politik BN tarik subsidi n bg balik kat rakyat, serupa kekal subsidi n x perlu bg BRIM. Personally, kpd yg dpt BRIM 2 anda x terikat nak undi BN atau PR...anda boleh undi mana anda suka, anggap BRIM 2 gula2 tambahan org nak bg free jika layak. Ini negara demokrasi, setiap org ada main reason sokong parti yg mereka suka. Yg sy tau, duit BRIM ni mmg x cukup utk org bandar, at least nak RM5k utk setahun.
Padampaham x yg br1m ni hanya duit bantuan utk cover sedikit drpd perbelanjaan kita, bkn utk tanggung keseluruhan perbelanjaan... nama pun bantuan, bkn tanggungan
PadamSy faham konsep duit bantuan....bantuan dr pengurangan subsidi. Tp ramai org2 kat bandar ingat duit BRIM ni sepatutnya mcm duit bonus 1-2 bulan sbb nak cover mcm2 kos minyak, tol, barang naik sbb yg high impact skrg more on kawasan bandar.
PadamTp bila dah macai PR, still akan sokong PR even bg brim 5k sekalipun. Bg sy, better ada dr xda...bg RM650 x smpi sebulan leh habis utk kebanyakan org bandar.
ayam afrika bajet pandai..selalu je keluar baseless accusation, assumption and opinion..kata selalu check fakta before publish or sharing anything..tp hampeh
PadamSaya akui sy ni bodoh..xkan mengaku pandai.
PadamAda komen sy based on personal opinion, sbb semua org berhak bersuara. Kalau ada input yg membina utk counter balik komen sy, sy alu2kn...kita sharing info supaya understand better n bigger picture utk segala isu berbangkit. X perlu nak salahkn sesiapa, yg kita perlu hentam antara pemimpin BN or PR..itu je
ok la ayam afrika, aku suggest ko try baca balik komen2 or so called opinion ko and then try tengok dari lain punya perspektif...ko selalu je defend yg ko ni balance or neutral viewer, kasi hentam both sides lah be it PR or BN, tp mcm tak kene la bro, selalu tak jadi...jgn limitkan ko pnya view psl ko nak defend ko pnya stand yg ko ni kononnya tak support either BN or PR..you are stuck at that man,..kata nak understand bigger picture..tp aku tak suruh ko sokong PR or BN, jgn risau...stay neutral, tapi be smarter in your opinion
Padamaku xnampak apa masalah dgn komen2 ayam afrika. korg jaki sgt dgn dia kenapa? apa yg dikatakan dgn baseless accusation, assumption & opinion? cuba bg contoh sikit. at least ayam afrika ada point & isi... dan yg lg penting, komen dia lg bagus drpd komen sampah cahayaamanah tu
PadamKomen Ahmad, Anwar Ibrahim x sibuk nak hentam habis...bg sy jika mana2 pengomen utarakan pendapat dlm wall ni, as long komen beretika n tidak emosi semata2, sy respect x kira nak kritik PR n BN. Kalau sy x suka sgt komen tersebut, paling teruk pun sy ignore je. Lgpun sy bukan menteri yg perlu bg info yg tepat2, sy just rakyat biasa yg dpt info dr pelbagai sumber...kalau kita bergaduh memanjang sbb kerja org politik, nmpk sgt kita buang masa je bergaduh. Just share info, n kita fikir bersama2.
