Selasa, 28 Januari 2014

31 Bakal pemimpin baru DUN Kajang dan negeri Selangor

Takde angin, takde ribut, tiba2 je seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat semalam. Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang menerima surat peletakan jawatan ADUN Kajang itu. Dengan kerusi DUN N25 Kajang telah kosong, maka pilihan raya kecil akan diadakan dalam tempoh masa 60 hari.


Sejurus itu timbul banyak spekulasi menyatakan kerusi itu dikosongkan untuk beri laluan kepada sama ada Anwar atau Rafizi bertanding bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti PKR yang melibatkan MB Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.


Kini, sudah sah ia dikosongkan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga merangkap ketua pembangkang di Parlimen itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Persoalannya, perlu ke Selangor tukar menteri besar? Rakyat Selangor pun rata2 kebanyakannya takde masalah pun dengan MB Khalid Ibrahim, yang ada masalah cuma orang dalaman PKR je.

Sementara itu juga, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.
"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.

Maaf. Bagi aku ini adalah tindakan kurang bijak. Semata2 nak selesaikan kemelut parti sendiri, habis rakyat Selangor dan pengundi Kajang diheret sekali. Ingat nak buat pilihan raya baru takde keluar kos ke? Berapa banyak lagi duit nak habis, nak kena buang masa dan tenaga lagi berkempen, pergi keluar mengundi semua? Andai kata kalau Anwar menang dan nak jadi MB, kena buat majlis perlantikan, angkat sumpah, tukar itu ini, macam2 protokol lagi. Tahu tak berapa banyak duit, masa dan tenaga akan dibazirkan?


Dulu masa pilihan raya kecil Besut, Ketua Umno Besut, Idris Jusoh sarankan agar PAS tidak bertanding sebab kerusi itu sebelum ini milik BN tambah pula untuk menghormati bulan Ramadhan, ramai penyokong pembangkang kutuk, tak demokrasi la apa lah. Sekarang, Anwar pun dah buat perangai sama dengan orang UMNO mintak agar BN tak payah letak calon sebab dulu kerusi tu kerusi PKR dan juga kerana tidak mahu membebankan pengundi?


Kalau tak mahu bebankan pengundi, dari awal2 lagi sepatutnya si Lee Chin Cheh tu tak payah letak jawatan. Buat je kerja macam biasa. Masalah dalaman korang, korang setel sendiri, rakyat pun tak terbeban nak keluar mengundi lagi.

Lain lah kalau kerusi itu kosong disebabkan wakil rakyatnya meninggal dunia, atau wakil rakyat letak jawatan disebabkan masalah kesihatan ke, masalah keluarga ke, masalah mental ke yang menjejaskan dia menjalankan tugasnya, memang wajarlah buat pilihan raya kecil. Ini tidak, elok je sihat walafiat, takde sakit takde apa, dalam surat perletakan jawatan pun tak nyatakan sebab letak jawatan, rupa2nya sebab ada komplot nak bagi Anwar bertanding dan jadi Menteri Besar.


Tak boleh ke tunggu PRU14 nanti kalau nak jadi Menteri Besar pun? PRU13 yang lepas pun tak sampai setahun lagi. Perlu ke Anwar kena jadi Menteri Besar Selangor? Tak boleh ke dia jadi penasihat dan mastermind di belakang tabir seperti sebelum2 ini juga? Tukar la Anwar jadi Menteri Besar pun, adakah masalah peningkatan kos sara hidup rakyat akan selesai?

Perlu diingat kerusi PAS dan DAP kat DUN Selangor lebih banyak daripada PKR, so jangan nak buat hal sangat. Malah ustaz Nasrudin Hassan pun kecewa, Dewan Pemuda PAS juga menuntut penjelasan segera mengenai isu perletakan jawatan ini. Kerajaan campuran Pakatan Rakyat di Selangor tu bukan melibatkan PKR sahaja, tapi juga PAS dan DAP.

Bagus, ditambah lagi dengan isu kenaikan gaji pemimpin, penutupan Pusat Giat Mara dan lain2 lagi sebelum ini, korang sebenarnya dah memudahkan kerja UMNO untuk merampas kembali negeri Selangor pada PRU14 nanti. Tahniah!

