Ahad, 12 Januari 2014

25 Sindrom aku sentiasa betul, orang lain semua salah

Aku ada seorang kawan. Dalam setahun je dah beberapa kali beliau tukar kerja. Tapi alasan yang diberi setiap kali beliau tukar kerja adalah kerana orang lain. Beliau sentiasa merasakan orang lain disekelilingnya yang problem dan bermasalah sampai memaksa beliau tukar kerja.


Pernah sekali selepas beliau baru sahaja tamat belajar, beliau dapat kerja di sebuah syarikat melayu dan kakitangannya juga ramai melayu. Tak sampai sebulan bekerja, beliau sudah merungut kerja banyak, selalu kena buli senior, orang lain selalu mengular, bos tak friendly dan macam2 lagi. Tak sampai 6 bulan kerja, beliau dah lompat kerja tempat lain.

Di tempat kerja baru pula, syarikat multinasional tapi ramai kaum cina. Dia cakap bos rasis, pilih kasih, selalu bagi kerja berat kat beliau , orang lain tak berkawan, nak solat susah takde surau kat bangunan kena pergi bangunan sebelah dan macam2. Tak sampai setahun, beliau berhenti kerja dan kerja tempat lain.


Kali ni kerja di sebuah badan berkanun kerajaan, juga ramai melayu. Kali ini beliau cakap bos perempuan beliau cerewet, tak pandai buat kerja hanya pandai bercakap je, orang lain kerja tak bersungguh2 dan relaks cukup jam 5 balik rumah, kerja tak mencabar dan selalu takde kerja. Tak sampai sebulan, beliau hantar surat resign.

Ada sekali beliau kerja di sebuah syarikat GLC, dia komplen kerja dia banyak tapi gaji sikit, orang lain yang lebih senior kerja kurang gaji lebih, bos dia selalu campak kerja kat dia, orang lain kerja tak bagus dapat anugerah pekerja cemerlang dan macam2 lagi. Kerja lebih kurang 8 bulan, dia berhenti lagi.  

Sekarang ni aku dah last contact dengan beliau, tak tahu lah dia sekarang kerja kat mana, adakah telah berjaya dapat kerjaya yang sesuai dengan citarasa beliau dan siapa pulak yang bermasalah. Tapi setiap kali aku tanya beliau kenapa berhenti kerja dan cari kerja lain, beliau mesti cakap sebab orang itu, sebab orang ini, sebab environment kerja tak best dan lain2.


Persoalan aku, siapa yang problem sebenarnya kalau kau asyik rasa orang lain je yang problem. Kau asyik tak puas hati dengan persekitaran dan komplen orang lain yang problem macam2, tapi pernah tak kau tengok balik diri kau yang ntah2 kau tu yang problem. Balik2 kita je lah yang paling bagus, yang paling betul, yang paling rajin, orang lain semua bermasalah? Kita ni tak pernah buat salah dan takde kelemahan ke, asyik orang lain je yang dirasakan salah dan banyak kelemahan?

Orang macam ni mengalami sindrom "Hanya aku je yang sentiasa betul, orang lain semua salah". Same goes to politicfags.





tags: siapa sebenarnya yang bermasalah problem masalah kalau orang lain sahaja yang salah kelemahan komplen merungut mengadu beri alasan tukar tempat kerja sebab persekitaran environment pegawai bos majikan supervisor officemate senior junior tak bagus best politik politicalfags politicfags puteri umno demonstrasi bantah keganasan sepanduk cinta keamanan planking atas jalanraya demo bersih

25 ulasan:

  1. hahaha...orang macam ni sebenarnya nak cari kepuasan diri tapi cara dye membuatkan timbulnya perspektif negatif and xbaper elok..sya pon ade member mcm ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau apa pun, UMNO-BN tetap semua dia buat salah, PKR buat semua betul! Siapa tak setuju statement ni kita gelar MACAI UMNO-BN!

      Padam
  2. cerewet sngt..org cam nie x bleh kerja dgn orang lain..melainkan buka perniagaan sendiri ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. khas untuk fizi zaidi sayang..muahhxx... https://www.youtube.com/watch?v=NMiRZytENq4


      -noob-

      Padam
  3. Orang yang macan ni memang susah, last2 sampai pencen pun mcm tu hehehe..

    BalasPadam
  4. Dia belum sedar yg dirinya bermasalah tu.

