Memaparkan catatan dengan label Sindrom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sindrom. Papar semua catatan

Jumaat, 26 September 2025

0 Nak capai impian kena tahu jalan

1. Aku dari kecik minat komputer sebab kat rumah ada komputer ayah aku punya. Tak ingat model apa, tapi ada 2 drive floppy disk besar kena boot MS-DOS, display masih monochrome CGA. Ni akhir tahun 80-an.

2. Awal 90-an di sekolah rendah, aku selalu pergi makmal komputer, kadang jadi asisstant sebab cikgu zaman tu pun ramai belum mahir komputer. Minat pada programming mula bila aku didedahkan dengan Logo turtle drawing software.


Jumaat, 18 Julai 2025

0 Simptom-simptom sindrom watak utama

Sindrom Watak Utama atau Main Character Syndrome adalah keadaan psikologi dan sosial di mana seseorang merasakan dirinya adalah watak utama dalam dunia ini, manakala orang lain hanyalah watak sampingan. Anggap bumi berputar di sekeliling dia. Segala perkara mesti berkisar padanya, untuknya dan sebabnya.


Ahad, 11 November 2018

6 Anda ada Trypophobia atau ketakutan pada lubang?

Pernah tak anda tengok apa-apa objek atau gambar yang ada banyak lubang-lubang sampai rasa takut, geli, loya, jijik, runsing, terganggu dan meremang sampai nak muntah?

Kalau ya, mungkin anda mempunyai Trypophobia.

Apa dia Trypophobia?



Rabu, 26 Julai 2017

3 Kemurungan boleh berlaku pada semua orang

Kesedihan. Kekecewaan. Keperitan.
Keresahan. Kebimbangan.  Kesakitan.
Kepayahan. Masalah. Tekanan.

Sindrom di atas boleh menjadi punca seseorang itu untuk mengalami depresi atau kemurungan. Ia boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit, status, tahap pendidikan, taraf ekonomi, jenis pekerjaan dan sebagainya, termasuklah orang yang sering memberi motivasi dan menjadi inspirasi pada orang lain. Kadang-kadang luaran nampak kuat, ceria dan gembira tetapi di dalamnya sedang bertarung dan bergelut dengan raksasa yang ada dalam diri.


Selasa, 12 Julai 2016

5 Jalan sesak musim perayaan salahkan polis

Zaman sekarang bila ada masalah je kita suka sangat salahkan orang lain hingga kadang-kadang ke tahap yang tak masuk akal. Menjadi suatu perkara yang sangat biasa setiap tahun pun ketika hari perayaan yang ada cuti panjang je jalanraya mesti sesak gila babi sebab semua orang pun nak balik kampung termasuk dengan aku, kau dan kau sekali. Kalau ada seseorang yang boleh dipertanggungjawabkan pun, ia adalah pemerintah yang perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali musim perayaan.




Selasa, 21 Jun 2016

5 Sindrom bodoh sombong suka menyalahkan orang lain

Ada satu jenis sindrom di kalangan masyarakat kita, iaitu menyalahkan orang lain atas kesilapan, kesalahan dan kegagalan diri sendiri. Penyakit ini biasa kita jumpa di mana-mana, di rumah, sekolah, universiti, kolej, pejabat, politik malah media sosial sekali pun. Setiap kali salah, sudahlah tidak mahu meminta maaf, salahkan pula orang lain atas kebodohan diri sendiri.

Bila kau buat salah, lalu kau salahkan ibu bapa, salahkan jiran, salahkan kawan, salahkan anak buah, salahkan admin page lain, salahkan follower, salahkan netizen, salahkan kaum lain, salahkan penganut agama lain, salahkan batu, salahkan pokok, salahkan haiwan, salahkan semua benda kecuali diri kau sendiri sebab kau rasa kau sentiasa betul dan tak pernah salah.




Sabtu, 28 Februari 2015

20 Orang yang ada status memang sentiasa benar

Hari ini ramai yang menjustifikasikan kebenaran berdasarkan status jawatan, pangkat dan gelaran yang mereka miliki. Golongan2 seperti ini ada yang sering menyalahgunakan status mereka untuk membenarkan percakapan dan perbuatan mereka walaupun terhadap perkara yang salah. Dan penyokong mereka pula seolah2 telah dibutakan dengan status yang dia miliki sehingga apa yang mereka mampu buat hanya mengangguk dan menjilat sahaja, dan hanya mampu memejamkan mata terhadap suatu yang salah.



Ahad, 12 Januari 2014

25 Sindrom aku sentiasa betul, orang lain semua salah

Aku ada seorang kawan. Dalam setahun je dah beberapa kali beliau tukar kerja. Tapi alasan yang diberi setiap kali beliau tukar kerja adalah kerana orang lain. Beliau sentiasa merasakan orang lain disekelilingnya yang problem dan bermasalah sampai memaksa beliau tukar kerja.