Sumber

Cuma satu je kebaikan pilihan raya kecil ni adalah ia memberi keuntungan kepada penduduk setempat di mana semua pihak pun pasti akan beri pelbagai gula2, janji2 manis, peruntukan macam2, masalah setempat yang dah berkurun lama terus selesai dalam masa yang singkat. Tahniah orang Kajang!




tags: adun dun kajang n25  cc c c lee chin cheh letak jawatan surat wakil rakyat umum speaker selangor hannah yeoh prk suruhanjaya pilihan raya kecil spr bagi laluan anwar ibrahim tanding kerusi kosong rafizi ramli azmin ali ganti mb menteri besar khalid ibrahim bagi laluan umno bn ustaz ahmad dusuki abd rani komen status fb kenyataan khianat amanah rakyat parti politik pas dap

31 ulasan:

  1. Balasan
    1. Perletakan Jawantan Lee Chin Cheh adalah angkara konspirasi licik dan sabotaj pihak UMNO-BN untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang agar dibuat pilihanraya kecil merampas nya dari PKR.

      Padam
  2. baik bagi haji samuri satay kajang lwn willy sate yang jadi calon..baru kita dapat tahu sape yag terbaik kat kajang.

    BalasPadam
  3. kena minta perkenan sultan dulu jika nak jadi mb. ingat senang2 aje lantik diri sendiri jadi mb. jangan jadi macam idris jusuh.

    BalasPadam
  4. saya cadangkan perlawanan satay2 terbaik di dalam kajang, terbuka pada seluruh rakyat malaysia yang handal membuat satay, juri2 nya adalah wakil dari pkr, 1 ,pas 1, dap 1, dan BN 1 diorg akan adili dari segi kehandalan dan kesenian membuat Satay, dan tak lupa juga handal menguruskan kewangan dan juga handal berpidato ala Nuramalina yang lupa diri tu...... hadiah pertama adalah menjadi ketua dun kajang dan menjadi target membuka kilang pembekal satay dari kajang yang terbesar di MALAISIA!!!!

    BalasPadam
  5. Panas2!!...lgpun kebetulan mmg sy dduk kajang..so mcm2 ganjaran dpt kelulusan cepat time kempen nanti. Xnak ambil tau sokong siapa, masa ni la kita ambil kesempatan...pasni pergi pasar nmpk Najib jual kangkung, Anwar belanja makan sate free kat Hj Samuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lg 1, dun kajang terpaksa letak PKR sbb skrg kerusi DAP:PAS:PKR ialah 15:15:14. Kalau PAS atau DAP bertanding n menang, for sure mereka akan jd parti majoriti n demand jawatan menteri besar. Org cina x suka MB dr PAS n org melayu x suka MB dr DAP.

      Papepun semua yg berlaku ada hikmahnya...kita tunggu n lihat. Papepun x sabar tunggu sate kajang free pasni.....n wujud cuti khas setiap tahun sempena "Kajang tapak warisan bandar sate sedunia" mcm Penang.

      Padam
  6. Rakyat Monarki Paling Bawah28 Januari 2014 pada 5:22 PTG

    Hmmm......Malaysia ni ada dua pihak. Satu kerjaan, dan satu pembangkang. Yang satu terlalu taksub dengan pemimpin sehingga sanggup memacaikan diri serta mengeluarkan statement bodoh.
    Satu lagi pihak, berkejar2 untuk menjadi pemimpin yang tertinggi sehingga sanggup mencantas rakan seperjuangan sendiri.

    Kita!?.......keringat, kudrat, wang semua disedut.....hanya dihadiahkan najis2 mereka yang berkuasa.

    BalasPadam
  7. wah, PON mintak maaf dulu sbelum bagi statement. respect!

    BalasPadam
  8. bagi aku, kerajaan UMNO-BN ni dh smpai tahap x bleh blah tpi dap and pkr ni lagi la x bleh blah berbanding umno bn....




    sory mls nk tulis panjng2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kutuk PKR samalah seperti MACAI UMNO-BN!