    Nak cari kerja yg betul2 ikut kehendak kita mmg x dptla.

    Kalau semua org x betul, baiklah kawan ko tu kerja sendiri.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. alaahhhh...janganlah....please comeback aila...

      Padam
    2. agknyer la kot, sebb tu gmbr kt ats ni sume pempuan..

      Padam
  6. terlalu berfikiran negatif, diri kita juga yang susah...

    BalasPadam
  7. lma2 dia akn sedar sndiri... cra trbaik adlah mnerima ap yg ad....

    BalasPadam
  8. Sindrom salahkan org ini antara lain telah dipupuk dari kecil.
    Contohnya. Bila anak bermain lalu terlanggar dinding, mak bapak pujuk anak menangis dgn menyalahkan dinding. Siap tepuk dinding lagi sebagai tanda dinding jahat.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. orang mcm ni terlalu mengejar perfection, tp tidak sedar yg dirinya sendiri pun tidak seperfect mana

    BalasPadam
  11. Nama lain tabiat ni ialah tabiat cari kesalahan org lain utk majukan diri, bkn cari kelemahan diri sendiri utk maju...nilah cara malas nak maju ke hadapan..belun kes PHD lg.

    Mmg betul noob cakap, selain kerja..bnda ni kuat menular dlm isu politik. Kita selalu complain salah pemimpin yg kita x suka, tp kita gak lebih kurg sama je..pentingkan kawan2 (kroni), belanja big customer (rasuah), bila dah naik pangkat mesti nak bwak keta besar rumah besar (sibuk kumpul harta). Even beza anda dgn mereka ialah mereka kena jaga rakyat n anda tidak..tp jika diberi jawatan besar as director or MB, perkara yg sama akan berlaku.

    Manusia x silap lakukan kesalahan, so byk2 muhasabah diri, tegur dgn baik kesalahan org lain dgn cara positif, bkn maki hamun n negatif sepanjang masa. Kesian tgk thailand, berkali2 tukar kerajaan tp keadaan still sama gak..yg mangsa ialah rakyat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko kesian dgn thailand?? aku lagi kesian dgn org malaysia .... delusional, hypnotized & f*cking tools ... we are in the wrong hands ever since this country is formed.

      Padam
  12. HAHAHA

    mentaliti rakyat meleisia mcm ni ke?

    BalasPadam
  13. Aila ni mane..? rindu plak ngan entri dia hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula..entry alia sentiasa ada info bagus.tak semata-mata ingin menunjukkan sifat penulis blog yg shumul. Mcm la ni blog merapu-meraban..eh..jap..memang pun.sory..teruskan

      Padam
  14. Salah satu tabiat yg berkaitan ialah bila entry pasal menyalahkan org lain..kebetulan org yg komen entry tersebut semuanya org yg tidak pernah menyalahkan org lain.

    Dunia siber memang penuh magik. Slmt dtg ke dunia siber..sila tinggalkan logik, sifat sebenar anda, dan realiti di belakang.anda tidak memerlukannya di dunia ini.

    BalasPadam
  15. Org mcam ni selalunya berasa dia paling pandai bila berada dlm sesebuah bilik...
    Semua org lain, semua salah...
    Kalau gagal salah org lain, kalau berjaya jasa dia...
    Aku dah byk jumpa org camni...

    BalasPadam
  16. Org mcm ni msti resumenya meriah & pnjg gila, bhgian expected salary lak msti mlampau, x pdn dgn kelulusan die, stakat sarjana muda bwh 3 pointer tp mntk gaji cm de mstr, perasan bagosh & syok sndri toksah ckp laaa, pntang ditegur..die yg der degree je lbih hebat dr pegawai atasan yg der mstr, de jgk dari puak ni yg ble gaji lmbt masok skit tros nk mengamok smpai salahkan tuhan dgn gelaran yg ntahapehaper..serius, geleng kepala ak dgn org melayu islam yg mcm tu..

    BalasPadam
  17. Korang xpaham maksud tersirat bacaan nih ke? Mai aku bg contoh.... ko mesti pernah terdangar benda cam ni.... salah cina dapigs kafir, salah kristian, salah keling... cuma yg betul melayu islam...lepas ni baca ulasan anon 1125 kat atas. Pas tu pikirlah yg xbumi melayu tu... ape yg dilalui mereka 40+ tahun nih. Tapi xpe kan? Ini salah cina, keling, kristian dan anwar ibrahim

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.