Jumaat, 26 September 2025

0 Nak capai impian kena tahu jalan

1. Aku dari kecik minat komputer sebab kat rumah ada komputer ayah aku punya. Tak ingat model apa, tapi ada 2 drive floppy disk besar kena boot MS-DOS, display masih monochrome CGA. Ni akhir tahun 80-an.

2. Awal 90-an di sekolah rendah, aku selalu pergi makmal komputer, kadang jadi asisstant sebab cikgu zaman tu pun ramai belum mahir komputer. Minat pada programming mula bila aku didedahkan dengan Logo turtle drawing software.

Gambar hiasan


3. Pertengahan 90-an di sekolah menengah sains, makmal komputer dah jadi macam bilik kedua aku. Masa tu belajar programming pakai Basic buat roket.

4. Cikgu kemudian bagi aku pegang kunci makmal komputer sebab masuk pertandingan bina perisian pendidikan pakai Macromedia Authorware. Wakil sekolah peringkat daerah dan eventually negeri, tapi kalah peringkat kebangsaan. Yang menang tu buat perisian pendidikan macam game Doom.

5. Habis SPM, walaupun masa tu medic dan engineering antara course yang popular, tapi aku memang dah target nak target bidang komputer untuk dijadikan kerjaya.

6. Jadi kat borang UPU, kesemua pilihan jurusan aku pilih Sains Komputer di pelbagai IPTA. Aku pilih UTM sebagai pilihan pertama sebab tertarik dengan nama Teknologi, tapi masa tu aku tak kisah dapat U mana asalkan course Sains Komputer. Alhamdulillah aku dapat pilihan pertama.

7. Akhir 90-an masa tu bidang IT tengah boom, jadi batch aku tu ada 800 lebih orang. Di kalangan itu, ada yang memang pilih Sains Komputer dalam UPU, ada yang tak, macam kursus lelong juga.

8. Masa semester 1, UTM tawarkan sebilangan student batch aku yang result SPM dia bagus untuk tukar course kepada Kejuruteraan Komputer.

9. Ada yang tukar, tapi aku tak tukar sebab yang aku minat adalahkan bangunkan perisian komputer, bukan berkaitan hardware komputer, so aku stick je dengan Sains Komputer sampai grad.

10. Lepas grad, aku pun dapat kerja dalam bidang IT ni, dan pejam celik dah 20++ tahun kerja dalam bidang ni. Nak kata aku berjaya sangat dalam bidang IT ni pun tidak, cuma masih happy kerja dalam bidang ni. Meanwhile ada kawan sebatch yang masih kekal dalam bidang IT, ada yang dah terjun bidang lain.

11. Apa yang pasti, bila masuk alam pekerjaan, tiada siapa pun peduli kau dulu sekolah kat mana, masuk U mana. Yang orang tahu, jawatan kau apa, tugas kau apa, kau buat kerja kau, kau deliver kerja kau.

12. Aku pun tak pernah judge orang based on academic background. Prestasi kerja adalah nombor 1. Ada yang dulu belajar Politeknik tapi kerja sangat bagus, orang akan appreciate. Kalau yang dulu belajar universiti luar negara ke, ada master PhD sekalipun, tapi kalau kerja macam haprak, kau tetap haprak.

13. Bukan sekolah, kolej atau universiti mana yang menentukan siapa diri kau. Bila masuk alam kerja, semua tu cuma tinggal sejarah dalam hidup kau. Kau brag pun orang lain tak kisah dan tak peduli. Kerana akhirnya yang menentukan diri kau adalah prestasi, sikap dan mentaliti kau.

14. Ramai pelajar memang tak tahu apa dia nak jadi bila dah besar atau apa laluan yang tepat untuk dia cuba capai cita-cita dia. Jadi kat sini mak bapak kena main peranan guide anak-anak. 

15. Jangan nanti anak nak jadi akauntan, tapi masa SPM, STPM, matikulasi tak ambik aliran akaun. Lepas tu dalam UPU pilih macam-macam course, bila ditawar pilihan ke-5 tak nak pula. Sebab nak capai impan kau, yang penting bukan belajar di mana tapi belajar apa.

16. Nak capai impian, kena tahu jalan. Kena rancang dari sekolah lagi. Jalannya pun banyak. Tapi bila dah berjaya capai impian, sama ada kita akhirnya bahagia atau tidak dan boleh kekal lama dengan impian yang dipilih, itu cerita lain pula.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: nak capai gapai kejar impian cita-cita kena tahu laluan jalan haluan aliran sekolah universiti borang pilihan upu spm stpm akauntan um malaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.