PadamYg paling penting, setiap komen sy X SEMUANYA BETUL, maybe ada kelemahan, n segala kelemahan isi kita boleh perbetulkn sama2. X perlu nak sentap sgt. Just bincang secara baik.
trend kat blog bo ni mmg mcm ni, mane2 commenter yg nmpk outstanding skit voice out dia punya opinion, akn kne attack punye la..pelik betul kn org yg mentality ske jaki x pasal2 mcm tu? darah meleis pekat sgt kot? or probably it's a form of mental disorder berketurunan..x pe ayam, just continue with your comments :)
Padamayam afrika, maybe aku sedikit overreact,..sorry for attacking you personally...but my point is, comment or opinion solely base on assumption or without proper understanding on certain matter is annoying man..get your facts right first, or at least don't quickly jump into a conclusion on something that you do not understand completely..kalau xtau banyakkan lagi membaca, research sikit...jangan main bedal je
PadamOK, noted. TQ
Padamla untuk cover balik subsidi ek? so dr cara taip kebnyakan org tak kan maju selagi kita tak pijak org2 miskin untuk maju ek? hmmm ntah la kassim amad where are u!! lulz
BalasPadamBila pulak noob nak buat entry utk kassim ahmad? X pun entry movie 'The Journey" yg meletup mengalahkn cite KL gengster.
Padamgila ah pecah rekod KL.Gangster, kasi total headbutt sama filem gangster haha2 gila ah, ak dh tengok trailer dia dulu, tapi x sangka lak boleh pecah rekod... ok2 noob ulas atau pun noob g tengok dulu baru ulas haha2
PadamTp tgk trailer, cinematography agak bagus..n paling best jalan cerita n pengolahan. Bosan tgk cite gengster, cintan-cintun n lawak 50sen.
Padamtak berharap pun .. isi je maklumat .. akhirnya dapat.. tapi duit tu buat bayar kereta :)
BalasPadamnoob, RM650 cukup setaun ek..nice..camtu ko keje dgn aku..aku bayar ko RM650 setahun ... aku x kesah government nak alocate budget utk bg BRIM utk golongan yg layak..tapi cara bg tu tak kene lah...government buat rakyat yg berpendapatan rendah ni macam ayam tau tak,..PM najib myb x kesah psl mana pernah dia rasa hidup miskin, asal bg je..kesian..patut kalau goverment betul2 ikhlas x payah bagi one off sekali setahun,..buat elaun bulanan or dua bulan sekali or quarterly bergantung kepada government punya bajet lah..tp bg kt golongan yg betul2 layak.. FOR ME BRIM IS NOTHING MORE BUT THE HALF-BAKED PLAN BY THE GOVERNMENT WHICH WAS CAME OUT OF THE DESPERATION TO WON OVER THE SUPPORT FROM THE PEOPLE..there's a way lot of other alternative options to help the low-income people to survive in this wonderFOOL world of purchase power ... our country is sick..whoever controlled the government MUST KICK OFF CORRUPTION OR ABUSIVE OF POWER..that's the very first step
BalasPadamSalah...apa sy faham statement di atas ialah..very first step ialah tukar GOV kepada PR, baru segala PR buat anda akan suka. Kalau nak BN kick off corruption or abuse power pun anda pun x suka BN gak smpi bila2.
PadamTp kalau trend politik skrg ni maintain smpi next GE14, boleh kata PR boleh menang...jgn risau. Just tunggu lg 4-5 tahun je. Skrg xleh nak wat pape sgt.
see, another baseless accusation and assumption again from ayam afrika...kelakar lakar la lu ni
Padam...masalah bukan suka atau x suka bn..masalahnya bn terlalu bodohkan rakyat ..so rakyat dah kurang percaya dah..bila bagi statement taraf budak2..bila bagi janji..pusing2...cakap suruh rakyat berjimat..dalam masa yang sama membazir je lebih...misi ke antartika lah..misi ke bulan lah..apa hasil untuk rakyat..?..cuba contohi macam mana korea naik...dari negara miskin ke pengeluar hp dan kereta bertaraf dunia..ni main politik fitnahlah..cantas mencantaslah..bila nak maju ?..ke melayu memang camtu?
PadamBang, course engineering di korea berasaskan kepandaian bukan macam di malaysia perkauman. Akibatnya name je bdk engine tapi jadi guru kpli klu degree, klu engineer poli cabuk jdi JTK. Sampai bila nak maju gini?