      Padam
  9. Masukkan ulasan anda...

    BalasPadam
  10. Ini melibatkan 2 org terkuat PKR dlm Negeri Selangor. TSKI adalah MB pilihan Dap , PAS, & SULTAN. Manakala azmin adalah Pengerusi PKR Selangor yg idamkan jwtn MB. Konflik ini bole menjejaskan pentadbiran negeri selangor. Sapa yg bole damaikan kedua2nya. Bagaimana nak selesaikan konflik ini. Siapakah yg mempunyai pengaruh yg kuat diantara PR. Cuba fikirkan.. Anwar hanya penyelamat shj... tp TSKI masih diperlukan dlm pentadbiran. Tp kalau nak senang suruh shj TSKI masuk DAP atau PAS. habis citer..takder pening..takder org kacau..

    BalasPadam
  11. setuju dengan pendapat noob..tak ada nak nasi tambah lagi dah..

    dalam kain punya hal, heret rakyat sama..wayang kartun semua ni..

    BalasPadam
  12. Pd pendapat aku. anwar dah kemaruk sgt nak jd PM. Xdpt jd PM jd MB pun jadi la..

    tetapkan sokongan anda atas pjuangan islam. .. ..

    BalasPadam
  13. Masa kalah PRU13..PAS redha jer.PKR aje bising bising kecewa.
    Skrang aku faham apa yg Hj Hadi dan Nik Aziz maksudkan bila mereka kata ada sebab mengapa Allah masih tangguhkan kemenangan PR.
    Perbetulkan niat kamu wahai pemimpin.Jgn kecewakan kami yg menyokong selama ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR dah betul. UMNO-BN masih belum betul dulu kini dan selamanya!

      Padam
  14. pkr boleh diibaratkan seperti pokok muda dr benih pokok yg rosak...hasilnya tetap rosak...perangai mcm umno...nk memilih baik pilih pemimpin yg berprinsip dr parti yg sudah establish sejak berpuluh tahun dan mempunyai susur galur perjuangan yg jelas spt pas...bg aku buat penduduk kajang...lagi bagus buat undi protes sbg tanda kita sokong bukan disebbkan parti...tp sokong kepada yg tahu anda diundi untuk berkhidmat untuk rakyat....

    BalasPadam
  15. walaupun aku x suka BN tp kebencian terhadap DAP,PKR and PAS berkali gnda berbanding BN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua tak suka ... abis tu kau suka Republican? Democrat? Obama?

      Padam
    2. Aku suka kalau Wan Azizah presiden PKR sendiri yang bertanding di DUN Kajang

      Padam
  16. http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/infografik?info=info15

    ramai betul cina dikehendaki polis!

    BalasPadam
  17. aku lebih suka meletakkan diri aku jd PM....

    BalasPadam
  18. hek elehhh...time berkait dengan pembangkang ..pembaziran..keganasan..macam2 negetif...cuba banding..macam mana puluh juta dilabur pada panda yang x beri manfaat langsung pada rakyat m'sia..? woii baik kau kupas tentang 3 armada china dah berkampung 80km dari srawak..apa cer pemimpin ko senyap je..nak jadi macam lahad datu ke baru nak ambik tindakan...ke..bn nanti salahkan pembangkang juga bila jadi teruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti newbies... selamat dtg ke buasir otak

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Haha...saya sokong haji samuri.lau dia menang..satay 1 cucuk 20 sen je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hj Samuri VS Anwar...Hj Samuri dah dianggap Legend kat Kajang ni, tahap Datuk Bandar. kalau x tau Hj Samuri bukan org Kajang namanya...

      Padam
    2. aku & member lebih suka sate willy skrg. sate hj samuri agak dry

      Padam
    3. Akhirnya rakyat bosan dengan politik, terus sembang pasal satay kajang

      Padam
  21. Ye la..asyik politik2. Mcm noob ckp la..rakyat gak last2 jadi mangsa. Nak layan org yg kejar duit ngn pangkat ni..mmg smpai kiamat pun tak terlayan. Spe menteri pun same je..rakyat still idup mcm biasa.yg kayanya tu cuma set2 menteri je

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.