Iklan Leaderboard

Rabu, 26 Februari 2014

52 Presiden PAS disaman RM2 juta oleh pemimpin PKR

Macam pelik tajuknya kan? Presiden PAS kena saman dengan pemimpin PKR yang mana kedua2nya di bawah payung Pakatan Rakyat. Aku bukanlah seorang penyokong BN, cuma aku rasa pelik bila baca berita ni. Seburuk2 BN pun, tak pernah lagi aku dengar at least pada zaman sekarang, mana2 orang kuat dalam BN menyaman sesama sendiri, kalau zaman2 tok kaduk dulu aku tak tahu lah. Walaupun ada juga perbalahan dan pergeseran pendapat, tapi tak pernah aku dengar Pak Lah nak saman Mahathir, Chua Soi Lek atau Samy Vellu saman Najib dan sebagainya. Tapi bila aku baca Ketua Angkatan Muda PKR Dungun, Mohd Shamsul Mat Amin saman RM2 juta Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang, aku merasakan takkan macam ini hubungan adik-beradik politik dalam Pakatan Rakyat?

Sumber gambar
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin - yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu - berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu, lapor Berita Harian hari ini.

Peguam kepada Mohd Shamsul, A Vasudevan berkata mahkamah turut memerintahkan Abdul Hadi membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Laporan itu menyebut, Vasudevan berkata Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Mohd Shamsul (plaintif) memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Abdul Hadi (defenden) di Kampung Tebakang, Alor Limbat pada pilihan raya umum itu.

Mohd Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekaligus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Dalam laporan harian itu juga, plaintif menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, tetapi dalam  surat balasnya, ahli parlimen Marang itu menafikan pernah mengaitkan plaIntif dengan kegiatan penagihan pil kuda.

Dalam penyataan tuntutan, Mohd Shamsul mendakwa fitnah Hadi menyebabkan beliau berdepan dengan tekanan emosi dan mental berpanjangan serta menerima cemuhan, penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, Abdul Hadi membuat tuduhan itu sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon PAS di tempat yang ditandingi calon PKR, sehingga berlaku pertindihan calon pembangkang.

Sumber Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata kes saman itu perlu diselesaikan dengan baik demi kebaikan dan kesepakatan bersama. Walau ia lebih melibatkan isu peribadi antara 2 individu berbanding isu politik, namun apa yang aku sebagai orang luar lihat betapa rapuhnya muafakat dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Sama macam kes PRK Kajang, di mana keputusan yang dibuat oleh sebuah parti tidak dibincangkan bersama dengan parti2 pakatan yang lain sehingga menimbulkan pertelingkahan dan rasa tidak puas hati rakan sepakatan.

Kemudian di fanpage FB Dewan Ulamak Pas Pusat, ada keluar arahan solat hajat berkenaan isu saman Tuan Guru Presiden agar dikurniakan pertolongan daripada Allah supaya Presiden PAS diselamatkan daripada segala bentuk kejahatan musuh.


Musuh? Siapa musuh yang dimaksudkan? Individu yang menyaman RM2 juta tu? RM2 juta kot, bukan 2 ringgit. Yang menyaman dan di saman tu semua sama pakatan politik kan? Kenapa tidak duduk berbincang untuk selesaikan masalah ini bersama? Penyokong PAS mungkin akan turut serta membuat solat hajat, tapi kalau penyokong PKR macam mana pulak?

Tak boleh ke apa jua permasalahan dan keputusan dibincangkan bersama sesama sendiri sebelum ia menjadi kudis dan nanah? Nama pun Pakatan Rakyat, seharusnya muafakat sesama sendiri perlulah teguh dan kuat seperti hubungan adik-beradik dan sahabat. Ini masing2 bawa kepala masing2, buat keputusan sendiri2, lepas tu saman pulak. Dahlah masing2 ada ideologi masing2, yang ini nak ini, yang itu nak itu, macam mana nak jadi sebuah pakatan yang benar2 teguh?