PadamUntuk kalahkan BN, PKR perlu memburukkan BN sejak kalah PRU13 hingga menjelang PRU14 dalam apa jua cara sekalipun. Ini sajalah cara menumbangkan kerajaan zalim BN ini, iaitu kaitkan semua tragedi dengan kelemahan BN.. Rakyat perlu bersama PKR. Kalau Menang, kerajaan PKR akan memberi BR1M sebanyak RM65,000 setahun untuk seorang. Semua ni demi rakyat. Apalah sangat gula-gula RM650 tu..
Padampatutnya boleh cek guna sms atau online status dapat ke tak dapat..tak lah buang masa nak ulang alik bank..kalau yang dok jauh dengan bandar macam mnaa..nak ulang alik, minyak pengangkutan lagi..semata2 nak cek dah dapat ke tak..bukan dah confirm masuk..
BalasPadampelaksanaan brim ni sama bangang macam PBS jugak..
daftar laa online banking.. takyah nak ulang alik pergi atm machine
Padamaku cakap bagi pihak makcik pakcik yang dok kampung pedalaman..
Padamntahnya... ingat semua org ada internet ke nk online2 banking nih?
Padambetul tu.perkhidmatan sms.sokong2.kalau online banking, berape kerat ngat yg ada internet kat rumah.
Padamsaya respon part "online status" tu. kena guna internet juga
PadamBang, brim ni hanya utk jangka pendek, tapi untuk jangkamasa panjang adalah elok digembelengkan sumber manusia di malaysia secara adil, 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh dan pembantu rumah. Dengan ini tiada perebutan jawatan degree dan tidak perlu import PATI untuk cuci jamban dan sapu sampah di pudu lagi, adil buat semua.
BalasPadamko ni tak abis2 la dengan propaganda ketidakadilan pendidikan kita. ko susah sngt ke nak cari keje? bro..aku dulu mase lepas dpt master,aku tak dapat kerja jugak..aku pernah kerja waiter kat restoran.pastu cari lagi..dpt kerja di syarikat skala sederhana..pastu apply lagi company yang lebih besar. itu la cara nak maju dalam hidup. sampai bila kita asyik nak merungut apa yang orang lain dapat? kalau kau asyik merungut cmni,hati ko tak akan tenang.kau sentiasa salahkan orang itu, org ini. peluang tak tersedia untuk kita,kita yang kena cari sendiri peluang. Sudah la tu bro, tenangkan hati kau..teruskan usaha cari pekerjaan yang lagi baik dari semasa ke semasa.
PadamJika PKR memerintah, PKR janji akan beri pekerjaan seorang rakyat dengan 2 pekerjaan. Jadi tak perlu cari kerja, kerja datang cari pekerja di bawah kerajaan PKR.
Padamntahnya... aku dah lama perati mamat bang bang ni... komen2 dia lawak ada, kesian ada...
PadamMamat bangbang:
PadamBang..tolong saya bang,saya blajar pndai bang..amik engineering..tp kawan saya yang blaja bodo dapat keje lagi elok dari saya bang.
Saya pandai kat skolah,kawan saya semua bodo.saya pandai kat U,kawan saya semua bodo..masuk pakai kabel. Saya tak dapat keje elok, kawan saya yang bodo semua keje elok"
Master betul ke (skor spm) atau master subsidi (bukan kerana kepandaian) ?
PadamBang,sedangkan lipas pun sy takut,inikan pulak nak bunuh orang
PadamByk dpat manfaat dr brim ni, dari kerajaan, rakyat, hinggalah ke pembangkang...
BalasPadamTp tak dinafikan masih ada lg cacat cela dlm sistem brim ni...
Idea brim dah bagus (memfokuskan memberian subsidi hanya kpd yg layak), tp pelaksanaannya byk sgt campur tangan pihak tak sepatutnya...