Selasa, 12 Julai 2016

5 Jalan sesak musim perayaan salahkan polis

Zaman sekarang bila ada masalah je kita suka sangat salahkan orang lain hingga kadang-kadang ke tahap yang tak masuk akal. Menjadi suatu perkara yang sangat biasa setiap tahun pun ketika hari perayaan yang ada cuti panjang je jalanraya mesti sesak gila babi sebab semua orang pun nak balik kampung termasuk dengan aku, kau dan kau sekali. Kalau ada seseorang yang boleh dipertanggungjawabkan pun, ia adalah pemerintah yang perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali musim perayaan.




Tapi bila ada yang tiba-tiba menyalahkan polis sebab jalan jem dan menuduh mereka takde fungsi, itu sakit otak namanya. Polis buat roadblock salah, polis nak makan lepas meronda pun salah, polis tak datang 5 minit lepas rumah kau kena rompak pun salah, sekarang jalan sesak macam neraka pun polis juga salah? Apa kau ingat kalau polis ada pun, jalan boleh terus tak sesak ke? Apa ingat jalan tu boleh polis tolong lebarkan jadi 10 lorong?

Kadang-kadang jalan jem teruk ni bukan sebab kenderaan banyak semata-mata, tapi boleh jadi kerana ada kemalangan berlaku seperti insiden bas rempuh 10 kenderaan di lebuhraya ini...


...atau ada kenderaan rosak, atau orang perlahankan kenderaan kerana nak tengok kenderaan rosak tepi jalan, atau kesesakan berlaku di pondok tol sebab lambat nak bayar tol, atau banya kenderaan berhenti di lampu isyarat, atau banyak kereta berhenti tepi jalan sebab nak beli keropok lekor dan sebagainya.

Maka menyalahkan polis kerana jalan sesak adalah ibarat kau hisap rokok tapi bila dapat penyakit salahkan doktor kerana tak boleh nak sembuhkan penyakit kau, atau anak kau nakal tapi salahkan cikgu, atau perniagaan kau tak laku tapi salahkan cina, atau kau sendiri bodoh tapi salahkan yahudi atas kebodohan diri kau.

Sekurang-kurangnya mereka korbankan raya mereka untuk bekerja dan berkhidmat supaya orang-orang macam kita dapat beraya dengan aman, tapi kau pula tak reti nak bersyukur.

Dah nah aku belanja pula lagu Pulang Raya Kami Jaga daripada Kontinjen Polis Perak.


Sumber asal dari FB Friends of PDRM.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: jalan trafik sesak marah musim raya salahkan polis

5 ulasan:

  1. Nasihat sy..bila time marah2 jgn sekali2 update status. Relik dulu, ambik air sembahyang pas2 amil nafas...ramai antara kita bila beremosi menyesal dgn status emosi kita sedangkan bende kecik je pun nak update. Selalu bila marah2 yg control kita setan yg baru lepas kena ikat bulan pose lepas.

    Papepun..1st!!!

    BalasPadam
  2. apa penyakit la yang suka main sembur je rakyat mesia ni? Dari kecik pakat duk makan bersuap agaknya sampai bila kena kesusahan sikit pun nak salahkan orang je kerjanya. Bawak banyak bersabar dan cuba berfikir secara waras. Bukan ko sorang stuck dalam jem. aduhai

    BalasPadam
  3. Yang mengata tu rasa betul sebab belum kena kat batang hidung...dah kena baru tau...tapi rasanya mungkin masih tak sedar lagi kot sebab nak kata "tu memang kejer dia..kenapa nak berterima kasih"

    BalasPadam
  4. salam 1 mesia..
    aku pun balik hari ahad jgk.. dr Jengka Pahang ke Johor Bahru.. maklumla nak memaksima kan cuti kan... tapi aku gerak awal pagi..pkl 8 dh jalan dr kg aku.. sampai yongpeng naik hiway ade la jem sikit sbb ade kemalangan kat simpang renggam.. sangkut jgk la dlm stengah jam kat ctu.. tapi aku x stress sgt sbb dh x jauh dh nak sampai jb.. point aku kat cni lain kali kl nak jln jauh gerak awal, ataupun balik la hari sabtu ke, bole jgk elakkan jem sikit.. kalau dh semua nak balik hari ahad nasib la kan.. jgn salahkan org lain pulak..

    BalasPadam
  5. mentaliti org Malaysia. asik nak menyalak dan menyalahkan orang. xpenah check diri, padahal diri sendiri yang tahi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.