Tahu tak kebanyakan orang yang mengundi Pakatan Rakyat selain daripada penyokong mereka, rata2 adalah orang yang benci dan meluat dengan BN dan UMNO, sebab tu muncul istilah ABU (Asal Bukan Umno). Mereka undi PR sebab dah takde pilihan lain untuk mengundi selain BN sebab bagi mereka, yang penting jatuhkan BN dulu. Kalau buat undi rosak, rugi sebab undi tak dikira untuk menjatuhkan calon BN, kalau undi calon Bebas pun rugi sebab undi akan pecah dan kemungkinan BN menang tu besar, so mereka undilah PR.

So pemimpin2 PR jangan dah rasa anda tu kuat sangat dan merasakan diri ramai penyokong walau dapat majoriti undi popular 51% masa PRU13. Walau ramai yang merasakan BN tu teruk dan mengundi PR masa PRU13 hari tu, mereka juga boleh hilang kepercayaan kepada kepimpinan PR dan seterusnya hilang keyakinan yang PR boleh memerintah dengan baik jika menang PRU14, tambah pula dengan macam2 isu yang melibatkan pertelingkahan, perbezaan ideologi dalaman parti serta pertindihan calon pilihanraya.


Btw pada PRU12 dan PRU13 yang lalu, aku tak merasakan pun PR itu semakin kuat tapi yang sebenarnya BN yang semakin lemah. Andaikata selepas ini BN berubah menjadi semakin kuat dan PR masih macam itu ditakuk lama, jangan harap la misi menawan Putrajaya semua tu akan berjaya. Satu2 cara PR nak jadi lebih kuat dan teguh adalah mereka kena berubah dan bersatu sebagai Pakatan Rakyat, bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.




tags: presiden pas tuan guru haji hadi awang saman rm2 juta ketua angkatan muda pkr dungun mohd shamsul mat amin solat hajat bn barisan nasional lemah pr pakatan rakyat kuat

52 ulasan:

  1. Balasan
    1. Untuk makluman, saman ini berpunca dari sandirawa & konspirasi terancang UMNO-BN! Jangan mudah ditipu oleh kerajaan zalim UMNO-BN.

      Padam
    2. Tok Guru Nik Aziz27 Februari 2014 7:55 PTG

      Setuju dgn Anwar Ibrahim. Mohd Shamsul itu sebenarnya adalah kroni2 UMNO-BN...menyaman Ulama sama seperti membunuh anak sendiri, dan perbuatannya akan dibalas serta merta oleh tuhan...

      Padam
  2. memang betul pun,pencapaian BN pada PRU dulu merosot sebab BN sendiri yg lemah.Tp BN x sedor2 lg.kalo BN berubah satu undi aku bagi

    BalasPadam
  3. yg ni aku setuju bro... sebangsat2 BN pun, xde nak gaduh & saman sama sendiri. ni lepas ni kalau PR memerintah, bila ada isu nanti lim guan eng saman hadi, azmin saman khalid, anwar saman karpal singh dll... parah gila mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpayah tunggu pr memerintah malaysia, tgk kat selangor je lah kalot gila babi, dgn isu anwar gila kuasanya, dgn isu khalid-azminnya, dgn isu pecat kakitangan pkns, isu sampah, isu air, mcm2 lg la isu yg menunjukkan betapa pincangnya pentadbiran fuckatan rakyat. tgk kerajaan pas kat kelantan, negeri mundur... tgk kerajaan dapig kat pulau pinang, melayu dipinggir... nasib kedah & perak dah kembali ke tangan bn, kalau x mmg semakin teruk la...

      bukan nk kata bn ni bagus sgt, tp aku lebih sanggup pemimpin yg korup tp pandai mentadbir & memajukan negara drpd pemimpin yg kononnya baik & amanah tp xpandai mentadbir & memajukan negara...

      Padam
    2. pernah datang sabah sarawak? simpan duit gaji dan datang melancung. hihi

      Padam
    3. Pernah. Ramai giler pendatang masuk sana cari rezeki. Rakyat Malaysia terutama babi dri semenanjung je x tahu bersyukur. Dtg goyang telor mkn elaun blum smpi 5 tahun mnta blk celah kangkang bini.

      Padam
    4. ada juga yg rela di pimpin oleh pemimpin yg korup ye.....kalau dh korup pandai mentadbir apanye....tu bangang namanye....org nk pempimpin yg cekap dan amanah tak kira la dari BN ke PR....patut la pemimpin BN tak takut nk ambik rasuah ni...sbb ramai pengikut bangang mengalahkan lembu....sokong 100% apa yg diorg buat...

      Padam
    5. salah satu tanda akhir zaman penuh org bodoh, lebih rela org corrupt.. aku tak nak ambik saham dosa tu... smpi bila2 ak xkan sokong mana2 kalau diorg x berubah untuk jd pemimpin sepatutnya

      Padam
    6. Xnak ambil saham konon, awal2 dah apply kerja gomen gaji bayar pakai duit genting dan kilang arak di Selangor

      Padam
    7. Ala kecoh la korang. Umno dulu pun gaduh same sendri jugak. Smpi hakim batalkan Umno yg asal. Umno yg asal berpecah jd Umno Baru & Smgt 46. Kalu x tau sejarah politik Malaysia duduk diam2 dalam gua macam Ahmad tu.

      Padam
    8. kalau nak cerita psl dulu... nenek aku pun anak dara lagi... pas pernah kutuk dap... dap pun pernah kutuk pas... anwar lagi xyah cakap la selalu je kutuk pas & dap... terlibat pulak dlm ops lalang... ni kalau nak cerita dulu laaa...

      Padam
    9. X undi PKR dgn PAS pun x pe, janji ABU...betul x orang melayu...

      Padam
    10. Anon 11.38 - Point aku, org2 yg join politik ni rata2 bukan nak jd champion utk rakyat tapi sebenarnye nak jd champion poket sendri. Umno yg asal berpecah sb tak puas hati ngan result pemilihan parti time tu. Mahathir & Ku Li masing2 ade ego & masing2 nak menang. Same la kesnya Pas & PKR ni. Akhirnya kita rakyat biasa yg masih tersepit di tengah2..

      Padam
  4. Bang, musuh yg ditanam bn dlm pr ada di mana2. Last skali kita akan tahu yg dalang di sebalik semua aadanya umno. Dgn duit siapa pun boleh dibeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naharom.. sikit2 selitkan UMNO.. cakap takde bukti.. dah takde modal lain ke? Cuba renungkan dalam diri sejenak dan fikir sape yg salah sebenarnya. Sikap mcmni lah buat org atas pagar taknak undi PR!

      Padam
    2. Jgn tulis sesedap rase je bro.biar ada bukti.kau kan susah dapat kerja..mst kau nak salahkan umno bn jugak kan? Kalau duit boleh bli semua benda..kau byr la cmpany mintak amik kau keje elok.

      Padam
    3. si bangbang bangang ni lagi... dah makin sakit otak aku baca komen2 dia nih... org ckp macai umno ni sikit2 salahkan anwar, macai anwar dapig pulak sikit2 salahkan umno... ni salah sorg macai dapig... bodoh nak mampos

      Padam
    4. Ini saya sokong. Semuanya berpunca dari sifat tamak UMNO-BN!

      Padam
  5. memang salah umno pun tu pasai hadi kena saman 2 juta.hakim tu sah sah dilantik oleh umno.dan disebabkan hakim kat mahkamah memang tak adil bak kata geng PR,jadi tu pasal dia kena saman 2 juta.saja nak tengok PKR dan PAS bergaduh jadi senang la BN hasut.

    ini semua salah umno gak ni..
    jom jom kita solat hajat beramai-ramai supaya turunkan duit sebanyak 2 juta bagi bayar saman.
    boleh gak doa kat gereja macam geng kristian sebab minta kat Allah gak.lepas tu pakai salib pun takdehal sebab sembah Allah yang sama gak..

    *geng PAS nak menipu umat Islam konon semua pemimpin diorang ada gelaran tuan guru.sejak bila plak pemfitnah boleh jadi tuan guru.time 60 an takde pun sebut tuan guru tetiba sekarang nak menipu orang awam kekunun pemimpin diorang la paling baik dengan letak gelaran tuan guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang pas dari ketua hingga ke pencacai penjilat najis tu semua tukang fitnah nombor satu!

      Padam
  6. Prince of Noob sayangkan PKR rupanya... ekekeke

    BalasPadam
  7. For this entry...sy no komen. Tunggu n lihat result PRK kajang dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apsal no komen pulak? bila entry bantai umno panjang berjela komennya... bila entry kena batang idung fuckatan, no komen... konon neutral bagai la, nampak sgt berat sebelah... hipokrit punya ayam negro. tgk mcm si pipi merah tu, bila post kena batang idung sendiri barulah muncul backing leader sendiri setelah lama ghaib kt blog nih...

      Padam
    2. Haha...pelik tul. Dulu bila ada artikel hentam PR org kata sy ni macai UMNO. bila sy senyap pulak kata sy macai PR lak.

      Personally sy kurg suka politik PKR, lebih kurg mcm UMNO je. Tp x pasti isu ini akan menyebabkn undi merosot teruk utk PRK kajang nanti. Sbb undi cina more 40% n hmpir kesemua undi PR. sebahagian kecil undi melayu akan menyokong PR n cukup dpt majoriti mudah. Lgpun isu utama penduduk kajang lebih kpd kos sara hidup tinggi.

      Tp sy agak yakin undi melayu skrg byk beralih kpd BN sbb kucar kacir isu dalaman PKR N persefahaman antara PKR n PAS. Tp perjalanan masih jauh lg utk PRU 14, mcm2 leh jd.

      Padam
  8. TGHH tak maksum. pandangan dia mungkin salah. tapi apa kau tahu, kalau dia mungkin menangis teresak dalam sujudnya kerana salahnya yang itu?

    kau yang mengeji hina, memperolok olokkan dia dengan bahasa sarkastik, ada pernah rasa berdosa?

    yang salah tetap salah.

    dia mungkin salah.tapi akhlak yang mengeji itu terang terang tak betul.

    "Jangan putus asa dari rahmat Allah SWT, kerana sesungguhnya orang yg putus asa dari rahmat Allah SWT hanyalah kaum-kaum kafir."- surah yusuf.

    Jangan putus asa dari berdakwah walaupun teruknya masyarakat. Jangan putus asa dari parti walaupun teruknya politik dan orangnya. Jangan berputus asa dan sentiasa berusaha utk islah.

    "Katakanlah(wahai Muhammad), telah datang kebenaran dan telah dihapuskan kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu akan hilang lenyap."- Al-Isra'

    Jangan hilang thiqah kepada pimpinan, percaya kepada perjuangan Islam yang sebenar yang diyakini.
    Dulu2 kita dengar orang kata politik itu kotor, kita kata kita kena masuk utk bersihkan. Masalahnya kita dipaliti sama. Kuasa menggelapkan mata, dan mata hati.

    Dalam politik pun, hadaf utama kita adalah dakwah. Namun bila core-business ini dilupakan, mulalah hadaf utamanya jadi kerusi pentadbiran. Akhlaq, adab, syariah, peraturan, ditinggalkan.

    Pimpinan, bukan maksum. Menegur pimpinan yg salah juga masuk dlm konteks wala'. Dari kerusi pimpinan, tak boleh nk mengharapkan ahli utk thiqah shj, namun yg lebih penting, bila duduk kat atas, dia yg kena berusaha supaya ahli tak hilang thiqah. Dlm jemaah kita kena tengok atas ke bawah juga, bukan ahli sahaja yg perlu sentiasa dimuhasabah kaw2

    Dan moga kita sentiasa berada di jalan yang benar, dan diberi taufiq dan hidayah untuk sentiasa berada di jalan yg benar sekiranya salah. Dan xyah bimbang dan gusar sekiranya kita sekarang di jalan yg betul.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. najib, rosmah pun bkn maksum... mereka juga manusia biasa, tp bila ramai yg mengeji, memperolokkan mereka, adakah itu x berdosa? knp x backing mereka ketika mereka kena hina teruk oleh penyokong pakatan rakyat?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. aku bukannya sokong UMNO BN, tapi aku rasa penilaian kita makin 'bias'.

      kenapa?
      Memang mana2 pemimpin pun ada buat silap. ada keburukan.kurang pada sesuatu bahagian. Tapi bila kita bg title Tok Guru, Ulamak pada orang yang seseorang pemimpin parti, why should dia kebal dari segala dosa atau kesalahan yang dilakukan?

      sebab logikal thinking kat sini--> Pemimpin BN buat salah= memang dah sedar diri, bodoh,tamak dan lain2.
      Pemimpin PAS buat salah= dia bukan maksum,dia dah bertaubat dan menangis.tuhan dah maafkan dia dan lain2.

      kenapa kita hanya dengan perkataan 'mungkin' boleh ulas begitu panjang pasal kealiman pemimpin tersebut? sama mcm kalau ada org ckp 'mungkin najib kat rumah solat taubat dan muka senyum je walaupun dikutuk,dia tetap tabah nak tadbir negara'..org PAS akan cakap 'no,tak mungkin..nehi'. adakah 'mungkin' tu hanya berkesan utk pemimpin PAS?

      org slalu cakap,amal ibadah seseorang tu hanya Allah yang tahu siapa yang diterimaNya. aku tak cakap najib tu baik dan hadi tu jahat. at least jgn la taksub.respect tu boleh.tp jika dia buat salah,still salah.

      Jgn hanya dengan "mungkin dia menangis teresak-esak", terus menjadikan dia bebas dari terus disalahkan.

      Padam
    4. btol tu bro..yang sokong pembangkang cakap macai BN ni taksub pemimpin..apa pemimpin buat diorang terima je bulat-bulat.apa bezanya dengan macai PAS? apa yang pemimpin dia buat semua tak salah/bukan disengajakan/tuhan dah ampunkan. dua2 pun sme je..

      Padam
    5. Sapa sokong UMNO, macai!

      Padam
    6. menggunakan byk istilah2 arab dlm komen xmenjadikan yg ia sentiasa betul...

      Padam
  9. on the bright side, PR lebih transparent compare dgn BN ... BN, cer try presiden UMNO buat salah kt mana2 member parti komponen BN lain, ada bran ke tak diorg amik apa2 tindakan or saman? i don't think so..but i gotta admit geng2 PR skg agak bajet mentang2 ramai dah support diorg.. but do not take anything for granted, especially Anuar (since he will contest in Kajang by-election soon).

    BalasPadam
    Balasan
    1. No,actually its not transparent at all. yang ada cuma istilah 'kepincangan'. transparent yang ko maksudkan tu telus/jujur ke?. why should kita gelar transparent kalau same2 group sendiri pun berebut jawatan dan saman-menyaman? choose..ko tubuhkan team yang ahlinya takut pada ketua dan dengar arahan kau sebagai ketua atau ko tubuhkan team tapi asyik bergaduh berebut nak jadi ketua dan tikam-menikam sesama ahli? kalau cmni ko bagi tadbir negara..kang bila org tu jadi menteri,member sorang lagi cakap 'ko turun,bagi aku jadi menteri pulak'.

      Padam
  10. terus terang bodoh memang bodoh bertingkek2 benda logik pun x leh fikir bodoh nya faktang

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutbelajardrorgbn,mcmanadiorgbiladr.mbersuarasemuasenyapjehahaha2fathulbarijebagusaknjumpekassimuntukmenegurdia

      Padam
    2. space bar rosak ke?

      Padam
  11. mmg patut kena saman..buat fitnah tp tk nk mintak maaf..malukan islam je..ulama perangai cmni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Die tu ulama ke??? Spe yg mengiktirafkan dia jd Ulama???? Macai dia ker??? Klau mcm ni, sampai bila2 pun PR x kan memerintah...Amin..

      Padam
    2. macai dia la..ni pun macai dia duk pertahan dia lg..ckp tuk guru tk salah..kemonla..terang2 ada bukti video kau bg ucapan cmtu..senang2 kau tuduh org jual pil kuda..komunis la..

      Padam
  12. noob, selain dun kajang kan ada satu dun(balingian) lagi adun dia letak jawatan ad hoc sebab nak jadi tyt tanpa rujuk parti komponen BN. sampaikan ketua BN pun tak tahu. u should bring up this issue along kalau nak nampak neutral lah since kau ada sebut isu dun kajang kan.. btw PR tu satu komponen ker macam BN? atau just have mutual understanding in political standing? ada pendaftaran dengan ros?

    pemerhati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hek eleh.. negeri Sarawak ko jangan kaco boleh??? Kamek tau la mengurus negeri sendiri.. at least dia letak jawatan bersebab.. dilantik sebagai TYT. Yang DUN Kajang tu alasan macam sial.. eh.. takde pon alasan kukuh.. wtf?

      Padam
    2. tak bagi orang lain cakap hal negeri kau(dun balingian), tapi kau pun sibuk hal dinegeri orang lain(dun kajang). lol

      btw dilantik jadi tyt? atau mohon jadi tyt? lol

      Padam
    3. bahlol ke Tanpa Nama 27 Februari 2014 8:34 PTG?

      Padam
    4. Bengongkan anon 27 feb 8:34pm.. tak payahla sebok buat spekulasi TYT melantik diri sendiri ke dilantik.. tu hak diorang as Sarawakians. Kita org semenanjung layan pRK Kajang yang menyusahkan ni sudah.. kita kena hormat org Sabah Sarawak ni rakan kongsi yang sama2 membentuk Malaysia, bukan anggap diorang tahap negeri cikai2 je.. hasil bumi diorang juga yang janakan pendapatan negara.

      Padam
    5. org sarawak mmg cikai pun..bangang..tu sbb negeri mundur..

      Padam
  13. PR makin kuat tapi suka bergaduh sesama sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. PR bukan makin kuat.. tapi BN yang makin lembab.. tapi sekarang org ramai dah sedar permainan PR ni.. bosan arrr.. politik memanjang :(

      Padam
  14. dari kowrng duk pompang pompang kt sini buang ms smbil mnunjukkn kbodohn msing2x, baik layan kangkung krush!
    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.weraku.kangkungkrushfiasco

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perbincangan..bahas..luahkan pendapat tak kira la guna bahasa kasar atau tak, membuatkan kita phm dan melatih otak utk berfikir. If not..kalau semua 30 juta rakyat malaysia mcm kau..bile kita bincang politik..ko dok ape?ha? Kangkung crush..bincang agama..ha?kangkung crush..bincang masalah negara..ha? Kangkung crush.maka kita semua jadi sebodoh bodoh rakyat kat dunia ni...sbb tau main game je

      Padam
    2. Die nk promote game bodo tu je dol, yg ko gi amik serius komen die pesal? Kn dh x memasl kne troll tu..lulz

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...